Intip Perbualan Adalah Kerja Setan Kata Nik Abduh


 


April 11, 2021 Pemimpin kanan PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan perbuatan mengintip dan mendedahkan rahsia sebagai amalan jahat dan berdosa besar.
Mengulas audio tular dikaitkan dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim, Nik Abduh menyamakan perbuatan demikian dengan kerja iblis dan syaitan yang mencuri berita dari langit sebelum menyebarkannya kepada bomoh dan tukang sihir.
“Ia seawalnya adalah kerja kumpulan iblis dan syaitan di langit. Mereka berterbangan di langit dalam usaha mencuri-curi berita-berita berkaitan urusan langit dan bumi yang ditentukan oleh Allah.
“Jika mereka dapat, mereka akan segera menyebarkan maklumat tersebut kepada para wali mereka daripada kalangan manusia iaitu para bomoh, tukang sihir, tukang tilik dan seumpamanya.
“Untuk mencapai tujuan buruk mereka, mereka akan mencampur-adukkan antara kebenaran dan kepalsuan, seterusnya menyebarkan benih-benih perpecahan dalam kalangan manusia apabila (mereka) mempercayai khabar-khabar daripada para wali syaitan tersebut,” katanya di Facebook.
Ahli parlimen Bachok itu menambah kerana itulah Islam mengharamkan umatnya pergi dan mempercayai bomoh, tukang tilik, apatah lagi tukang sihir.
Audio yang tular beberapa hari lalu itu memaparkan perbualan dua lelaki yang didakwa Anwar dan Ahmad Zahid. Antara lain mereka memperkatakan Perhimpunan Agung Umno 20202 dan ucapan ahli parlimen Bagan Datuk itu semasa perhimpunan berkenaan.
Kedua-dua mereka menafikan ketulenan video berkenaan.
Kata Nik Abduh, meskipun intipan semasa perang dibenarkan, namun intipan yang dilakukan ke atas rakyat menggunakaan peralatan moden oleh pemerintah pula hanya dibenarkan jika membabitkan kemaslahatan rakyat, seperti dalam kes dadah, kongsi gelap dan sebagainya.
“Pemerintahan adalah amanah. Menyalahgunakan jentera kerajaan demi membunuh parti dan saingan politik lain adalah khianat, salah dan dosa.
“Saya tidak tahu, jika benarlah intipan audio perbualan Zahid-Anwar itu, siapakah dalang intipan tersebut. Jika dia individu, dia menanggung dosa,” katanya.
Harap bukan komplot PAS
Untuk rekod pada 2018 Nik Abduh turut pernah dirakam suaranya secara rahsia. Antara lain anak bekas menteri besar Kelantan itu mendakwa dia berkawan dengan Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS.
Bagaimanapun kejadian itu dipercayai berlaku akibat persaingan dalaman PAS sebelum ia terdedah kepada pihak luar.
Menurut Nik Abduh sekiranya audio itu tulen, dia berharap pihak yang bertanggungjawab menjadi dalang terhadap intipan perbualan berkenaan tiada kaitan dengan jentera kerajaan.
Sekiranya ia palsu pula, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat itu berharap ia bukanlah hasil komplot PAS.
“Jika sebaliknya, saya berdoa dan berharap ia bukan daripada komplot PAS.
“PAS terhalang oleh hukum agama yang diimaninya daripada menggunakan perkara haram demi sampai pada matlamat perjuangan sucinya,” katanya lagi.
Dalam kes rakaman suara Nik Abduh, pada awalnya dia menafikan ketulenan audio berkenaan namun isu itu timbul semula pada 2019 apabila kes saman fitnah Presiden PAS Abdul Hadi Awang terhadap Sarawak Report ditarik semula untuk penyelesaian luar mahkamah.
Tidak berapa lama kemudian, Nik Abduh tampil mengakui bahawa rakaman audio itu sebenarnya tulen, dan mendakwa penafiannya dahulu didorong gesaan pimpinan PAS pada masa itu, serta telah mendapat restu Abdul Hadi.
Tahun lepas, laman berita teknologi Israel turut melaporkan perjanjian bernilai AS$1.5 juta membabitkan sebuah syarikat siber dengan kerajaan Malaysia, bagi membekalkan kemudahan intipan kepada polis Cawangan Khas (SB) Malaysia.
Ia dikatakan bagi membantu perdana menteri ketika itu Najib Abdul Razak memantau pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/intip-perbualan-adalah-kerja-setan-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nik Abduh Intip Perbualan Dedah Rahsia Itu Kerja Syaitan

Nik Abduh Intip Perbualan Dedah Rahsia Itu Kerja Syaitan

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 276 hits
Malaysiakini Pemimpin kanan PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan perbuatan mengintip dan mendedahkan rahsia sebagai amalan jahat dan berdosa besar Mengulas audio tular dikaitkan dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dengan Pre...
Anggap Kami Lompat Ke Pn Itu Adalah Perkara Paling Bodohlah Kata Presiden Mic

Anggap Kami Lompat Ke Pn Itu Adalah Perkara Paling Bodohlah Kata Presiden Mic

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 268 hits
Presiden MIC SA Vigneswaran mempertahankan jemputan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk menyampaikan ucapan khas pada mesyuarat agung tahunan parti itu yang ke 74 hari ini Katanya jemputan kepada Muhyiddin yang juga presiden Bersa...
Anak Lagi Cepat Bercakap Kalau Kena Caranya Guna Kata Kerja Buat Anak Lagi Ingat Faham

Anak Lagi Cepat Bercakap Kalau Kena Caranya Guna Kata Kerja Buat Anak Lagi Ingat Faham

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 307 hits
Berjalan sudah kini mak ayah meniti hari untuk mendengar anak bercakap dengan lebih baik dan lancar Jangan dibiarkan anak tanpa interaksi sebaliknya bantulah anak agar lebih cepat bercakap dengan lancar Menurut Patalogis Pertuturan Bahasa m...
Selesai Dengan Cara Tenang Nik Abduh

Selesai Dengan Cara Tenang Nik Abduh

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 254 hits
BACHOK Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata langkah yang sesuai bagi mengelakkan konflik antara Umno dan Bersatu daripada berterusan adalah dengan mengenepikan sebarang kata kata berbentuk mencabar Kata Ahli ...
132 118 Dapat Kerja Menerusi Skim Kerajaan Kata Zafrul

132 118 Dapat Kerja Menerusi Skim Kerajaan Kata Zafrul

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 189 hits
Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata program yang sedang diusahakan membuktikan kesungguhan kerajaan untuk mencapai sasaran 500 000 peluang pekerjaan menjelang hujung tahun ini KUALA LUMPUR Seramai 132 118 individu berjaya mendapat pekerjaan me...
Gelaran Kluster Mahkamah Terhadap Pemimpin Umno Adalah Propaganda Kata Pkr

Gelaran Kluster Mahkamah Terhadap Pemimpin Umno Adalah Propaganda Kata Pkr

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 258 hits
Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil menolak istilah kluster mahkamah terhadap pemimpin Umno yang berdepan pelbagai pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa dalam langkah orang kuat Presiden PKR Anwar Ibrahim itu mengadakan kerjasama poli...
Apa Masalahnya Kalau Betul Kata Anwar Tentang Perbualan Dengan Zahid

Apa Masalahnya Kalau Betul Kata Anwar Tentang Perbualan Dengan Zahid

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 250 hits
Anwar turut menjelaskan beliau belum lagi melaporkan perkara tersebut kepada polis dan tegaskan tiada kesalahan jenayah yang dilakukan beliau Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata beliau belum lagi melaporkan kepada polis berhubung rakaman per...
Jawatan Mb Perak I Ll Be Back Kata Faizal

Jawatan Mb Perak I Ll Be Back Kata Faizal

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 391 hits
Bekas menteri besar Perak Ahmad Faizal Azumu membayangkan akan kembali menjadi pemimpin nombor satu negeri itu selepas meletak jawatan pada 5 Dis lalu Perkara itu dinyatakan Faizal dalam ucapannya hari ini ketika majlis sambutan ulang tahun...
Pas Goreng Kata Ramai Siam Cina India Sokong Dia

Pas Goreng Kata Ramai Siam Cina India Sokong Dia

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 180 hits
April 6 2021 Dewan Himpunan Pendukung PAS Kedah berjaya menubuh beberapa lagi cawangan baharu yang turut melibatkan masyarakat Siam Cina dan India Pengerusinya K Kumaresan berkata cawangan baharu terbabit di Baling Jerlun Kuala Kedah dan Pa...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3

Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah