Irfan Bakti Letak Jawatan



🏴🏳️KENYATAAN MEDIA TFC RASMI 🏳️🏴

ISU RENTETAN PRESTASI TIDAK KONSISTEN TFC

Susulan TFC diberi satu tamparan yang hebat dengan satu kekalahan yang teruk pada perlawanan menentang PJ City FC dalam suasana TFC telah memiliki kelebihan 3 gol di separuh masa pertama dan akhirnya menerima kekalahan 3-5. PBSNT telah mengadakan satu mesyuarat khas berkenaan prestasi TFC bagi menilai kelemahan yang sedang berlaku.

Sebelum ini juga TFC telah ditundukan Pahang 4-0 di Darul Makmur bagi saingan Piala FA dan secara agregatnya 5-2, TFC tersingkir dipusingan suku akhir. Pihak pengurusan secara drastik telah melakukan Mesyuarat Postmortem yang dihadiri oleh semua barisan kejurulatihan.

Mengakui keadaan semasa pasukan TFC yang tidak menentu dan konsisiten, Ketua Jurulatih di dalam mesyuarat khas telah memanjangkan permohonan perletakan jawatan sebagai Ketua Jurulatih TFC serta merta. Pihak pengurusan pasukan juga telah mengambil kira semua aspek dan bersetuju serta menghormati keputusan nekad yang dibuat oleh Haji Irfan Bakti di atas prestasi buruk pasukan. Hasrat perletakan jawatan tersebut telah diluahkan dengan kerelaan hati dan hal ini akan dimuktamadkan melalui cara dan prosedur yang betul.

Bagi meneruskan bimbingan latihan pasukan, pihak pengurusan telah memberi mandat kepada Penolong Ketua Jurulatih Mohamad Nafuzi Zain untuk mengalas tugas-tugas Ketua Jurulatih sementara waktu yang kekosongan sehinggalah PBSNT menemui calon yang bersesuaian bagi meneruskan cabaran 9 perlawanan Liga Super dan saingan Piala Malaysia.

PBSNT juga menafikan sebarang tohmahan yang dilemparkan menyatakan bahawa aksi yang tidak menentu dan kekalahan memalukan berpunca dari kegagalan pembayaran gaji kepada pemain tidak benar sama sekali. Sebagaimana yang dimaklumkan, PBSNT menaungi TFC 1, TFC 2, TFC 3, TFC 4 dan TFC 5. Pembayaran gaji semuanya dalam tempoh 25 haribulan dan paling lewat 7 haribulan setiap bulan. Selain itu, bonus kemenangan yang dijanjikan bagi setiap perlawanan diuruskan dengan baik.

PBSNT amat mengharapkan agar pasukan TFC kembali bangkit dan cepat memposisikan kedudukan untuk mengharungi cabaran yang berbaki. Dengan keputusan pemilihan Mohamad Nafuzi Zain sebagai 'caretaker' atau pengendali sementara, diharap beliau mampu menjalankan tugas seterusnya membantu pasukan sebaik yang mungkin.

Manakala jasa Tuan Haji Irfan Bakti Abu Salim akan sentiasa dikenang kerana telah menyumbang bakti kepada bolasepak Terengganu dengan kejayaan-kejayaan sebelum ini. Pada tahun 2011 membawa Terengganu menjuarai Piala FA, Naib Juara Piala Malaysia dan Naib Juara Liga Super seterusnya layak ke saingan AFC 2012 buat pertama kalinya dalam sejarah. Kembalinya buat kali ke-2 pada tahun 2017 merangkul Naib Juara Liga Premier membawa pasukan ke Liga Super 2018 serta Naib Juara Piala Malaysia 2018. Seluruh keluarga besar bolasepak Terengganu tidak harus melupakanya.

Kepada seluruh peminat bolasepak Terengganu, sokongan amat diperlukan ketika ini untuk membawa pasukan kembali gah mengharungi saingan yang masih berbaki. Pemain ke-12 merupakan sebahagian nadi kejayaan sesebuah pasukan.

Sekian, terima kasih.
..........................................
YM.Datuk Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil

Setiausaha Agung
PBSNT

15 Mei 2019

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/irfan-bakti-letak-jawatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cadangan Sekat Peminjam Ptptn Ke Luar Negara Armada Bersatu K Tan Desak Mastura Letak Jawatan

Cadangan Sekat Peminjam Ptptn Ke Luar Negara Armada Bersatu K Tan Desak Mastura Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 414 hits
Mastura Mohd Khalid Pemuda Bersatu Kelantan hari ini mendesak Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Mastura Mohd Khalid untuk meletak jawatan Ini berikutan susulan dengan kenyataannya berhubung cadangan sekata...
Ismail Sabri Desak Ag Letak Jawatan

Ismail Sabri Desak Ag Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 283 hits
Sinar Harian Ismail Sabri berkata Peguam Negara memalukan Jabatan Peguam Negara kerana tidak menyakini peguam peguam di bawah beliau sendiri Gambar fail SHAH ALAM Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendesak supaya Peguam Negar...
Tommy Sila Letak Jawatan

Tommy Sila Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 317 hits
Wartawan Watan Online Pergerakan Pemuda UMNO menggesa Peguam Negara Tommy Thomas untuk meletakkan jawatan secara terhormat berikutan tindakan beliau yang terang terangan bersubahat dalam menghina institusi Raja Raja Melayu dalam sebuah foru...
Ganti Irfan Bakti Ratusan Permohonan Diterima

Ganti Irfan Bakti Ratusan Permohonan Diterima

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 224 hits
MENTERI Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengakui menerima ratusan permohonan bagi mengisi 8216 kerusi panas 8217 yang ditinggalkan bekas ketua jurulatih Terengganu FC Irfan Bakti Abu Salim Beliau yang juga Presiden Bola Sepak Nege...
Pbsnt Pertahan Irfan Bakti

Pbsnt Pertahan Irfan Bakti

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 333 hits
Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu mempertahankan jurulatihnya Irfan Bakti Abu Salim ekoran prestasi hambar Terengganu FC ketika ini Presiden PBSNT Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pihaknya tidak meragui kemampuan Irfan walaupun berdepa...
Irfan Bakti Demam Bukan Sengaja Hilangkan Diri

Irfan Bakti Demam Bukan Sengaja Hilangkan Diri

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 262 hits
BEKAS pengendali Terengganu FC Irfan Bakti Abu Salim meminta tempoh bertenang sebelum membuat sebarang kenyataan berhubung keputusan mengejut meletak jawatan sebagai ketua jurulatih TFC Menurut isterinya yang enggan didedahkan namanya Irfan...
Ismail Sabri Lepas Jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor

Ismail Sabri Lepas Jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 353 hits
foto sumber internetSHAH ALAM 18 Mei Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melepaskan jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor yang dipegangnya sejak hampir setahun berkuatkuasa 1 Mei lepas Loading Ismail dalam satu ken...
Tidak Wajar Gesa Zahid Lepas Jawatan Tok Mat

Tidak Wajar Gesa Zahid Lepas Jawatan Tok Mat

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 750 hits
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menyifatkan gesaan agar Dr Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan sebagai presiden parti kurang wajar Dipetik Sinar Harian Mohamad yang kini menggalas tugas presiden berkata ahli ahli parti Umno tidak waj...
Jawatan Kosong Pembantu Antidadah Gred S19 2019

Jawatan Kosong Pembantu Antidadah Gred S19 2019

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 1111 hits
Jawatan Kosong di Agensi Antidadah Kebangsaan 2019 Berita baik buat pemohon yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan termasuk yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor kerajaan dan swasta Terdapat kekosongan di Agensi Antidadah Kebangsa...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Baby Shima X Mimpi Pap Pap Chord

Monolog Jiwa Khas Di Puncak Yang Tak Kembali

Hiburan Ibu Didakwa Jadi Punca Perceraian Nubhan Dan Isteri Pelakon Tampil Buat Penafian Gambar Itu Jadi Bahan Fitnah

Moment Empat Beradik Berkumpul Masak Mee Kari Resepi Arwah Mak

Ada Yang Setahun Jagong Memandai Palatao