Ipoh Booth Cart Ipoh


Seusai habis menikmati panorama di Concubine Lane dan Plan B, kami sampai di satu rumah kedai yang terletak di bahagian paling hujung. Pada awalnya kami tak perasan pun kewujudannya, tapi tertarik dengan kehadiran orang ramai di situ. Ipoh Booth Cart ni berada di atas Restoran Sun Yoon Wah. Mula-mula takut jugak nak masuk, tapi beranikan diri main redah ja. Tambah plak kat pintu masuk ada terpapar tulisan masuk adalah percuma. Apa lagi, pecutan kuasa dua la.                          
Hihihi. Bagi yang tak pasti, anda boleh rujuk peta kat bawah ni. Teknologi dah moden kan, asal ada data lebih je.



Peta lokasi
Lokasi Restoran Sun Yoon Wah
Masuk percuma gaisss!
Tempat ini dibuka seawal jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan ditutup pada hari Isnin. Melangkah masuk ja kat sini, memang meriah dengan orang ramai dan keadaan menjadi agak sesak. Ipoh Booth Cart seakan-akan menjadi kesinambungan kepada Concubine Lane yang menonjolkan pelbagai aspek kebudayaan masyarakat Cina. Apa yang menariknya, terdapat aneka gerai yang menjual cenderahati kepada pengunjung yang datang. Gerai-gerai tersebut dibina dengan ciri gerai-gerai lama yang beratapkan daun dan diperbuat daripada kayu. Suasananya lebih ceria dengan adanya hiasan-hiasan comel seperti tong-tong, botol dan dinding yang dicat watak kartun berwarna-warni.


Gerai yang menarik untuk kanak-kanak
Deretan gerai-gerai yang ada
Tong Comel!
Colourful!
Botol yang dikitar semula
Lebih mengujakan apabila ada gambar-gambar orang dulu daripada era hitam putih hinggalah tahun 90-an. Kalau ada pengunjung yang hidup pada zaman tu, mesti gambar-gambar ni akan mengimbas kembali nostalgia mereka. Tengok kat bawah ni, ada macam-macam gaya rambut dan fesyen baju ada. Cantik kan! Tengok gambar ni pun boleh teringat zaman P.Ramlee dan Saloma dulu.

Susunan gambar nostalgia lama
Pada satu bahagian lagi, dinding-dinding bangunan dicat sebagaimana di muzium 3D Art. Kita boleh berinteraksi dan menggayakan pelbagai posisi berdasarkan lukisan yang ada. Ada props jugak disediakan. Masa ramai orang, korang kena bertolak ansur sikit tau. Tunggu turn, jangan main redah je. Kesian kat orang yang gambarnya kena photoboom. Hihi.
Kuda dan Si Isteri
Kuda dan Si Suami
In character sangattt sebab selalu buat kat student camni.Haha

Nak rotan ke tu?
Ni la akibat tak buat keje sekolah. Sob..sob
Teman budak-budak main ting ting
Abam mau ke mana haa..
Dah nak last-last balik, ada uncle Cina ni offer kitaorang untuk tolong ambilkan gambar. Kesian agaknya dia tengok kitaorang duk sorang-sorang amik gambar tak ada orang ambikkan gambar berdua. Cukupla sekeping. Hee.. Majoriti pengunjung boleh dikatakan berbangsa Cina mungkin sebab belum cukup familiar dan terkenal dalam kalangan masyarakat lain. Kitaorang pun nasib je terjumpa tempat ni. Jangan risau, penjual dan yang ada kat situ semua ramah-ramah belaka.
Akhirnya ada gambar berdua. Tenkiu uncle..Jasamu dikenang.
Lukisan ketapi
Ni kat tepi kuda tadi
Akhir sekali Ipoh Cart Booth sangat sesuai dijadikan tempat untuk menghabiskan hujung minggu anda dengan aktiviti berkualiti bersama keluarga. Di sini tempatnya anda boleh bergambar dan membeli pelbagai cenderamata unik dengan harga yang menjimatkan. Sapa yang ada anak-anak yang sel otaknya sedang berhubung dan berkembang tu boleh cuba bawa ke sini. Hee.. Atau ada kawan-kawan yang datang melawat ke Ipoh, boleh cadangkan diaorang masukkan dalam list tempat ni. Sebenarnya kat bahagian tepi luar bangunan ni pun ada buaian cantik untuk bergambar. Tapi, kitaorang tak perasan. Huhu..Siapa sangka dengan rancangan awalnya nak ke Plan B, kami ditakdirkan untuk jumpa dua lagi tempat menarik dalam kawasan yang sama iaitu Concubine Lane dan Ipoh Cart Booth. Jalan kaki ja sebab memang berdekatan. Rugi sapa yang tak datang! Sekiranya dinaiktarafkan dan dibesarkan sikit lagi tempat ni tidak mustahil juga dalam masa akan datang menjadi antara tempat tarikan pelancongan di Ipoh.

Pssttt:
1) Jangan rosakkan props dan lukisan yang ada.
2) Bertolak ansur ketika ramai orang.
3) Jangan buang sampah merata-rata jugak tau.
4) Jaga keselamatan anak anda, takut asyik amik gambar terlepas pandang pulak nanti. Hee



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://projeklakibini.blogspot.com/2018/10/tempat-menarik-ipoh-booth-cart-ipoh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menarik Di Gua Tempurung Ipoh

Menarik Di Gua Tempurung Ipoh

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 794 hits
Kat mana menarik di Ipoh Sebelum ni kitaorang dah menjajah yang ada tasik Kali ni kitaorang nak menjajah Gua Tempurung pula Sebelum kiteorang pengalaman kiteorang di gua tempurung jom baca sikit sejerah Gua Tempurung yang aku pun dapat kat ...
Tasik Cermin Ipoh

Tasik Cermin Ipoh

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 1101 hits
Projek Laki Bini meneruskan perjalanan untuk menjejaki tempat tempat menarik untuk dijajah Kali ini projek laki bini akan menjajah tasik cermin Ipoh atau dalam bahasa inggeris mirror lake Kenapa kita orang nak pergi ke sana kan orang selalu...
Concubine Lane Ipoh

Concubine Lane Ipoh

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 1004 hits
Namanya juga sudah kedengaran unik dan istimewa Ayuh Kita kenali pula salah satu tempat yang menjadi simbolik 24 Jejak Warisan Ipoh Concubine Lane juga dikenali sebagai Yi Lai Hong dalam Bahasa Cina yang bermaksud Lorong Perempuan perempuan...
Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh

Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 1272 hits
Cuti sekolah dah bermula jadi aku ngan isteri mula mencari tempat tempat menarik dengan bajet yang ciput sekecil siput sedut Kemana kitaorang pergi kali ini Kali ni kitaorang nak memaparkan satu tempat rekreasi di Ipoh iaitu Taman Rekreasi ...
Nasi Ganja Nasi Kandar Ayam Merah Ipoh

Nasi Ganja Nasi Kandar Ayam Merah Ipoh

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 410 hits
assalamualaikum good morning korang what a lovely morning cuaca yg sgt cantik alhamdulillah bakal kering cantik la baju baju di ampaian saya sgt la rimas kalau baju yg di sidai tu kering tapi lembab lembab aje tau hari ni in shaa Allah nak ...
11 Makanan Paling Sedap Di Ipoh No 5 Memang Buat Korang Meleleh Liur

11 Makanan Paling Sedap Di Ipoh No 5 Memang Buat Korang Meleleh Liur

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 928 hits
Walau apa jua pun tujuan anda bercuti sama ada untuk merasai dim sum yang asli atau menikmati pencuci mulut yang manis lagi sejuk ikuti pengembaraan jalan jalan cari makan kami selama 3 hari 2 malam di 10 tempat makan di Ipoh Kalau anda nak...
Jalan Jalan Cuci Mata Di Kong Heng Square Ipoh Perak

Jalan Jalan Cuci Mata Di Kong Heng Square Ipoh Perak

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 1147 hits
Kong Heng Squarepelbagai barangan kraftangan dan cenderahati ada di Kong Heng SquareKong Heng Square yang terletak di Ipoh Perak ni merupakan salah satu tempat tumpuan orang ramai dan pelancong tempatan Masuk ke sini aku rasa macam duduk ka...
Budget Trip To Ipoh Perak

Budget Trip To Ipoh Perak

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 429 hits
Assalamualaikum Fuhh bersawang dah blog ni Post yang berzaman pun masih dalam mood draft Actually just be honest Since tempat kerja baru tak provide laptop malah PC dekat office pun kena block internet etc that s why tak update Nak update d...
Makan Nasi Ayam Hainan Di Ipoh Hainan Chicken Rice

Makan Nasi Ayam Hainan Di Ipoh Hainan Chicken Rice

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 1073 hits
IPOH Hainan Chicken Ricedalam restoran IPOH Hainan Chicken RiceKalau korang ada di Ipoh Perak aku rekomen korang makan nasi ayam hainan di Restoran IPOH Hainan Chicken Rice ni Memang terbaik sedap Cuma korang nak dapat parking depan restora...
Airasia Santan Menu Baru Harga

Koleksi Kad Pokemon Dilelong Rm330 000

Muslims Rebuke Rais Yatim S No No To Sarawak S Proposal Of Conducting Friday Sermons In English

Yuka Kharisma Cinta Indah Buat Kanda Chord

Ulu Tiram Attack Suspect Not Ji Member Initial Link Made Due To Father S Past Says Igp

Apa Jadi Serangan Balai Polis Johor S Pura Ini Komen Pas

Apakah Sebaik Baiknya Manusia

Resepi Sos Hijau Vietnamese Rolls



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Teresa Kok Terkejut Terima Surat Ugutan Bunuh Dan Dua Butir Peluru

Isu Uitm Kerajaan Kena Berani

Ragam Pelik Kucing

15 Breathtaking Mediterranean Powder Room Ideas From Classic To Modern

Durioo Cara Daftar Subscription

A Lone Wolf Does Not Materialise Naturally