Irfan Bakti Tuntut Pemain Beraksi Seperti Anak Jantan



KUALA TERENGGANU: Beraksi di laman sendiri bukan jaminan buat pemain Terengganu FC (TFC) untuk mudah menjinakkan Johor Darul Tazim (JDT) dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Jumaat ini.

Sebaliknya pengendali skuad Penyu itu, Irfan Bakti Abu Salim menuntut anak buahnya beraksi bagaikan `anak jantan’ jika mahu mencatat kemenangan pertama selepas mengharungi dua perlawanan terdahulu.

Selain itu, Irfan turut menuntut naib juara Piala Malaysia musim lalu itu tidak terlalu menghormati status juara bertahan Liga Super itu yang dibarisi majoritinya pemain bintang biarpun pemain TFC kini masih bergelut dengan prestasi tidak konsisten.

“Tiada elemen lain buat pemain kami untuk mengutip mata penuh bertemu pasukan terkuat dalam negara ini melainkan mereka perlu bangkit sebagai anak jantan serta fokus sepanjang aksi 90 minit jika tidak mahu dimalukan di laman sendiri.

“Kami sedar pertemuan dengan JDT nanti bakal berdepan laluan berduri, tapi kami tuntut pemain tidak cepat putus asa dan leka,” kata Irfan ketika ditemui pada program penaja GLE Centre Enterprise iaitu pengeluar kopi super jantan bersama pemain di Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak petang semalam.

Pada majlis itu, Pengarah Urusan GLE Centre Enterprise, Mohd Zulkifli Harun menyampaikan kata-kata semangat selain menyerahkan kopi super jantan kepada pemain dan jurulatih serta menandatangani di kain rentang bagi menyuntik semangat mereka dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) termasuk pertemuan dengan  JDT nanti.

Mengulas lanjut, Irfan menggesa anak buahnya melupakan episod malang dicalar Pahang Sabtu lalu sebaliknya perlu tampil dengan permainan sebenar sebagaimana musim lalu.

“Saya kenal pemain saya, mereka mampu bermain dengan baik, apatah lagi pernah tewaskan skuad JDT 1-0  musim lalu dalam aksi separuh akhir Piala Malaysia.

“Bagaimanapun saya ingatkan pemain agar tidak terlalu menghormati lawan sebaliknya perlu lebih agresif mencipta gerakan untuk memburu jaringan awal bagi menyuntik semangat mereka.

“Semua pemain harus bijak memikul peranan masing-masing selain mengelak kesilapan individu yang bakal mengundang padah kerana lawan pantas dan bijak menghukum jika kita lalai,” kata Irfan yang mengharapkan benteng pertahanan mampu mengekang barisan serangan lawan dengan baik termasuk penjaga gol. - Berita Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/02/irfan-bakti-tuntun-pemain-beraksi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perlawanan Pertama Liga Super Irfan Bakti Mahu Pemain

Perlawanan Pertama Liga Super Irfan Bakti Mahu Pemain

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 510 hits
Jangan terlalu berhati hati Itu arahan jurulatih Terengganu FC Irfan Bakti Abu Salim kepada pasukannya menjelang aksi pembukaan Liga Super dengan PKNS FC di Kuala Terengganu esok Menurutnya mereka perlu mengelak dilanda sindrom perlawanan p...
Irfan Bakti Tegur Pemain Import

Irfan Bakti Tegur Pemain Import

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 383 hits
Pengendali Terengganu FC Irfan Bakti Abu Salim mencabar skuad bimbingannya supaya bangkit daripada tidur dan menewaskan Johor Darul Ta zim di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam esok Mengakui beraksi di bawah tahap sebenar dalam dua...
Mantan Pemain Psps Riau Tewas Kecelakaan Bersama Istri Dan Anak

Mantan Pemain Psps Riau Tewas Kecelakaan Bersama Istri Dan Anak

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 386 hits
Peristiwa itu terjadi pada Kamis malam Saat itu Khairunnas berboncengan dengan anak istrinya dari rumah mereka di Kecamatan Tampan Kota Pekanbaru menuju Bangkinang Kabupaten Kampar
Sekat Anak Lelaki Menangis Kononnya Tak Jantan Anak Boleh Jadi Ganas Kasar Bengis

Sekat Anak Lelaki Menangis Kononnya Tak Jantan Anak Boleh Jadi Ganas Kasar Bengis

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 627 hits
Anak lelaki kasar ganas kaunselor dedahkan ini mungkin puncanya Selalu disekat jangan menangis dan melepaskan rasa kecewa membuatkan mereka bersikap bengis dan mudah marah yang berpengalaman sebagai kaunselor dan ibu kepada dua anak memberi...
Irfan Bakti Gembira Dalam Kecewa

Irfan Bakti Gembira Dalam Kecewa

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 572 hits
Pengendali Terengganu FC Irfan Bakti Abu Salim tetap berpuas hati dengan satu mata yang diraih selepas seri 2 2 dengan Johor Darul Ta zim malam tadi Menyifatkan persembahan TFC sebagai menakjubkan Irfan berkata mereka mempamerkan disiplin t...
Kasih Iris Leona Anak Bongsu Azhar Sulaiman Yang Cantik Seperti Model

Kasih Iris Leona Anak Bongsu Azhar Sulaiman Yang Cantik Seperti Model

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 1605 hits
Wah makin besar anak anak pelakon Azhar Sulaiman Meski bergelar arkitek namun aktor berusia 47 ini masih lagi aktif dalam hal melibatkan seni Azhar mempunyai tiga orang anak iaitu Kasih Leia Ixora 20 dan kembar Andika Rees Pahamin serta Kas...
Jangan Cemas Irfan Bakti

Jangan Cemas Irfan Bakti

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 485 hits
KUANTAN Pengendali Terengganu FC Irfan Bakti Abu Salim tidak panik biarpun skuadnya sekadar mengutip satu mata daripada dua perlawanan Liga Super setakat ini Beliau berkata kekalahan 0 3 kepada Pahang malam tadi juga tidak menggambarkan pre...
Tugas Getir Di Kuantan Irfan Bakti

Tugas Getir Di Kuantan Irfan Bakti

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 392 hits
Jurulatih Terengganu FC Irfan Bakti Abu Salim mengakui tugas berat untuk membawa pulang mata dari Kuantan dalam aksi Liga Super menentang Pahang malam esok Barisan serangan Pahang menurutnya cukup tajam dengan kelibat Dickson Nwakaeme dan b...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun

Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025