Irfan Bakti Tabik Aksi Suffian Tiger



JOHOR BAHRU: Pengendali Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim menempelak pihak yang mengkritik keupayaan penjaga gol, Mohd Suffian Rahman yang dikatakan tidak sesuai untuk menjaga gawang pasukan kerana faktor usia.

Irfan Bakti menegaskan, Mohd Suffian adalah pemain paling tua beraksi di padang, namun kelincahannya menafikan beberapa percubaan berbahaya penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) menunjukkan jiwanya masih muda.

"Kehadiran Mohd Sufian mengemudi gawang gol TFC tidak disukai oleh beberapa orang. Tetapi saya kenal karakter dia sejak 25 tahun lalu dan status selaku penjaga gol, kalau sudah mencecah usia 40 tahun, itu perkara biasa.

"Kalau tidak bagus, saya tidak akan letak dia selaku penjaga gol utama dan dia membuktikan ketangkasannya menjaga gawang berjaya membawa kita ke pentas akhir. Saya tegaskan sekali lagi, dia adalah penjaga gol terbaik untuk TFC ketika ini," katanya.

Skuad Penyu mara ke pentas akhir Piala Malaysia selepas kali terakhir melakukan pada 2011, apabila seri 2-2 dengan JDT di separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam semalam.

TFC mara dengan agregat 3-2 selepas menang 1-0 dalam aksi pertama di laman sendiri.

Irfan Bakti menegaskan, aksi malam semalam penuh dramatik - dengan corak permainan dikuasai JDT, dan TFC menggunakan kesempatan untuk mencipta gol berpunca daripada kelekaan pemain skuad Harimau Selatan.

Menurutnya, strategi untuk mematikan kelicikan tiga pemain iaitu Gonzalo Cabrera, Syafiq Ahmad dan Safawi Rasid membuahkan hasil selepas setiap gerakan berbahaya yang dilakukan tiga serangkai itu berjaya dipatahkan.

Malah katanya, walaupun JDT menguasai permainan, namun kelebihan untuk mencipta jaringan menjadi milik TFC, tetapi gagal dimanfaatkan Shahrul Aizad Zulkifli pada awal babak pertama, ketika dia hanya berdepan penjaga gol JDT.

Selepas ketinggalan 0-1 hasil jaringan gol penalti, beliau memberikan kata-kata perangsang kepada pemain di bilik persalinan supaya kembali bangkit dan memberi tentangan kerana masih terikat dengan agregat 1-1.

"Pemain mengikut arahan dan tidak panik apabila menguasai posisi tengah yang saya akui kerap didominasi pemain JDT yang memiliki kombinasi permainan mantap menerusi bola hantaran pendek yang berbahaya.

"Saya agak terkejut apabila JDT tidak menurunkan pemain nombor 5 (Fernando Elizari). Taktik permainan JDT juga berubah apabila meletak gandingan Cabrera dan Fernando Marquez.

“Saya jangka mereka akan mempratikkan bola hantaran silang tetapi kami sudah bersedia menghalang.

"Saya tidak ubah taktikal berbanding aksi pertama, apa yang saya arahkan untuk pemain ialah sentiasa bersungguh-sungguh dan kuasai posisi tengah, kerana JDT begitu kuat di posisi itu dan pemain saya laksanakan tugas dengan baik," kata Irfan Bakti. - Berita Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2018/10/irfan-bakti-tabik-aksi-suffian-tiger.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terengganu Fc Tak Akan Parking Bas Irfan Bakti

Terengganu Fc Tak Akan Parking Bas Irfan Bakti

papar berkaitan - pada 12/10/2018 - jumlah : 655 hits
KUALA TERENGGANU Meskipun hanya membawa bekalan tipis berbaki 90 minit untuk aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia bertemu Johor Darul Ta zim di Stadium Tan Sri Hassan Yunos 20 Oktober ini pengendali Terengganu FC Irfan Bakti Abu Salim me...
Pemain Tfc Dipancing Tiga Pasukan Risik Irfan Bakti

Pemain Tfc Dipancing Tiga Pasukan Risik Irfan Bakti

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 419 hits
KUALA TERENGGANU Selepas pemain Terengganu FC dikatakan mula dipancing pasukan lain pengendali skuad itu Irfan Bakti Abu Salim mengakui beliau juga turut dirisik untuk mengharungi saingan musim 2019 Namun bekas jurulatih kelab Persipura Jay...
Pbsnt Ikat Irfan Bakti Dan Tengku Hazman

Pbsnt Ikat Irfan Bakti Dan Tengku Hazman

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 257 hits
t KUALA TERENGGANU Bimbang jurulatih kesayangan Irfan Bakti Abu Salim disambar pasukan lain Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu mengambil langkah pantas dengan menawarkan kontrak baharu kepada pengendali yang digelar pakar taktikal itu mu...
Tiga Pemain Jdt Yang Perlu Disekat Irfan Bakti

Tiga Pemain Jdt Yang Perlu Disekat Irfan Bakti

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 523 hits
Berkelebihan 1 0 bukan bekalan selesa dalam pemburuan tiket ke final Piala Malaysia apatah lagi berdepan juara bertahan Johor Darul Ta zim di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin Namun ketua jurulatih Terengganu FC Irfan Bakti Abu Salim yaki...
Pelajar Perempuan Ketakutan Aksi Dalam Tandas Dirakam

Pelajar Perempuan Ketakutan Aksi Dalam Tandas Dirakam

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 465 hits
KUALA TERENGGANU Seorang pelajar perempuan hidup dalam ketakutan selepas menyedari aksinya sedang mandi di dalam tandas di sebuah resort di Batu Burok di sini di rakam individu tidak dikenali Khamis lalu Dalam kejadian kira kira jam 6 30 pa...
Menpora Duga Ada Motif Politik Di Balik Aksi Pramuka Sebut 2019 Ganti Presiden

Menpora Duga Ada Motif Politik Di Balik Aksi Pramuka Sebut 2019 Ganti Presiden

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 235 hits
Menteri Pemuda dan Olahraga Imam Nahrawi menyebut ada motif politik di balik aksi itu Imam meminta Kwarnas Pramuka segera menindaklanjuti video yang terlanjur viral tersebut Termasuk mencari aktor intelektual di balik aksi tersebut
Suciwati Murnikan Aksi Kamisan Di Malang

Suciwati Murnikan Aksi Kamisan Di Malang

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 142 hits
stri mendiang almarhum Munir Said Thalib Suciwati turun tangan dalam Aksi Kamisan di Malang setelah sebelumnya sempat dibubarkan sejumlah organisasi masyarakat Dua kali Aksi Kamisan dibubarkan lantaran dianggap menyuarakan separatisme
Gara Gara Ron 95 Aksi Pekerja Stesen Minyak Petronas Dibelasah Tular

Gara Gara Ron 95 Aksi Pekerja Stesen Minyak Petronas Dibelasah Tular

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 852 hits
Satu klip video yang tular di media sosial sejak semalam menunjukkan seorang pekerja di kaunter stesen minyak Petronas di sini dipukul dan dibaling objek dalam kejadian yang didakwa berlaku pada 6 Oktober lalu Turut menjadi tular laporan po...
Video Priceless Aksi Mencuit Hati Dr Mahathir Yang Terkejut Melihat Aksi Silap Mata

Video Priceless Aksi Mencuit Hati Dr Mahathir Yang Terkejut Melihat Aksi Silap Mata

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 400 hits
Video Aksi Mencuit Hati Dr Mahathir Yang Terkejut Melihat Aksi Silap Mata Tersenyum lebar admin melihat aksi mantan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Bin Mohammad ini apabila melihat ekspresi muka beliau semasa melihat aksi silap mata Ma...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense