Gempar Bila Penasihat Khas Anwar Kritik Belanjawan 2024



(Harakah) – PROFESOR Ekonomi PROFESOR Ekonomi Universiti Malaya, Datuk Profesor Ulung Rajah Rasiah, adalah salah seorang daripada lima individu yang dilantik bagi menganggotai badan penasihat khas yang akan membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan pada 7 Februari 2023.
Empat tokoh lain ialah Penasihat PETRONAS, Tan Sri Hassan Marican, Pengerusi Eksekutif FVSB, Datuk Ahmad Fuad Md Ali; Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Prof Dr Yeah Kim Leng; dan Pengerusi Sarawak Energy Berhad, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi.
Tidak banyak yang diketahui mengenai apa yang dilakukan oleh badan penasihat khas ini dalam membantu Menteri Kewangan kerana tiada laporan mengenainya, termasuk mengenai sama ada mereka terbabit ataupun tidak dalam penyediaan kandungan Belanjawan 2024.
Bagaimanapun, tiga hari sebelum Belanjawan 2024 dibentangkan, iaitu pada 10 Oktober 2023, Datuk Profesor Ulung Rajah Rasiah dilapor mencadangkan secara terbuka kepada Menteri Kewangan supaya menekankan kepada pengurangan hutang dalam Belanjawan 2024.
Ini, kata beliau, berlaku kerana perbelanjaan mengurus yang dikeluarkan telah melebihi pendapatan dari cukai. Oleh itu, terdapat keperluan untuk mencantas perbelanjaan-perbelanjaan tidak perlu dan mencari lebih banyak cukai-cukai baru untuk mewujudkan pendapatan baru.
Datuk Profesor Ulung Rajah Rasiah juga mencadangkan supaya Menteri Kewangan mengumumkan pengenalan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam Belanjawan 2024 bagi membolehkan kerajaan membantu isi rumah B60 dengan lebih berkesan.
Mengikut beliau, cukai yang dibayar oleh B60 boleh dikembalikan kepada mereka melalui e-invois menggunakan nombor pengenalan cukai dan ini akan hanya membabitkan kurang daripada RM4 bilion tetapi kerajaan akan memperolehi pendapatan melebihi RM30 bilion dari T40.
Bagaimanapun, selepas Belanjawan 2024 dibentangkan pada 13 Oktober 2023 ternyata semua cadangan yang dikemukakan secara terbuka kepada Menteri Kewangan oleh Datuk Profesor Ulung Rajah Rasiah ini tidak dipertimbang dan tidak diguna pakai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sehubungan itu, Datuk Profesor Ulung Rajah Rasiah membuat selaran terbuka dengan menyatakan bahawa pendekatan dasar fiskal yang dibentang dalam Belanjawan 2024 dibimbangi tidak dapat membantu kerajaan mencapai sasaran defisit fiskal 3.2 peratus menjelang 2025.
Beliau mendakwa kerajaan tiada strategi untuk menambah pendapatan secara berkesan meskipun menunjukkan hasrat untuk membantu golongan rentan dalam negara dan bertanya: Jika kita tidak menambah hasil maka bagaimana kita boleh mencapai sasaran 3.2 peratus defisit fiskal pada 2025?
Persoalan dalam perkara ini ialah:
(1) Apakah fungsi dan peranan badan penasihat khas yang ditugaskan untuk membantu Menteri Kewangan jika nasihatnya kepada Menteri Kewangan tidak digunapakai?
(2) Apakah badan penasihat khas ini hanya sekadar digunakan untuk menunjukkan konon Menteri Kewangan merujuk kepada pakar kewangan sedangkan hakikatnya tidak?
(3) Jika Menteri Kewangan tidak menggunapakai nasihat badan penasihat khas, nasihat siapakah yang beliau guna pakai, apakah dari kabinet dapur (kitchen cabinet) beliau?
(4) Jika Menteri Kewangan menggunapakai nasihat dari kabinet dapur beliau siapakah anggota kabinet dapur ini dan apakah nasihat mereka boleh dipertanggungjawabkan?
Bila Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan dikritik oleh badan penasihat khas beliau sendiri yang merupakan pakar kewangan tersohor dengan gelaran Profesor Ulung tidakkah ini bermakna Belanjawan 2024 ini adalah belanjawan yang teruk?
Sesatunya langkah terhormat dan bermaruah yang boleh Datuk Profesor Ulung Rajah Rasiah buat bila beliau dianggap seperti tunggul kayu dan nasihat beliau selaku Badan Penasihat Khas Menteri Kewangan tidak digunapakai oleh Menteri Kewangan ialah meletakkan jawatan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan pula, jika beliau mempunyai tata kelola yang betul, perlu bertiwikrama untuk mencerakinkan perkara ini dan memecat Datuk Profesor Ulung Rajah Rasiah sebagai badan penasihat khas kerana berani mengkritik beliau.
DR MUKHTARUDDIN MUSA
Mantan pensyarah kanan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/10/15/gempar-bila-penasihat-khas-anwar-kritik-belanjawan-2024/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2024 Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat

Belanjawan 2024 Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat

papar berkaitan - pada 14/10/2023 - jumlah : 202 hits
Husam Musa Belanjawan Kerajaan Persekutuan 2024 RM393 8 bilion dari mana datangnya ADMIN InfografikBernama Belanjawan2024 MalaysiaMADANI Belanjawan2024 MEM2024 BelanjawanMADANI
Intipati Menarik Belanjawan 2024 Ekonomi Madani

Intipati Menarik Belanjawan 2024 Ekonomi Madani

papar berkaitan - pada 14/10/2023 - jumlah : 283 hits
Buat mereka yang tidak dapat mengikuti siaran secara langsung pembentangan di TV utama Malaysia berikut dikongsikan intipati Bajet 2024 Ekonomi MADANI Intipati Menarik Belanjawan 2024 Kerajaan sedang menyemak semula skim gaji dan elaun teta...
Belanjawan 2024 Bonus Kakitangan Awam Dan Pesara

Belanjawan 2024 Bonus Kakitangan Awam Dan Pesara

papar berkaitan - pada 14/10/2023 - jumlah : 372 hits
Semalam 13 Oktober bersamaan Hari Jumaat telah dibentangkan Belanjawan 2024 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita Anwar Ibrahim Berikut adalah sebahagian Infografik Berkenaan STR dan bonus kakitangan kerajaan dan pesara rebat elektr...
Belanjawan 2024 Kerajaan Tawar Rebat Sehingga Rm2 400 Beli Motosikal Elektrik

Belanjawan 2024 Kerajaan Tawar Rebat Sehingga Rm2 400 Beli Motosikal Elektrik

papar berkaitan - pada 14/10/2023 - jumlah : 187 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Individu berpendapatan bawah RM120 000 setahun akan menikmati rebat sehingga RM2 400 untuk membeli motosikal elektrik kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim Anwar berkata inisiatif terkandung di bawah Belanjawan 2024 ...
Ringkasan Belanjawan 2024 Malaysia Madani

Ringkasan Belanjawan 2024 Malaysia Madani

papar berkaitan - pada 13/10/2023 - jumlah : 191 hits
Tarikh belanjawan 2024 Malaysia telah dibentangkan pada 13 Oktober 2023 jam 4 00 petang tadi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merangkap Menteri Kewangan di Dewan Rakyat sumber Belanjawan 2024 Malaysia MADANI merupakan...
Pengusaha Kedai Kopi Harap Belanjawan 2024 Sedia Insentif Tangani Isu Harga Barang

Pengusaha Kedai Kopi Harap Belanjawan 2024 Sedia Insentif Tangani Isu Harga Barang

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 158 hits
Pengusaha kedai kopi harap Belanjawan 2024 sedia insentif tangani isu harga barang Dikemas kini 53 minit yang lalu Diterbitka
Belanjawan 2024 Gapena Harap Peruntukan Besar Pembangunan Bahasa Melayu

Belanjawan 2024 Gapena Harap Peruntukan Besar Pembangunan Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 12/10/2023 - jumlah : 162 hits
Zainal Abidin Borhan berkata setiap pejabat kedutaan dan pesuruhjaya tinggi Malaysia di luar negara perlu proaktif mengembangkan bahasa Melayu KUALA LUMPUR Peruntukan besar perlu diagihkan bagi melaksana perancangan menyeluruh dalam Pembang...
Belanjawan 2024 Apa Aku Dapat

Belanjawan 2024 Apa Aku Dapat

papar berkaitan - pada 13/10/2023 - jumlah : 228 hits
Setiap kali Belanjawan ini soalan yang kita akan tanya Apa kita akan dapat darinya Dari Penjawat Awam ke Peniaga Dari SME ke GLC Dari yang dah bekeluarga ke yang bujang lagi Belanjawan itu kita nilai berapa banyak Kerajaan boleh bagi Lagi b...
Intipati Belanjawan 2024 Senarai Bantuan Inisiatif Bajet 2024

Intipati Belanjawan 2024 Senarai Bantuan Inisiatif Bajet 2024

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 321 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBerikut ialah intipati Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan di Parlimen Belanjawan 2024 bertemakan Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat ...
Aeon Bank Bank Digital Patuh Syariah Pertama Malaysia

Gkb Eurycozin Pilihan Terbaik Untuk Kesihatan Lelaki

Best Dividend Stock Malaysia 2024 Highest Yield

4 Syarikat Multinasional Henti Operasi Di Malaysia

Gip Blackrock Khazanah Jawapan Pmx Hmmmmmm

Mengenali Jenis Panadol Dan Fungsinya

Permohonan Kursus Ai Utm Percuma Berserta Sijil Pengiktirafan Peserta

Produk Gkb Lion S Mane Mushroom Baik Untuk Kesihatan Otak



Berapakah Tahap Kepanasan Suhu Api Dapur Gas Anda

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu Slot Megadrama Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Nuh Dan Nayla Slot Akasia TV3

Resepi Nasi Goreng Seafood Paling Mewah dan Terliur Meriah Ramuan Didalamnya

5 Perangai Pemandu Malaysia Yang Buat Memandu Jadi Tak Seronok


Miker Pizza Tolong Buka Banyak Cawangan Yer Pizza Korang Memang Sedap

Oo My Viva A Day To Remember

Bermalam Di Hotel Legend Inn Taiping

Ww Tapau Jer

Alat Untuk Pendidikan Seni

Betting On Stock Lotteries A Guide To Click1234 S Offerings