Iphone 12 Pro Max Love To The Max
Kira-kira macam lambat lagi nak dapat iPhone idaman. Setahun lebih mengidam nak iPhone Boba 3 camera tu, know know (baca : tahu-tahu) rezeki dapat iPhone 12 Pro Max terus. Alhamdulillah..
Walaupun agak hampa sebenarnya bila tahu iPhone 13 series akan keluar tak lama lagi. Dia macam tak menyempat betul nak keluar yang baru padahal iPhone 12 baru keluar kot, kan? Tak sempat nak beramah mesra dengan 12, 13 dah say hai. Ish ish ish, rilek dulu boleh tak
shot on iPad Air
Welcome iPhone 12 Pro Max Pacific Blue. Terpaksa melepaskan iPhone 6s kesayangan pergi ke tuan baru pada suami. Tak jauh pun pergi dia. Banyak jasa iPhone 6s guna sejak 2017. Tak pernah rosak cuma pernah tukar glass lens je.
Calar pun tidak. Macam handphone baru. Tapi sekarang battery health pun 69% macam kena tukar dah tu. Dulu teringin nak iPhone 8 Blush Gold tapi satu gold series pun tak pernah merasa.
baca juga : service repair iPhone murah dan cepat cara mudah kenal pasti iPhone original atau refurbished
Dengan pembelian iPhone 12 Pro Max, didatangkan dengan USB-C to Lightning Cable (1 m) tanpa adapter.
shot on iPhone 12 Pro Max
Nak tak nak kena juga beli adapter baru sebab tak compatible dengan adapter lama. haiyooo, kena beli juga
shot on iPhone 12 Pro Max
Self Reward, Birthday GiftSelf reward untuk diri sendiri merangkap birthday gift sebab dapat sebelum berakhirnya bulan February 2 hari lepas. Pelaburan modal yang besar untuk @photographeeza. Walaupun sendu tak ada projek juta juta macam Megah Holding. Tapi takpe nak jugak teruskan untuk hobi sendiri.
Ambil gambar itu satu kepuasan. Setiap orang berbeza minat dia. So boleh faham dan jelas di situ
Sesambil tu kita boleh tambah duit poket tepi sikit. Ye, gambar boleh dijual. Boleh dijual di shutterstock, dreamstime, fotolia, istockphoto. Kalau ada rezeki boleh tambah duit lebih macam tu
Setakat ni baru berjaya masuk shutterstock. Baru lepas 2 gambar je. Susah juga nak lepas masuk shutterstock tu. Kena baca betul-betul rules dan kriteria gambar yang terpilih. Tapi setakat ni belum ada pembeli dan belum menjana pendapatan dari situ
Cuba dulu tak salah kan. Mungkin dengan adanya si Pacific Blue ni dapat membantu. Mana lah tahu perkhidmatannya dapat majukan lagi langkah saya ke depan dengan lebih laju.
Sejak menggunakan iPhone dan iPad, saya rasa serasi dengan iOS. Performance dia better dan laju berbanding android. Melabur lebih sikit untuk kualiti. iPad Air tu lagi lama, edisi awal dulu tahun 2014. Sampai sekarang masih okay. Cuma baru baru ni ada problem speaker. tapi pakai earphone okay
shot on Sony T2 ultra
Kenapa pacific Blue? Kita lari sikit dari yang biasa. Warna Pacific blue ni menarik dan nampak nice juga sebenarnya. Saiz agak besar dan memang tak cukup besar tangan ni nak handle. Tambah lagi berat besi dia.
Walaupun ada yang tak suka dengan design iPhone 12 Pro Max yang curve dia kurang cantik macam iPhone 5S tapi saya okay. Janji battery tahan lama, waterproof, gambar low light cun. Kalau tidak bergaduh dengan cahaya malap gambar kelam je.
Sebenarnya banyak smartphone yang bagus dan banyak pilihan. Tapi sebab dah biasa dengan iOS, so setia dengan dia je lah. Beli pun bersebab
Lepas ni no more shot on iphone 6s. Gambar pun lebih better lagi lah nanti. Harap begitulah, jangan bila ada yang baru mood kau ke laut pacific blue. Mentang-mentang kau pilih pacific blue.
Biasa lah mood turun naik ibarat laut, ada pasang surutnya. Itu biasa. Yang tak biasa, bila kau malas tapi bagi alasan tak ada mood.
Alhamdulillah..pernah berangan percuma nak iPhone 12 pro max, untung-untung dapat. Itu namanya rezeki. Terima kasih husband dan diri sendiri juga. Ayuh, penuhkan tabung semula. Bajet macam beberapa bulan lagu baru dapat.
Dapat awal dari jangkaan. Boleh lah cop sebagai hadiah birthday tahun ni. Pssttt..i-sinar takde kena mengena dalam ini cerita. Apply pun tidak. Pecah tabung cap ayam upah untuk kebahagiaan diri sendiri. Lain orang lain self reward dia. Tak gitu?
click here for more details about iphone 12 pro max
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2021/03/iphone-12-pro-max-love-to-max.html