Ipr Usaha Terbaik Basmi Kemiskinan Rakyat Razeef




Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang dilancarkan oleh Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli pada 26 Februari lalu merupakan usaha terbaik Kerajaan Perpaduan dalam menambah pendapatan rakyat serta membasmi kemiskinan.
Menurut Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Razeef Rakimin, IPR yang ditawarkan itu berupa Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN) amat baik dan dijangka mampu menambah pendapatan golongan B40 atau miskin.
“INTAN merupakan inisiatif membantu pekebun kecil untuk memasarkan hasil tani kepada syarikat-syarikat, rantaian peruncitan makanan, pengeksport dan kepada agensi-agensi.
“INSAN pula memberi peluang kepada usahawan makanan untuk memasarkan makanan dengan kemudahan yang disediakan pihak kerajaan seperti ‘vending machine’.
“Pihak kerajaan akan menanggung kos sewa mesin serta sewa tapak selama dua tahun. Syarikat-syarikat yang ingin menyediakan kemudahan makanan kepada pekerja-pekerja mereka akan dihubungkan terus kepada pengusaha terdekat,” katanya dalam satu kenyataan.
Dengan inisiatif kerajaan itu, katanya, pemilik atau pengusaha premis-premis agensi kerajaan pada peringkat Persekutuan dan negeri, institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pelajar, staf dan pelawat, stesen-stesen LRT serta hospital dan kemudahan kesihatan yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual bagi menyediakan makanan kepada pesakit, pelawat dan staf.
IKHSAN pula, kata Razeef, bagi usahawan yang menyediakan servis pembersihan dan mereka yang memohon akan dihubungkan terus kepada syarikat-syarikat serta agensi kerajaan terutama kepada individu atau syarikat yang mendaftar sebagai Komuniti IPR.
“Jika kita lihat kerajaan sebelum ini tidak mampu mencari inisiatif bagaimana membawa rakyat keluar dari kemiskinan sehingga terpaksa menggunakan wang simpanan hari tua rakyat demi kelangsungan hidup. Kita faham jika pengeluaran dibenarkan semasa pandemik memandangkan hampir semua sektor perniagaan tidak beroperasi dan rakyat tersepit dari segi ekonomi.
“Bagaimapaun idea membenarkan pengeluaran KWSP (yang popular) ketika semua sektor telah beroperasi dan ekonomi berkembang baik merupakan satu kesilapan. Kerajaan sepatutnya menyediakan inisiatif yang boleh membantu rakyat bangkit dari krisis ekonomi,” katanya.
Menurut beliau, Menu Rahmah yang sebelum ini dipertikaikan pihak pembangkang dengan dakwaan bakal merugikan peniaga, ternyata hari ini terbukti para pengusaha gerai makan yang menjual Menu Rahmah mengakui keuntungan jualan lebih baik daripada sebelum ini.
“Ini kerana walau harga sedikit murah namun lebih ramai pelanggan datang ke premis.
“Oleh itu, saya yakin dengan IPR rakyat tidak perlu lagi menggunakan wang simpanan hari tua mereka demi kelangsungan hidup. Ini adalah strategi ‘serampang dua mata’ untuk menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40 pada masa sama berusaha menyelesaikan masalah ekonomi harian rakyat,” katanya lagi.
Justeru, Razeef berharap program ini diperluaskan serta diberi peruntukan tambahan di masa akan datang sebagai satu inisiatif membantu dan mendidik rakyat terutama dalam mendepani situasi ekonomi global yang tidak menentu.
The post IPR: Usaha terbaik basmi kemiskinan rakyat – Razeef first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/36215?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ipr-usaha-terbaik-basmi-kemiskinan-rakyat-razeef

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inisiatif Pendapatan Rakyat Usaha Basmi Miskin Tegar

Inisiatif Pendapatan Rakyat Usaha Basmi Miskin Tegar

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 299 hits
Inisiatif Pendapatan Rakyat merupakan salah satu usaha kerajaan melalui Kementeria Ekonomi bagi membasmi golonga miskin tegar Melalui program Inisiatif Pendapatan Rakyat ini kerajaan menyasarkan peserta IPR berupaya menjana pendapatan sekur...
Kerajaan Komited Basmi Miskin Tegar Program Inisiatif Pendapatan Rakyat Diperkenal Mohon Segera

Kerajaan Komited Basmi Miskin Tegar Program Inisiatif Pendapatan Rakyat Diperkenal Mohon Segera

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 256 hits
Kerajaan komited basmi miskin tegar 8211 Program inisiatif pendapatan rakyat diperkenal Mohon Segera IPR fokus dengan strategi serampang dua mata untuk menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40 pada masa yang sama berusaha menyelesa...
Ipr 2023 Bantuan Inisiatif Pendapatan Rakyat

Ipr 2023 Bantuan Inisiatif Pendapatan Rakyat

papar berkaitan - pada 2/3/2023 - jumlah : 506 hits
Cara daftar mohon permohonan IPR 2023 Bantuan Inisiatif Pendapatan Rakyat online untuk jana sekurang kurangnya insentif inisiatif kerajaan RM2000 sebulan Berbanding memberikan duit yang tidak berkesudahan kepada rakyat Malaysia kerajaan Mal...
Apa Kaitan Pandora Papers Bekas Speaker Azhar Rakyat Pandora Papers

Apa Kaitan Pandora Papers Bekas Speaker Azhar Rakyat Pandora Papers

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 177 hits
Why did former Speaker Azhar Harun stop the Pandora Papers debate Was he ordered to ban this specific debate Was he protecting certain individuals
Sukar Untuk Rafizi Lakana Gst Setelah Rakyat Di Program Benci Gst

Sukar Untuk Rafizi Lakana Gst Setelah Rakyat Di Program Benci Gst

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 273 hits
Oleh Adam Malik Apabila keadaan ekonomi negara menjadi lebih parah kerana negara masih bergantung kepada sistem cukai lapuk SST yang tidak telus dan mudah dimanipulasi oleh peniaga maka untuk melaksana GST Kembali semakin bertambah sukar In...
Karamunting Rep Quits Warisan Joins Gagasan Rakyat

Karamunting Rep Quits Warisan Joins Gagasan Rakyat

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 183 hits
Karamunting assemblyperson George Hiew Vun Zin today announced his departure from Warisan to join Parti Gagasan Rakyat Sabah He said he took the step after taking into account among others the views of the people who want an end to an unsta...
4 Ekor Dilucut Wakil Rakyat

4 Ekor Dilucut Wakil Rakyat

papar berkaitan - pada 6/3/2023 - jumlah : 443 hits
DUN Pulau Pinang lucut 4 wakil rakyat Bersatu kerana lompat partiEmpat Adun Bersatu itu berpaling tadah kepada Perikatan Nasional selepas memenangi kerusi mereka di bawah tiket Pakatan Harapan pada PRU14 06 Mar 2023 Zolkifly Lazim Dr Afif B...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Menteri Kesuma Umum 4 Perkara Berkait Keselamatan Sosial

Juruteknik Didakwa Melakukan Amang Seksual Merakam Video Terhadap 3 Kanak Kanak