Instafamous Naik Rxz Disaman Jpj Terengganu


Instafamous Naik RXZ Disaman JPJ Terengganu. Zaman teknologi serba canggih ini setiap apa yang kita lakukan perlu lebih berhati-hati. Ini lah yang terjadi kepada seorang instafamous apabila satu video yang dimuatnaik di media sosial beliau menunggang motosikal RXZ salah di sisi undang-undang jalan raya kerana tidak memakai topi keledar.
Instafamous Naik RXZ Disaman JPJ Terengganu Tindakan seorang instafamous dari Dungun memuat naik video menunggang RX-Z tanpa memakai topi keledar di media sosial mengundang padah apabila dia disaman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata, tindakan saman diambil kerana terdapat bukti individu terbabit melanggar undang-undang jalan raya.
“Dengan kepesatan teknogi maklumat sekarang kita lihat ramai yang gemar merakam video ketika menaiki kenderaan untuk dipamerkan sebagai ‘content’ (kandungan) di media sosial.
“Bagaimanapun, sekiranya ia jelas melanggar undang-undang jalan raya dan boleh dijadikan sebagai bukti, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Zulkarnain berkata demikian ketika diminta mengulas video dan gambar serta notis saman bertarikh 14 Mac 2021 dikeluarkan terhadap seorang wanita yang ditularkan di media sosial.
Beliau berkata, wanita berkenaan telah dipanggil pihak berkuasa berhubung kesalahan itu dan kes itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Dungun.
“Wanita terbabit telah dipanggil dan dia mengakui kesilapannya iaitu tidak memakai topi keledar dan gagal mempamerkan nombor pendaftaran hadapan motosikal.
“Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 14 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM300 dan tidak melebihi RM3,000,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, pihak JPJ tidak akan berkompromi sekiranya berdepan dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan jalan raya malah mempunyai kaedah tersendiri dalam memantau kesalahan pengguna jalan raya yang dipamerkan di media sosial.
“Kita akan siasat semua laporan yang diterima sama ada melalui rakaman gambar atau video termasuk yang disebarkan melalui medium media sosial berkaitan kesalahan jalan raya.
“Siasatan akan dijalankan dan tindakan akan diambil ke atas pemilik kenderaan,” katanya.
Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 14 saat memaparkan seorang wanita berkebaya merah mempamerkan kecekapan menunggang RX-Z di Kampung Bukit Merah, Padang Pulut, Dungun. -SH Online-
The post Instafamous Naik RXZ Disaman JPJ Terengganu first appeared on Berita Viral Terkini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritaviralterkini.com/instafamous-naik-rxz-disaman-jpj-terengganu/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=instafamous-naik-rxz-disaman-jpj-terengganu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Sangat Famous Kan Kan Dah Kena Saman Instafamous Disaman Jpj Selepas Pamer Kecekapan Tunggang Rx Z

Nak Sangat Famous Kan Kan Dah Kena Saman Instafamous Disaman Jpj Selepas Pamer Kecekapan Tunggang Rx Z

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 567 hits
The ReporterGara gara memuat naik video kecekapan menunggang motosikal Yamaha RX Z tanpa memakai topi keledar di Instagram seorang wanita dikenakan saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Terengganu Pengarah JPJ Terengganu Zulkarnain Yasin be...
Saya Nak Elak Hujan Rider Disaman Sebab Pasang Bumbung Tambahan Di Motosikalnya Tanpa Kelulusan

Saya Nak Elak Hujan Rider Disaman Sebab Pasang Bumbung Tambahan Di Motosikalnya Tanpa Kelulusan

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 393 hits
The ReporterJabatan Pengangkutan Jalan Kuala Lumpur mengenakan saman terhadap seorang penunggang motosikal yang mengubahsuai motosikalnya dari struktur asal dengan memasang struktur tambahan tanpa kelulusan pihak berkuasa Lelaki berusia 52 ...
Disaman Kerana Abaikan Calon Semasa Belajar Memandu

Disaman Kerana Abaikan Calon Semasa Belajar Memandu

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 518 hits
Oleh ISWAN SHAFIQ ISA SEORANG tenaga pengajar disaman selepas meninggalkan calon di bawah seliaannya tanpa pengawasan ketika sesi latihan memandu dalam operasi mengejut JPJ di Permatang Pauh Pulau Pinang UTUSAN MUHAMMAD FIRDAUS AMRANPERMATA...
Polis Saman Polis Kenderaan Pegawai Anggota Antara Disaman Kerana Nombor Plat Tak Ikut Spec Kelihatan Fancy

Polis Saman Polis Kenderaan Pegawai Anggota Antara Disaman Kerana Nombor Plat Tak Ikut Spec Kelihatan Fancy

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 328 hits
899 total views 899 views today Berintegriti hingga ke akar umbi Itulah perumpamaan yang sesuai diberikan kepada mana mana pihak berkuasa yang serius melaksanakan tugas masing masing Kebetulan pula akhir akhir ini hangat diperkatakan di med...
Polis Nafi Penunggang Motosikal Disaman Kerana Lesen Lkm Tamat Tempoh

Polis Nafi Penunggang Motosikal Disaman Kerana Lesen Lkm Tamat Tempoh

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 330 hits
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik menafikan seorang penunggang motosikal dikenakan tindakan saman atas kesalahan Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh tetapi kerana gagal mempamerkan LKM Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Azisman Alias be...
Gerun Disaman Rela Terputus Rezeki

Gerun Disaman Rela Terputus Rezeki

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 216 hits
Oleh ROHANA MOHD NAWI Tinjauan mendapati tiada lagi penjaja penjaja di persimpangan lampu isyarat Taman Maju Kota Bharu di sini semalam UTUSAN ZULHANIFA SIDEKKOTA BHARU Tiada lagi kelibat belia melakukan aktiviti berniaga minuman atau makan...
40 Penunggang Ubah Suai Ekzos Motosikal Disaman

40 Penunggang Ubah Suai Ekzos Motosikal Disaman

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 283 hits
Oleh ROSLIZA MOHAMED Anggota polis menahan seorang penunggang motosikal yang mengubah suai ekzos dalam Ops Khas di seluruh negeri Kelantan semalam KOTA BHARU Polis mengeluarkan sebanyak 40 saman terhadap penunggang motosikal yang ingkar den...
Pegawai Kanan Jpj Kena Reman Kes Rasuah Rm88 000 Sindiket Melindungi Pemandu Lori

Pegawai Kanan Jpj Kena Reman Kes Rasuah Rm88 000 Sindiket Melindungi Pemandu Lori

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 294 hits
KANGAR Seorang pegawai kanan Jabatan Pengangkutan Jalan menjadi individu kelima yang ditahan di negeri ini berhubung siasatan mengenai sindiket melindungi pemandu pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya melibatkan jumlah suapan kir...
Tiga Penguatkuasa Jpj Pulau Pinang Direman

Tiga Penguatkuasa Jpj Pulau Pinang Direman

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 326 hits
nbsp Oleh SAFINA RAMLI16 Mac 2021 3 40 pm GEORGE TOWN Tiga anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang ditahan direman empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan berhubung kes rasuah Perintah tahanan reman itu dik...
Tempat Tempat Menarik Di Beijing China

Doa Ketika Hujan Lebat Takut Berlaku Mudarat

Konsert Dia Misha Omar 2025

Tips Design Kotak Packaging Ayam Goreng Yang Viral Di Media Sosial

Transcendent Two Stroke A Smokin Suzuki 125 From Taiwan

Obey The Law Top Cop Tells Turun Anwar Rallygoers

Cik B Terkejut Dengar Penjelasan Doktor Selepas Jalani Mri Scan Video

Pasukan Malaysia Berjaya Meraih Dua Pingat Gangsa Dalam International Physics Olympiad 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Singgah Pasar Malam Sekolah

Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta

Breakthrough Insights New Clinical Trial Results Unveil Potential Of Incretin Therapies

Sendiri Buat Cerita Sendiri Bersorak Gila Betul Pemuda Pas Ni

Demam Denggi Simptom Rawatan Petua Sokongan

Cuba Carik Dimana Dajjal Dalam Ini Gambar