Intel Beli Tower Semiconductor 5 4 Billion Us Dollar
Intel dan Tower Semiconductor
Intel Beli Tower Semiconductor 5.4 Billion US Dollar - Intel sedang dalam proses membeli lalu mengambil alih Tower Semiconductor, syarikat pembuat semiconductor chip dari Israel dengan harga 5.4 billion US Dollar.
Hal itu disahkan oleh satu laporan berita teknologi dari Global Times. Sehingga kini Intel sudah mempunyai kilang pengeluarkan cip yang besar di negara Israel bahkan sudah bertahun membina bangunan kilang pengeluar cip mereka sendiri di negara tersebut.
Sehingga kini Intel sudah mempunyai 4 unit bangunan manufacturing facility di Israel iaitu di Intel Haifa, Intel Petah Tikvah, Intel Jerusalem dan Intel Kiryat Gat.
salah satu bangunan fasiliti Intel di Israel
Dalam tahun 2021-2022 Intel banyak memfokus kepada teknologi Artificial Intelligence, autonomous cars, komunikasi canggih juga cyber security.
Ibu pejabat Tower Semiconductor World Headquarters terletak di Migdal Haemek, Israel. Selain itu Tower Semiconductor juga mempunyai fasiliti lain yang terletak di Newport Beach, California (Amerika), di San Antonio (Amerika), di Agrate, Itali juga di Netanya, Israel.
Bagi kami di iAwani hal ini satu perkembangan baik kerana Intel sudah lama menyepi sejak menghentikan pengeluarkan cip Intel Atom yang banyak di gunakan sebagai cip pemproses dalam laptop, netbook juga peranti perkomputeran prestasi sederhana dalam 2008-2015
Kini dalam tahun 2020 hingga 2021 pasaran cip semikonduktor di dominasi oleh pengeluar dari Taiwan iaitu TSMC yang kini menjadi pengeluar cip terbesar di dunia - jauh mengalahkan Intel.
Samsung dan Qualcomm juga kini merupakan jenama pengeluar cip terkenal di seluruh dunia. Intel hanya di pandang sebagi 'underdog' yang membuat cip untuk komputer sahaja.
Generasi masa kini kurang tahu pasal Intel tapi banyak tahu pasal Samsung juga Qualcomm kerana banyak digunakan sebagai cip pemproses untuk smartphone Android.
Satu ketika dulu sekitar 2012-2013 Intel Atom pernah digunakan sebagai cip pemproses di dalam smartphone Android oleh beberapa pengeluar peranti mudah alih berasaskan Android iaitu Lenovo dan Asus.
Syarikat teknologi Lenovo sebelum ini pernah mengeluarkan smartphone Lenovo K80 yang kedua-duanya menggunakan cip Intel Atom Z3560. Microsof pernah keluarkan Surface Phone yang juga dipacu oleh cip Intel Atom namun di hentikan kerana kurang sambutan.
Seterusnya syarikat teknologi Asus juga pernah mengeluarkan smartphone Android yang dipacu oleh cip pemproses Intel Atom Z3560 iaitu Asus ZenFone 2 ZE550ML dan beberapa variasinya yang lain.
Jika di Malaysia pula, sebuah syarikat teknologi tempatan iaitu iPro pernah mengeluarkan tablet Android berjenama LivePad 8.9 yang turut menggunakan cip Intel Atom Z3735F quad core beropasi menggunakan Windows 8.1.
Pat Gelsinger, CEO Intel berkata pembelian Tower Semiconductor akan membolehkan pihak Intel bangkit semula menguasai pasaran cip semikonduktor sepertimana satu ketika dulu. Kami di iAwani optimis Intel akan lebih maju di masa akan datang setanding Samsung dan Qualcomm.
Proses pengambilalihan Tower Semiconductor akan berlaku dalam masa 12 bulan akan datang kerana memperlukan approval dari pemegang-pemegang saham Tower Semiconductor.
Sebelum membeli Tower Semiconductor syarikat teknologi Intel sudah pernah membeli satu lagi syarikat teknologi Israel iaitu Mobileye, syarikat pembuat teknologi kereta tanpa pemandu dengan harga pembelian $15.3 billion US Dollar.
Untuk baca berita teknologi terbaru jemput masuk ke laman utama iAwani blog teknologi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://iawani.blogspot.com/2022/02/intel-betower-semiconductor-chip.html