Intipati Perbicaraan 1mdb Najib Razak


Intipati Perbicaraan 1MDB Najib Razak | Mahkamah Tinggi dalam kes perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) antara lain diberitahu projek usaha sama (JV) antara 1MDB dan PetroSaudi International Ltd (PSI) dianggap sebagai ‘kawan tolong kawan’. 
Bagaimana 1MDB dengan salah menandatangani perjanjian usaha sama bernilai US$1 billlion dengan syarikat dikatakan milik ahli perniagaan buruan Low Taek Jho atau Jho Low

Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, yang merupakan saksi pendakwaan kesembilan dan salah seorang saksi utama, membuat pendedahan itu ketika memberikan keterangannya minggu ini

Bekas perdana menteri berusia 66 tahun itu kini berhadapan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama

Ahli Parlimen Pekan itu dituduh melakukan empat kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Cawangan Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Feb, 2011 dan 19 Dis, 2014, dan 21 lagi pertuduhan antara 22 Mac, 2013 dan 30 Ogos, 2013, di tempat yang sama

Berikut adalah intipati testimoni saksi di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah:
HARI 21 (Okt 14):
Shahrol Azral berkata Jho Low telah beri isi kandungan surat kepadanya bagi tujuan ‘melindungi’ Najib daripada berhadapan risiko politik

Katanya antara 2009 dan 2010, beliau menandatangani beberapa surat termasuk surat kepada Najib bagi mengelak daripada memberikan maklumat sulit mengenai 1MDB kepada Ketua Audit Negara pada masa itu Tan Sri Ambrin Buang

Maklumat tersebut bagi tujuan penelitian terperinci syarikat itu dalam proses pengambilalihan Lembaga Pelaburan Terengganu Berhad (TIA) oleh 1MDB

Shahrol Azral memberitahu, beliau menulis surat itu (kepada Najib) berdasarkan nota maklumat diberikan Jho Low dan percaya arahan menyekat pemberian maklumat sulit itu datang daripada Najib

Intipati Perbicaraan 1MDB 
HARI 22 (15 Okt):
Perbicaraan 1MDB hari ini ditangguhkan kerana bekas perdana menteri itu dijadual menyampaikan ucapan berhubung Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat pada sebelah petang

HARI 23 (16 OKT):
Shahrol Azral berkata projek usaha sama antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PetroSaudi International Ltd (PSI) dianggap sebagai “kawan tolong kawan”
Katanya projek usaha sama itu diwujudkan atas hubungan peribadi antara Najib dan Almarhum Raja Arab Saudi, Abdullah Abdul Aziz al Saud

Saksi itu berkata, dia mengetahui perkara itu daripada Jho Low

“Jho Low memberitahu saya bahawa usaha sama antara PSI dan 1MDB itu diwujud atas hubungan peribadi antara Najib dan Raja Abdullah. Jho Low memberitahu saya, dia turut berada di atas kapal layar semasa perbincangan dijalankan, semasa satu daripada percutian mereka,” katanya

Shahrol juga berkata bekas pengarah dan pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh mengarahkan supaya tidak merekodkan perbualan telefon antara beliau dengan Najib semasa mesyuarat usaha sama 1MDB-PSI International pada 26 Sept 2009 bagi membuat keputusan sama ada Lembaga Pengarah (BOD) akan meneruskan usaha sama antara dua syarikat berkenaan

“Saya jemput Jho Low ke mesyuarat itu supaya dia dapat memberikan penjelasan terus kepada BOD mengenai inti pati yang berkaitan PSI International, bagaimana ia adalah inisiatif Government-to-Government (G2G) dan bagaimana ia boleh muncul. Di awal mesyuarat lagi Mohd Bakke menerima panggilan telefon, yang didail Jho Low, sebelum diserahkan kepadanya

“Sebaik menerima telefon dari Jho Low, Mohd Bakke berkata ‘PM’ kepada kami, dan terus meninggalkan kami di bilik itu. Saya tidak ingat dengan tepat kata-katanya, tapi yang penting adalah dia beritahu yang dia bercakap dengan Najib, dan dia (Najib) beritahunya bahawa ia adalah inisiatif G2G, tidak boleh dilewatkan, atau katanya ‘disegerakan’

“Mohd Bakke kemudiannya mengarahkan supaya panggilan telefon itu tidak direkodkan dalam minit mesyuarat. Kalau tidak silap, saya malah mencadangkan supaya audio mesyuarat dirakam, namun dia (Mohd Bakke) tidak bersetuju,” katanya

Shahrol Azral memberitahu 1MDB dengan salah menandatangani perjanjian usaha sama bernilai US$1 bilion dengan sebuah syarikat yang dikatakan dimiliki Jho Low

Dana harta negara telah berunding dengan syarikat perkhidmatan dan pengeluaran minyak PetroSaudi International Ltd (PSI) tetapi sebaliknya ia menandatangani perjanjian dengan Petro Saudi Holdings (Cayman) Ltd pada 2009.

Intipati Perbicaraan 1MDB Najib Razak 
HARI 24 (Okt 17):
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu Jho Low mencadangkan untuk memasukkan Artikel 117 dalam Memorandum dan Artikel (M&A) Pertubuhan 1MDB

Shahrol Azral berkata, perubahan kuasa membuat keputusan daripada kerajaan persekutuan kepada perdana menteri itu telah dilakukan atas nasihat, antaranya daripada peguam dari Wong and Partners

“Bagi pindaan itu, konteks menggantikan ‘kerajaan persekutuan’ dalam Artikel 9(a) dengan ‘perdana menteri’ dalam Artikel 117 datang daripada Jho Low. Ini apa yang Najib kehendaki untuk menjadikannya jelas,” katanya

Mahkamah diberitahu yang Najib telah diletakkan sebagai ‘Maharaja 1MDB’

Shahrol Azral berkata walaupun 1MDB terikat dengan terma Akta Syarikat tetapi secara realiti Najib mempunyai kuasa penuh dan bebas mengurus hal ehwal syarikat pelaburan strategik itu

Katanya beliau menandatangani minit mesyuarat berkaitan satu daripada mesyuarat 1MDB disebabkan ia ditandatangani terlebih dahulu oleh Najib

Shahrol Azral turut mengakui beliau menandatangani minit mesyuarat itu kerana beliau percaya Najib dan Jho Low sedang bekerjasama demi kepentingan negara ini. - bernama


Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

Iklan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2019/10/intipati-perbicaraan-1mdb-najib-razak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rangkuman Prosiding Kes 1mdb 3 Karakter Berbeza Najib Razak Didedahkan

Rangkuman Prosiding Kes 1mdb 3 Karakter Berbeza Najib Razak Didedahkan

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 307 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Masalahnya Najib Pakai Tiga Topi Kata Bekas Ceo 1mdb

Masalahnya Najib Pakai Tiga Topi Kata Bekas Ceo 1mdb

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 279 hits
Mahkamah Tinggi di Kualal Lumpur hari ini diberitahu perubahan kuasa membuat keputusan daripada kerajaan persekutuan kepada perdana menteri dalam Memorandum dan Artikel Pertubuhan 1Malaysia Development Berhad dicadangkan oleh ahli perniagaa...
Najib 1mdb Trial Day 22 Jho Low A Master Manipulator Shahrol Concurs With Najib S Ex Aide

Najib 1mdb Trial Day 22 Jho Low A Master Manipulator Shahrol Concurs With Najib S Ex Aide

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 317 hits
The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged abuse of power and money laundering of 1MDB funds enters its 22nd day today at the High Court in Kuala Lumpur Malaysiakini brings you live reports of the pr...
Najib 1mdb Trial Day 23 Ex Ceo Agrees Pm S Far Reaching Powers In 1mdb Not Uncommon

Najib 1mdb Trial Day 23 Ex Ceo Agrees Pm S Far Reaching Powers In 1mdb Not Uncommon

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 324 hits
The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged abuse of power and money laundering of 1MDB funds enters its 23rd day today at the High Court in Kuala Lumpur Malaysiakini brings you live reports of the pr...
Najib 1mdb Trial Day 24 Shahrol S Testimony Continues With 45pct Of Questions Left

Najib 1mdb Trial Day 24 Shahrol S Testimony Continues With 45pct Of Questions Left

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 300 hits
The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged abuse of power and money laundering of 1MDB funds enters its 24th day today at the High Court in Kuala Lumpur Malaysiakini brings you live reports of the pr...
1mdb Bukan Najib Tetapi Jho Low Beri Ancaman Kepada Saya Amhari

1mdb Bukan Najib Tetapi Jho Low Beri Ancaman Kepada Saya Amhari

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 233 hits
Dua hari memberi keterangan Datuk Amhari Efendi Nazaruddin beberapa kali menegaskan tentang senario di mana beliau berhadapan dengan ancaman dan tekanan sehinggga memaksanya bersetuju membuka akaun bank luar negara dan menyertai misi menyel...
Pengubahsuaian Bajet 2016 Najib Razak

Pengubahsuaian Bajet 2016 Najib Razak

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 265 hits
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tentang Pengubahsuaian Bajet 2016 di PICC Putrajaya 28 Januari 2016 Pengubahsuaian Bajet 2016 turut tertakluk kepada perubahan yang berlaku di persekitaran ekonomi global Palin...
Najib 1mdb Trial Day 24 Proceedings Adjourn Early For Shafee S Eye Check Up

Najib 1mdb Trial Day 24 Proceedings Adjourn Early For Shafee S Eye Check Up

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 312 hits
The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged abuse of power and money laundering of 1MDB funds enters its 24th day today at the High Court in Kuala Lumpur Malaysiakini brings you live reports of the pr...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls

Wee Barking Up The Wrong Tree

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Pengertian Pungli Contoh Dan Hukumannya

Lelaki Bunuh Bakar Saudara Sendiri

Filem Reversi

Pucuk Manis Khasiat Dan Kesan Sampingan

Arief Apa Salahku Chord

8 Tanda Tanda Buasir Berdarah Mungkin Sebenarnya Kanser Usus