Isa Samad Kena Penjara 6 Tahun Denda Rm15 45 Juta



Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi, dan denda RM15.45 juta atas bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad atas sembilan pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM3.09 juta.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali ketika menjatuhkan hukuman berkata, hukuman penjara enam tahun adalah untuk setiap satu pertuduhan, namun ia berjalan serentak.
Selain itu, beliau mengenakan denda RM15,450,00.00, yang dipecahkan kepada sembilan pertuduhan ke atas bekas Menteri Negeri Sembilan itu.
Gagal membayar denda bagi setiap pertuduhan, tambah Mohd Nazlan lagi, akan mengakibatkan tambahan penjara dua tahun.
“Mahkamah mengambil maklum latar belakang tertuduh mempunyai rekod lama sebagai anggota pentadbiran kerajaan, sebagai Menteri Besar lebih dua dekad, dan sebagai Menteri Persekutuan.
“Tetapi Mahkamah mesti menekankan bahawa rasuah merupakan jenayah yang amat serius, mengganggu-gugat pertumbuhan ekonomi, menafikan hak rakyat, dan ia umpama barah yang melemahkan demokrasi dan keluhuran negara,” katanya lagi.
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dituduh menerima wang secara berperingkat sebagai ganjaran membantu meluluskan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak.
Beliau dituduh menerima wang tersebut daripada Ikhwan Zaidel, iaitu Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB), menerusi bekas pegawai politik khas beliau, Muhammad Zahid Md Arip.
Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur, antara 21 Julai 2014 dan 11 Dis 2015.
Pertuduhan menurut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, pihak pembelaan yang diketuai Datuk Salehuddin Saidin sewaktu proses mitigasi memohon pertimbangan Mahkamah Tinggi untuk meringankan jenis hukuman berdasarkan beberapa faktor.
Antara yang disenaraikan ialah faktor jasa Mohd Isa terhadap rakyat sepanjang 40 tahun karier politiknya, termasuk ketika menjadi Ahli Parlimen Jempol sewaktu berada di dalam parti UMNO dan Barisan Nasional.
Salehuddin berkata, selain itu, Mahkamah juga perlu melihat faktor bahawa ‘nature of the crime’ jenayah kolar putih yang dilakukan tidak memberi kesan besar kepada masyarakat secara keseluruhan, kerana jumlah wang yang disebut adalah RM3 juta.
Namun, Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz menegaskan bahawa jenayah kolar putih merupakan kesalahan yang amat serius, kerana Mohd Isa telah menyalahguna kedudukan yang mempunyai kepercayaan (position of trust) ketika melakukan kesalahan tersebut.
Afzainizam berkata, sepanjang perbicaraan, pasukan pembelaan cuba menimbulkan naratif bahawa Muhammad Zahid selaku Saksi Pendakwaan ke-21 cuba berkomplot untuk menganiaya Mohd Isa atas tujuan tertentu.
Tindakan itu, tegas beliau lagi, menunjukkan Mohd Isa langsung tidak mempunyai perasaan bersalah atau kesal dengan perbuatannya, sebaliknya hanya cuba mencari jalan keluar dengan meletakkan kesalahan atas pihak lain.
Afzainizam berkata, Mohd Isa juga langsung tidak cuba mengembalikan wang berkenaan kembali kepada FICSB, sebagai satu usaha membetulkan keadaan.
“Jika dua perkara ini dilakukan, saya bersetuju bahawa pihak Mahkamah boleh mempertimbangkan hukuman yang lebih ringan ke atas beliau,” katanya lagi.
Atas sebab itu, Afzainizam berkata, pihak pendakwaan memohon agar Hakim Mohd Nazlan mengenakan hukuman penjara 12 tahun untuk setiap pertuduhan berkuatkuasa hari ini, serta denda RM15.45 juta bagi memenuhi kriteria nilai lima kali suapan.
Jika gagal membayar denda dalam tempoh yang ditetapkan, beliau berkata, Mahkamah perlu mempertimbangkan hukuman penjara tambahan 10 tahun.
Namun Salehuddin berkata, jika Mohd Isa cuba menunjukkan penyesalan, ia bermakna beliau sudah mengaku salah, dan seterusnya akan mengakibatkan percanggahan atau konflik di peringkat seterusnya.
“Itu yang patut kita imbangi, tambahan pula dengan sumbangan Tan Sri Isa kepada negara. Dengan itu Yang Arif, saya mohon dipertimbangkan dengan adil,” katanya lagi-Awani

The post Isa Samad kena penjara 6 tahun, denda RM15.45 juta appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/03/isa-samad-kena-penjara-6-tahun-denda-rm15-45-juta/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=isa-samad-kena-penjara-6-tahun-denda-rm15-45-juta

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Kes Rasuah Rm3 Juta Isa Samad Rabu Ini

Keputusan Kes Rasuah Rm3 Juta Isa Samad Rabu Ini

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 176 hits
338 total views 338 views today KUALA LUMPUR Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad akan mengetahui nasibnya berhubung sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel Suites di Kuching Sara...
Usai Islamkan 1 Desa Ustadz Ini Dikabarkan Bisa Didenda Rp346 Juta Atau Penjara 3 Tahun

Usai Islamkan 1 Desa Ustadz Ini Dikabarkan Bisa Didenda Rp346 Juta Atau Penjara 3 Tahun

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 279 hits
Dalam kegembiraan setelah membawa satu penduduk desa memasuki Islam Ustadz Ebit Lew kini tidak lagi dapat melanjutkan misi kemanusiaannya di pulau pulau Semporna Seperti yang diketahui Ustadz Ebit sedang menjalankan misi bantuan kemanusiaan...
Isa Samad Didapati Salah Atas Tuduhan Rasuah Rm3 Juta

Isa Samad Didapati Salah Atas Tuduhan Rasuah Rm3 Juta

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 207 hits
FMT ReportersKUALA LUMPUR Bekas Pengerusi Felda Isa Abdul Samad didapati bersalah atas sembilan pertuduhan rasuah melibatkan RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel Suites di Kuching Sarawak Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memberik...
Isa Samad Gets 6 Years Jail Rm15 45m Fine For Corruption

Isa Samad Gets 6 Years Jail Rm15 45m Fine For Corruption

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 478 hits
Former Felda chairperson Mohd Isa Abdul Samad was sentenced to six years jail and RM15 45 million fine over nine counts of corruption linked to the purchase of a hotel in Sarawak The Kuala Lumpur High Court meted out the sentence today afte...
Isteri Ahli Politik Berdepan Hukuman Mati Atau Penjara 30 Tahun Atas Tuduhan Edar Ganja

Isteri Ahli Politik Berdepan Hukuman Mati Atau Penjara 30 Tahun Atas Tuduhan Edar Ganja

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 376 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Isteri kepada seorang pemimpin sayap Pemuda PPBM berdepan hukuman mati setelah dia didakwa di Mahkamah Majistret atas dua tuduhan mengedar ganja di rumahnya bulan lalu Lyiana Roslee 34 didakwa mengedar 1 580 4gm g...
Minta Maaf Lah Tok Akim Rakyat Dah Tak Minat Nak Tahu Berapa Tahun Dato Anu Kena Penjara

Minta Maaf Lah Tok Akim Rakyat Dah Tak Minat Nak Tahu Berapa Tahun Dato Anu Kena Penjara

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 270 hits
Lepas jatuh hukum Tangguh Rayuan Tangguh Tangguh BEBAS Bebaskan je lah sekarang biar negara tambah rosak Curi susu 2 tahun penjara Tak ada jamin Tak ada tangguh Tak ada rayu Berbaloi
5368 24 Juta Keuntungan Dalam Masa 3 Tahun Ini Rahsia Kejayaan Sabella Tv Ppim 05 02 2021

5368 24 Juta Keuntungan Dalam Masa 3 Tahun Ini Rahsia Kejayaan Sabella Tv Ppim 05 02 2021

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 361 hits
Bermula dengan hanya sebuah mesin jahit kecil hingga memiliki kilang sendiri ini adalah sebab kenapa Sabella boleh kuasai dunia baju kurung Walaupun sedikit pengusaha Sabella mengamalkan sedekah tanpa gagal setiap kali memperoleh rezeki Has...
2 Ahli Perniagaan Dakwa Boleh Ubah Akta Sprm Dihukum Penjara Denda Rm50 000

2 Ahli Perniagaan Dakwa Boleh Ubah Akta Sprm Dihukum Penjara Denda Rm50 000

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 263 hits
Razaly Mat Sari keluar dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas membayar denda RM50 000 yang dijatuhkan ke atasnya oleh Hakim Azura Alwi Foto HAFIZ SOHAIMI KUALA LUMPUR Dua orang ahli perniagaan yang cuba menipu kononnya mampu mengubah s...
Tambah Denda Langgar Sop Akan Tambah Kluster Penjara Musa

Tambah Denda Langgar Sop Akan Tambah Kluster Penjara Musa

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 192 hits
Musa Hassan KUALA LUMPUR Kerajaan diminta tidak membebankan rakyat dengan meningkatkan denda kepada mereka yang melanggar Prosedur Operasi Standard Perintah Kawalan Pergerakan Bekas Ketua Polis Negera Tan Sri Musa Hassan berkata rakyat sema...
Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Bertolak Ansurlah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Lava168 1

Lirik Lagu 123 Iman Troye Ft Mal Hamka

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia