Ipar Adalah Maut Sinopsis Senarai Pelakon Pengajaran
Filem Ipar Adalah Maut yang diarahkan oleh pengarah terkenal Hanung Bramantyo membawa elemen drama, dan ketegangan dalam cerita yang penuh konflik kekeluargaan dan rahsia gelap.
Filem ini berjaya menggugah perasaan penonton melalui tema hubungan kekeluargaan yang rumit, penipuan, dan dendam.
Mengisahkan tentang dinamika antara ipar-ipar yang pada mulanya mesra tetapi berubah menjadi hubungan penuh kecurigaan dan bahaya, filem ini memberikan gambaran tentang bagaimana perasaan negatif yang terpendam boleh mencetuskan insiden yang tidak diduga.
Untuk artikel kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda serba sedikit info mengenai Ipar Adalah Maut yang sedang trending ketika ini.
Baca juga:
Drama Andai Tiada Dia : Sinopsis, Senarai Pelakon & Sedutan Ep 1-36
Tonton.Com.My : Cara Daftar & Tonton TV3 Live Streaming
Cara Daftar Netflix Malaysia, Harga Pelan Langganan & Pembatalan Akaun
Cara Terminate Akaun Netflix / Tukar Pelan Pakej Langganan
Sinopsis Filem Ipar Adalah Maut
Ipar Adalah Maut adalah sebuah filem dari Indonesia yang diarahkan oleh Hanung Hanung Bramantyo dan dibintangi oleh Deva Mahenra sebagai Aris, Michelle Ziudith sebagai Nisa, dan Davina Karamoy sebagai Rani.
Filem ini diaptasi daripada kisah benar yang pernah viral di media sosial, TikTok yang dikongsikan oleh Elizasifaa.
Kisah bermula dengan pasangan suami Isteri, Aris dan Nisa, yang menjalani kehidupan rumah tangga yang bahagian bersama anak perempuan mereka, Raya. Kehidupan mereka mual berubah apabila ibu Nisa meminta adik kandungnya, Rani, untuk tinggal bersama mereka.
Rani, yang merupakan seorang mahasiswa, pada mulanya menjaga jarak dengan Aris. Namun, lama-kelamaan, hubungan antara Aris dan Rani menjadi semakiin rapat, sehingga menimbulkan kecurigaan dalam diri Nisa.
Perubahan sikap Aris yang menjadi dingin dan acuh tak acuh terhadap Nisa membuatnya semakin curiga. Setelah melakukan penyelidikan, Nisa akhirnya mendapati bahawa suaminya telah berselingkuh dengan adik kandungnya sendiri, Rani.
Pengkhianatan ini menghancurkan rumah tangga mereka dan menimbulkan konflik yang mendalam dalam keluarga.
Filem ini mengangkat tema perselingkuhan dan pengkhianatan dalam keluarga, serta menggambarkan bagaimana kepercayaan dapat dihancurkan oleh orang terdekat.
Senarai Pelakon & Lagu Tema
WatakNama PelakonNisaMichelle ZiudithArisDeva MahendraRaniDavina KaramoyRayaAlesha FadillahAsri (ibunya Nisa dan Rani)Dewi IrawanMandaDevina AureelEstiAsri WelasSeptiNyimas Ratu SafaYanToby AmstrongJefriAdam FarrelUstadzRukman RosadiJunaerdiSusilo NugrohoRohmahAditya NovikaTinMbok TunRobby (rakannya Iyan)Akbarry NoorRani mudaNayra KanayaSurgeonFredy AminGinekologAstri Nurdin
Senarai Lagu Tema
Tak Selalu Memiliki – Lyodra
Tak Pantas – Mytha Lestari
Tarikh Tayangan
Filem Ipar Adalah Maut mula ditayangkan di pawagam Indonesia pada 13 Jun 2024, manakala di Malaysia, Singapura dan Brunei, pada 20 Jun 2024.
Anda kini boleh tonton filem ini di platform penstriman Netflix mulai 8 November 2024.
Anugerah & Penghargaan
Kredit: IG @iparadalahmautmovie
Kredit: IG @iparadalahmautmovie
Kredit: IG @iparadalahmautmovie
Hukum Ipar-Duai Berlainan Jantina Tinggal Serumah
Status antara ipar-duai adalah haram muaqqat iaitu haram untuk dinikahi dalam tempoh waktu tertentu. Justeru, mereka perlu menjaga batas aurat, dan pergaulan antara satu sama lain bukanlah seperti mahram yang lain.
Bahkan mereka juga tidak boleh berdua-duaan apatah lagi bersentuhan kulit. Hal ini dijelaskan dalam sabda Nabi SAW:
«إِيَّاكُمْ وَالدُّخُولَ عَلَى النِّسَاءِ» فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الأَنْصَارِ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَفَرَأَيْتَ الحَمْوَ؟ قَالَ: «الحَمْوُ المَوْتُ»
Maksudnya : Berhati-hatilah kamu ketika masuk menemui wanita, lalu seorang lelaki Ansar berkata : Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat engkau tentang ipar? Baginda bersabda : Ipar adalah maut. – (Riwayat al-Bukhari, No. 5232 & Riwayat al-Muslim, No. 2172)
Rasulullah SAW menyatakan makna ipar adalah maut (al-hamwu al-maut) dalam hadis tersebut ialah tentang kebimbangan fitnah yang bakal muncul dari ipar duai lebih besar bahayanya daripada orang lain.
Ringkasnya, hukum ipar-duai tinggal serumah yang ketiadaan mahram adalah haram dan perlu dijauhi bagi menutup pintu fitnah.
Tindakan adalah sebagai langkah berjaga-jaga dari berlakunya sebarang kerosakan yang lebih besar pada masa akan datang.
Walaupun begitu, adalah dibolehkan untuk ipar-duai tumpang tidur bermalam yang berasingan bilik selagi adanya mahram disisi ipar duai dan aman daripada fitnah. Mahram yang wajib ada ialah mahram dari pihak perempuan bukan lelaki.
Pengajaran Filem Ipar Adalah Maut
Filem Ipar Adalah Maut yang dibintangi oleh Deva Mahendra, Davina Karamoy, dan Michelle Ziudith mengandungi beberapa pengajaran berharga yang boleh kita renungi.
Setiap pengajaran ini memberi perspektif mendalam tentang konflik keluarga dan kesan emosi negatif terhadap hubungan sesama ahli keluarga. Berikut adalah huraian lengkap tentang pengajaran yang dapat diperoleh daripada filem ini:
1. Hati-hati dengan Hubungan Keluarga
Filem ini mengingatkan kita bahawa hubungan kekeluargaan yang tidak diuruskan dengan baik boleh membawa konflik dan ketidakselesaan dalam keluarga. Perselisihan kecil yang tidak diselesaikan boleh membesar dan menimbulkan dendam, mengakibatkan pelbagai masalah yang sukar dikendalikan.
2. Kepentingan Komunikasi yang Terbuka
Banyak masalah dalam filem ini timbul akibat kurangnya komunikasi yang jujur dan terbuka antara ahli keluarga. Ia menunjukkan bahawa perbincangan yang telus dan keterbukaan untuk berkongsi perasaan serta masalah adalah penting untuk mengekalkan keharmonian dalam keluarga.
3. Jangan Mudah Terpedaya dengan Penampilan Luar
Filem ini memperlihatkan bahawa seseorang yang nampaknya baik di luar mungkin menyembunyikan niat atau perasaan negatif. Ini adalah peringatan bahawa kita tidak seharusnya menilai seseorang hanya berdasarkan apa yang kita nampak. Memahami seseorang lebih mendalam adalah penting untuk mengelakkan kesalahan dalam penilaian.
4. Bahaya Mengabaikan Perasaan Orang Lain
Salah satu tema dalam filem ini adalah bagaimana perasaan yang tidak dipedulikan boleh berubah menjadi bahaya. Apabila seseorang merasa diabaikan, ia boleh mencetuskan perasaan dendam dan marah yang berpotensi mengancam keselamatan keluarga. Oleh itu, penting untuk saling menghargai dan mengambil berat perasaan ahli keluarga.
5. Pentingnya Memohon Maaf dan Memaafkan
Filem ini menggarisbawahi pentingnya memohon maaf jika kita melakukan kesalahan dan belajar untuk memaafkan bagi menjaga keharmonian dalam hubungan keluarga. Kesilapan adalah sebahagian daripada kehidupan, tetapi kesediaan untuk memaafkan boleh mencegah perpecahan dalam keluarga.
Secara keseluruhannya, Ipar Adalah Maut memberikan banyak pengajaran berharga tentang hubungan kekeluargaan dan pengurusan emosi. Ia mengajak kita untuk merenung kembali hubungan yang kita miliki dan memperbaiki kelemahan dalam berkomunikasi dan mempercayai satu sama lain.
Filem ini mengingatkan bahawa, dalam keluarga, setiap individu harus berusaha untuk menjaga keharmonian dan saling menghormati agar hubungan kekal utuh dan penuh kasih sayang.
Sumber:
Irsyad Hukum Siri Ke-639 : Hukum Ipar-Duai Berlainan Jantina Tinggal Serumah. Mufti Wilayah Persekutuan
Instagram @iparadalahmautmovie
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/ipar-adalah-maut/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ipar-adalah-maut