Installer Windows 11 Palsu Mengandungi Malware Redline Stealer Kini Tersebar






Installer Windows 11 Palsu Mengandungi Malware Redline Stealer Kini Tersebar - Jurutera perisian dari Hp (Hewlett Packard) iaitu sebuah syarikat pembuat komputer peribadi terkenal di seluruh dunia telah memberi amaran tentang wujudnya perisian installer Windows 11 palsu yang menyamar sebagai installer Windows 11 sebenar untuk mengabui mata pengguna-pengguna komputer Windows.
Amaran tersebut di tulis sendiri oleh Patrick Schläpfer yang bertugas sebagai Malware Analyst di Hp melalui satu artikel yang diterbitkan oleh Hp Threat Research Blog. Laman blog ini mengkhusus kepada ancaman siber juga ancaman dari software berbahaya seperti malware serta virus komputer.
Installer atau perisian pemasangan Windows 11 palsu itu dikesan mengandungi malware bernama "Redline Stealer". Fuhh dekat-dekat ngan nama filem 'Red Notice' lakonan The Rock, Ryan Reynolds juga Gal Gadot.
Malware Redline Stealer ni berpotensi menggodam komputer peribadi anda dalam diam-diam lalu mencuri maklumat-maklumat peribadi anda seperti password akaun perbankkan online, password email, senarai cache & cookies dalam pelayar web, maklumat kredit kad anda juga maklumat cryptocurrency wallet yang di milik oleh mangsa.
Walau begitu virus malware Redline Stelaler ini hanya menjangkiti komputer Windows (versi Windows Xp, Windows Vista, Windows 7 hingga Windows 10) dan bukannya smarpthone yang menggunakan Windows Mobile. 
Bagaimana Malware Masuk Ke Komputer Windows AndaMicrosoft telah melancarkan Windows 11 kepada umum secara rasmi pada 5 Oktober 2021 - iaitu 5 bulan lalu kala artikel ini kami tulis. 
Jadi mana-mana pengguna Windows yang berminat mahu download Windows 11 secara percuma sudah pasti akan mencari mana-mana laman web yang menyediakan download Windows 11 secara free tanpa perlu membayar apa-apa.
Bagi pengguna Windows 10 berlesen sah mereka boleh upgrade versi Windows mereka dari Windows 10 ke Windows 11 secara percuma melalui fungsi Windows Update. 
Bagi pengguna Windows yang tidak mahu upgrade ke Windows 11 melalui Windows Update mereka boleh mendapatkan Windows 11 melalui Windows 11 Installation Assistant yang tersedia laman web rasmi Microsoft.
Bagi pengguna Windows versi pirate pasti akan cari website lain yang bukan website rasmi Microsoft kerana proses installation yang agak panjang sehingga memakan masa berjam-jam lamanya untuk disiapkan.
Dari situ pasti akan sampai ke website upgrade ke Windows 11 sepertimana di mahukan. Salah satu dari website upgrade ke Windows adalah website yang bertujuan untuk memudahkan pengguna Windows menemui malware ini dengan cara menyamar.
Pencipta virus malware komputer bernama "Redline Stealer" ini telah mencipta satu laman web yang benar-benar menyerupai laman web rasmi Microsoft yang disediakan untuk pengguna-pengguna Windows menaiktaraf versi Windows komputer mereka ke Windows 11.
Laman web palsu itu di namakan dengan alamat domain " windows-upgraded.com". Rupa luarannya benar-benar menyamai laman web rasmi untuk pengguna mendapatkan Windows 11. Berikut info detail mengenai pemilik nama domain tersebut...

Domain Name: windows-upgraded.comCreation Date: 2022-01-27T10:06:46ZRegistrar: NICENIC INTERNATIONAL GROUP CO., LIMITEDRegistrant Organization: Ozil VerfigRegistrant State/Province: MoscowRegistrant Country: RU
Ini screen shot lama web rasmi Microsoft untuk mana-mana pengguna Windows menaiktaraf ke Windows 11. Lihat ke arah butang warna biru tu. Butang sebenar akan memaparkan perkataan "Check For Compatability".





Gambar di bawah memaparkan rupa laman web palsu " windows-upgraded.com" yang mengandungi malware Redline Stealer. Anda boleh lihat perkataan pada butang biru di laman web tersebut ditulis dengan perkataan "Download Now" dan bukannya "Check For Compatability" sepertimana di website Windows 11 sebenar di gambar sebelum ini.





Apabila mana-mana pengguna Windows klik pada butang Downlaod Now yang terpampang di website tersebut, sebuah fail ZIP akan di download masuk ecara automatik ke komputer anda sejurus selepas butang "Downlaod Now" di klik atau di sentuh.
Jika anda sudah siap downlaod fail zip itu anda akan dapat lihat fail zip tersebut dilabel dengan nama “Windows11InstallationAssistant.zip”. Fail zip tersebut hanya bersaiz 1.5MB sahaja serta mengandungi 6 fail Windows DLL, sebuah file XML dan sebuah fail portable executable. 
Selepas memgekstrak keluar (decompressed) fail-fail dari dalam file zip tersebut anda akan dapat lihat saiz sebenar keseluruhan folder "Windows 11 Installer" iaitu bersaiz 753MB. Proses extraction ini biasanya memakan masa dalam 1 minit hingga 3 minit.
Selesai di ekstrak fail bernama "Windows11InstallationAssistant.exe" merupakan fail bersaiz paling besar dalam folder tersebut.
Seterusnya apabila anda klik pada fail bernama Windows11InstallationAssistant.exe untuk install Windows 11 seperti yang diharap-harapan maka akan mengakibatkan software malware tersebut di install serta merta di komputer peribadi anda.
Akibatnya, beberapa fungsi normal pada komputer Windows milik anda akan lumpuh serta merta. Komputer Windows anda akan dijangkiti virus dengan pantas dalam masa 1-3 saat sahaja.
Jika anti virus anda gunakan selalu di update sudah pasti akan dapat menghalang proses install malware Redline Stealer dari fail installer tu. 
Tetapi jika komputer Windows yang anda gunakan tidak mempunyai antivirus dengan data virus terkini sudah pasti akan 'lumpuh' serta tidak dapat mengenal pasti virus malware Redline Stealer kerana data mengenai Redline Stealer tidak ada dalam database senarai virus.
Berikut kami paparkan link sebenar ke laman Microsoft Windows yang sebenar dan official untuk mana-mana pengguna Windows upgrade versi Windows milik mereka ke Windows 11.
https://www.microsoft.com/en-us/windows/get-windows-11
So bagi pengguna Windows di Malaysia yang mahu upgrade ke Windows 11 sila semak dahulu nama domain website yang anda masuk. Pastikan ada 'https' dan nama rasmi Microsoft.
Jika komputer Windows anda telah lumpuh kerana telah di jangkit virus malware cara terbaik adalah putuskan sambungan internet, biarkan komputer offline kemudian format komputer menggunakan fungsi Windows System Restore untuk buang virus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://iawani.blogspot.com/2022/02/windows-11-red-stealer-malware.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Permohonan Semakan Kehakiman Ppim 3 Doktor Pada 1 Mac Malaysia Kini 07 02 2022

Keputusan Permohonan Semakan Kehakiman Ppim 3 Doktor Pada 1 Mac Malaysia Kini 07 02 2022

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 297 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan tiga doktor akan mengetahui pada 1 Mac sama ada mereka mendapat kebenaran mahkamah untuk meneruskan tindakan undang undang bagi memaksa kerajaan menjawab soalan mengenai langkah yang telah diambil untuk...
Medina Zein Ubah Gaya Rambut Usai Lepas Hijab Kini Blonde Dan Berponi

Medina Zein Ubah Gaya Rambut Usai Lepas Hijab Kini Blonde Dan Berponi

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 262 hits
Pengusaha Medina Zein memutuskan untuk melepas hijabnya Ia kemudian mengubah gaya rambutnya Kini tampil blonde dan menggunakan poni Yuk intip beberapa foto terbarunya berikut ini
Kini Dalam Tempoh Berehat Pemulihan Jeongyeon Twice Sapa Peminat Di Vlive

Kini Dalam Tempoh Berehat Pemulihan Jeongyeon Twice Sapa Peminat Di Vlive

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 168 hits
Mesti ramai yang rindukan Jeong yeon TWICE kan ARTIKEL BERKAITAN Pada 7 Februari Jeong yeon telah menyapa peminat menerusi siaran langsung yang dihoskannya bersama rakan sepasukannya Momo di VLIVE Sudah enam bulan sejak dia menghentikan sem...
Saya Hanya Makan Pisang Sandara Park Dedah Berat Badannya Kini

Saya Hanya Makan Pisang Sandara Park Dedah Berat Badannya Kini

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 190 hits
Sandara Park sering dikenali dengan susuk tubuhnya yang kecil dan molek Pada 8 Februari Sandara Park telah memuat naik beberapa gambar baharu di Instagramnya Salah satu gambar menunjukkan nombor pada skala yang diambilnya sendiri Sandara Pa...
Lee Joon Lee Jinwook Dinobat Pelakon Paling Trending Bulgasal Jadi Drama Popular Kini

Lee Joon Lee Jinwook Dinobat Pelakon Paling Trending Bulgasal Jadi Drama Popular Kini

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 202 hits
Untuk minggu pertama Februari Good Data Corporation telah meriliskan senarai drama dan pelakon yang paling popular kini Selepas ditolak Our Beloved Summer minggu lalu Bulgasal kembali merebut tempat pertama ranking itu 1 tvN Bulgasal 2 KBS2...
Anda Kini Boleh Pesan Dan Bayar Makanan Melalui Aplikasi Mcdonald S

Anda Kini Boleh Pesan Dan Bayar Makanan Melalui Aplikasi Mcdonald S

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 187 hits
Anda Kini Boleh Pesan Dan Bayar Makanan Melalui Aplikasi McDonald s Anda Kini Boleh Pesan Dan Bayar Makanan Melalui Aplikasi McDonald s Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Kita masih lagi di era pandemik dan Momi pasti semua tempat yang an...
Peserta Asabri Kini Bisa Bayar Dan Klaim Asuransi Di Bsi

Peserta Asabri Kini Bisa Bayar Dan Klaim Asuransi Di Bsi

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 220 hits
PT Asabri resmi berkolaborasi dengan PT Bank Syariah Indonesia dalam hal Pembayaran Manfaat Program Asuransi Program ini sebagai tindak lanjut kerja sama yang telah ditandatangani pada 1 Oktober 2021 yang sebelumnya masih dilaksanakan secar...
Seminggu Lahirkan Anak Bongsu Suami Pergi Hingga Kini Anak Anak Cakap Rindu

Seminggu Lahirkan Anak Bongsu Suami Pergi Hingga Kini Anak Anak Cakap Rindu

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 156 hits
Jodoh ajal rezeki anak semuanya rahsia Allah Andai kata salah seorang pasangan kita pergi dulu tentunya pemergian itu sangat dirasai Begitulah kisah yang dikongsikan oleh Nur Rieziyana Md Zamri ibu kepada empat cahaya mata yang perlu membes...
Umno Tumpang Pas Untuk Dilihat Islam Tapi Kini Buang Pula Sheikh Umar

Umno Tumpang Pas Untuk Dilihat Islam Tapi Kini Buang Pula Sheikh Umar

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 233 hits
agendaily com11 2 2022UMNO tidak bekerjasama dengan PAS bagi menghadapi PRN Johor kali ini Sheikh Umar Bagharib Ali menyifatkan langkah UMNO sebelum ini bekerjasama dengan PAS kerana mahu dilihat mereka Islam tapi kini membuang rakan mereka...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Hypothyroid Dan Keletihan Adakah Sukar Dipisahkan

Prasangka Buruk Ku Di Bayar Tunai

Rojak Tauhu

Pengertian Tujuan Serta Proses Manajemen Strategi Penting Dalam Sebuah Perusahaan

Malaysia Jadi Negara Pertama Yang Izinkan Bayar Zakat Pakai Kripto

Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It