Pengubahsuaian Bajet 2016 Najib Razak



Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tentang Pengubahsuaian Bajet 2016 di PICC, Putrajaya, 28 Januari 2016.
Pengubahsuaian Bajet 2016 turut tertakluk kepada perubahan yang berlaku di persekitaran ekonomi global.
Paling mustahak, pengubahsuaian dan penstrukturan ini, akan tetap teguh berpaksikan kepada dua tunjang. Pertamanya, bagi mempastikan pertumbuhan ekonomi terus kukuh atas landasan yang betul, dan keduanya, menjaga serta memelihara kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat.
Oleh itu, beliau telah mengumumkan 11 langkah pengubahsuaian Bajet 2016. Langkah-langkah tersebut adalah:
Mengurangkan potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak tiga peratus mulai Mac ini; Pelepasan khas cukai sebanyak RM2,000 kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8,000 sebulan ke bawah bagi tahun taksiran 2015; Mengurangkan kos harga barangan keperluan harian rakyat; Kesemua penjualan rumah berharga RM300,000 ke bawah ditetapkan hanya untuk pembeli rumah pertama sahaja serta tawaran pakej pembiayaan rumah rakyat berharga RM35,000 ke bawah melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Rakyat; Penyediaan dana hasil sumbangan 30 peratus daripada levi HRDF berjumlah RM200 juta bagi meningkatkan kompetensi dan kemahiran pekerja; Mempertingkatkan jumlah dan kecekapan kutipan hasil; Kadar levi pekerja asing dikelompokkan kepada dua kategori sahaja; Kerajaan akan lebih berhemat dalam perbelanjaan terutamanya bekalan dan perkhidmatan; Tumpu projek pembangunan yang mendahulukan kepentingan rakyat; Institusi kewangan pembangunan (DFI) dan dana modal teroka (VC) milik kerajaan akan menambah dana pembiayaan sebanyak RM6 bilion; dan Syarikat milik kerajaan (GLC) laksana inisiatif bagi mengurangkan jurang pendapatan pengurusan atasan dan golongan pekerja secara berperingkat Pengumumkan 11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian kepada Bajet 2016 ini akan menjimatkan RM9.0 bilion dari segi perbelanjaan operasi dan pembangunan, yang diumumkan pada Oktober 2015.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan peruntukan berjumlah RM267.2 bilion dalam Bajet 2016, dengan perbelanjaan operasi berjumlah RM215 bilion manakala perbelanjaan pembangunan berjumlah RM49 bilion.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sasaran kadar defisit untuk 2016 kekal pada 3.1 peratus berbanding KDNK seperti yang diumumkan sebelum ini.
Beliau menegaskan Malaysia tidak mengalami kemelesetan ekonomi mahu pun kemelesetan teknikal.
Bagaimanapun, unjuran pertumbuhan KDNK 2016 disemak semula kepada 4.0 hingga 4.5 peratus dengan andaian purata harga minyak mentah Brent pada US$30 hingga US$35 dolar Amerika setong.
Najib berkata kadar hutang negara akan terus berkurangan dan tidak melebihi paras berhemat 55 peratus kepada KDNK.
Dasar monetari juga adalah akomodatif dan kadar faedah dikekalkan pada paras yang menyokong kegiatan ekonomi dalam negeri.
Ini bermakna kerajaan tidak akan mengenakan kawalan modal dan tambatan ringgit.
Potongan Kadar Caruman KWSP Kerajaan bersetuju mengurangkan potongan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pekerja sebanyak tiga peratus mulai Mac tahun ini sehingga Disember 2017.
Bagaimanapun kadar caruman majikan dikekalkan.
“Langkah ini dijangka meningkatkan perbelanjaan penggunaan sehingga RM8 bilion setahun,” – Datuk Seri Najib Tun Razak
Pelepasan Cukai Individu Berpendapatan RM8,000 Sebulan Kerajaan akan memberi pelepasan cukai sebanyak RM2,000 kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8,000 sebulan ke bawah, untuk tahun taksiran 2015.
Dengan langkah ini, walaupun kerajaan kehilangan hasil sebanyak RM350 juta, namun ia dapat memberi penjimatan bayaran cukai individu sehingga RM475.
“Khabar gembira ini akan memanfaatkan seramai dua juta pembayar cukai,” – Datuk Seri Najib Tun Razak
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Diteruskan Kerajaan akan terus melaksanakan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bantuan kebajikan kepada golongan memerlukan.
Rumah Berharga RM300,000, Terhad Kepada Pembeli Rumah Pertama Kerajaan akan menetapkan kesemua penjualan rumah berharga sehingga RM300,000, terhad kepada pembeli rumah pertama sahaja.
Ianya berkuat kuasa serta-merta ke atas projek perumahan baharu.
Kerajaan akan mengadakan Jelajah Ekspo Pemilikan Rumah Bersepadu, meliputi rumah yang ditawarkan Jabatan Perumahan Negara (JPN), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), agensi-agensi serta sektor swasta.
Bagi Projek Perumahan Rakyat yang berharga RM35,000, kerajaan menerusi Bank Simpanan Nasional dan Bank Rakyat, akan menawarkan pakej pembiayaan pada kadar 4 peratus dengan dana berjumlah RM400 juta, bermula 1 Mac tahun ini.
Program MyBeras Buat 200,000 Miskin Tegar Pemberian 20 kilogram beras melalui program MyBeras kepada kumpulan miskin tegar setiap bulan dapat membantu meringankan hidup lebih 200,000 golongan ini.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk mengenal pasti individu yang benar-benar layak menerima bantuan itu.
“Kita tidak boleh benarkan seorang pun rakyat kita sengsara kerana tidak ada makanan. Sebab itu kita adakan program ini dan akan menghubungi keluarga yang benar-benar miskin yang tidak mendapat sebarang bantuan kerajaan kecuali Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),” – Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Langkah-langkah lain yang diumumkan oleh Perdana Menteri ketika menyampaikan perutusan khas pengubahsuaian Bajet 2016 adalah:
Kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kekal pada kadar enam peratus; Pelancong dari China tidak memerlukan visa untuk memasuki negara ini, mulai 1 Mac hingga 31 Disember 2016; Emolumen kakitangan awam, pencen pesara dan mekanisme penyampaian kerajaan tidak terjejas; Kenaikan gaji tahunan penjawat awam pada 1 Julai ini diteruskan; Kerajaan tidak akan memberhentikan mana-mana penjawat awam termasuk lantikan secara kontrak; Empat program lanjutan pengajian tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu Program Biasiswa Nasional, Program Khas Kejuruteraan, Program Lepasan Bursari dan biasiswa Ijazah Pertama Dalam Negara diteruskan; Peruntukan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM5 bilion diteruskan; Program MyBrain5, Skim Latihan Akademik Bumiputera dan Skim Latihan Akademik IPTA diteruskan; dan Tambahan 15,000 pelajar baharu program MyMaster, 5,000 pelajar baharu program MyPhD dan 300 pelajar baharu Skim Latihan Akademik IPTA.  


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mukadepan.net/pengubahsuaian-bajet-2016-najib-razak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Main Hantam Rangka Bajet Najib

Ph Main Hantam Rangka Bajet Najib

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 363 hits
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata antara dua andaian paling asas apabila merangka sebarang bajet tahunan untuk Malaysia adalah harga minyak dunia dan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar Menurut Ahli Parlimen Pekan itu apabil...
Akhirnya Najib Razak Akui Isu Tanah Ktm Tanjung Pagar Dilepaskan

Akhirnya Najib Razak Akui Isu Tanah Ktm Tanjung Pagar Dilepaskan

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 547 hits
PETALING JAYA Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan bahawa beliau menjual tanah milik Keretapi Tanah Melayu Bhd di Tanjung Pagar Singapura Beliau berkata banyak pihak kelihatan tidak memahami isu tersebut Najib berk...
Terkini Dari Dsn Najib Razak

Terkini Dari Dsn Najib Razak

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 364 hits
Post Terkini Dari Facebook Datuk Seri Najib Razak Bekas Perdana Menteri Malaysia Dapatkan Suapan Terkini Terus dari kami The post appeared first on
Exco Pemuda Lebih Penting Kembalikan Najib Sebagai Pengerusi Bn

Exco Pemuda Lebih Penting Kembalikan Najib Sebagai Pengerusi Bn

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 284 hits
Berbanding isu pelantikan Hishammuddin Hussein sebagai setiausaha agung BN seorang exco pemuda Umno berpandangan lebih penting untuk melantik bekas perdana menteri Najib Razak sebagai pengerusi BN Shahrul Nasrun Kamarudin berkata peranan Na...
Ltat Najib Dan Hishamuddin Meludah Ke Langit Ke

Ltat Najib Dan Hishamuddin Meludah Ke Langit Ke

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 214 hits
Najib dan Hishamuddin mengkritik kerajaan untuk prestasi buruk LTAT ketika ini sedangkan sebenarnya masalah itu berpunca daripada mereka kata Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan dalam satu kenyataan Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan M...
Abcd Gst Najib Sindir Guan Eng

Abcd Gst Najib Sindir Guan Eng

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 365 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak memberi reaksi ringkas namun cukup menyindir kerajaan Pakatan Harapan berikutan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedia mengkaji semula pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan Sindiran itu s...
Najib Shafee S Second Bid To Oust Sri Ram Abuse Of Legal Process Agc

Najib Shafee S Second Bid To Oust Sri Ram Abuse Of Legal Process Agc

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 262 hits
The Attorney General s Chambers and two others want the Federal Court to determine whether Najib Abdul Razak and his lawyer Muhammad Shafee Abdullah s second legal bid to oust Gopal Sri Ram from prosecuting the duo s criminal cases amount t...
Najib Continues To Zoom In On Nga Super Fans Page

Najib Continues To Zoom In On Nga Super Fans Page

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 270 hits
Najib Abdul Razak remains unfazed despite a police report lodged against him for linking a Facebook posting disrespecting Selangor ruler Sultan Sharafuddin Idris Shah to Dewan Rakyat deputy speaker Nga Kor Ming In a statement this afternoon...
Najib Jaga Harta Negara

Najib Jaga Harta Negara

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 295 hits
Ini Fakta 1 Aset Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang ditinggalkan oleh DS Najib adalah RM 10 billion Tun M cuma RM 1 4 billion DS Najib bukan perompak DS Najib bina masa depan ATM ketika mereka dihasut untuk undi PH2 Aset Tabung Haji yang ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord