Inspirasi Kejayaan Empat Jutawan Covid 19


Siti Mariam (kanan) berbincang bersama pekerjanya di Bandar Laguna Merbok
KUALA LUMPUR: Kebanyakan peniaga dan usahawan bukan saja terpaksa 'mengikat perut', malah ada antara mereka gulung tikar akibat terkesan dengan pandemik Covid-19.

Namun, situasi berbeza berlaku kepada beberapa individu yang dikurniakan rezeki berlipat ganda sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan kerajaan sejak 18 Mac lalu.

Malah, golongan ini dilaporkan mampu menjana jualan sehingga jutaan ringgit atau mencecah tujuh angka.

Bagaimanapun, kejayaan itu bukan datang bergolek sebaliknya dengan kesungguhan, pengorbanan dan komitmen tinggi selain bijak menggunakan peluang bagi menjayakan perniagaan hingga bergelar jutawan.

Harian Metro menemu bual kisah empat usahawan yang bergelar jutawan hasil pelaksanaan PKP disebabkan virus Covid-19 supaya menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia. Ikuti perkongsian ini.


Pengasas Madam Printing & Packaging, Siti Mariam Abd Rauf, 33.

"Minggu pertama PKP, saya dan rakan kongsi berjaya jana jualan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman sebanyak RM400,000."Kejayaan itu disusuli dengan membekalkan lebih tiga juta botol (cecair) pembasmi kuman," katanya yang lebih senang disapa sebagai Mar.
Mar berkata, idea untuk mencari kilang pelitup muka dan cecair pembasmi kuman hadir ketika dalam perjalanannya dari Kedah ke Johor.

"Syukur, saya dan rakan kongsi segera bertindak dan membekalkan pelitup muka dan pembasmi kuman ke seluruh Malaysia. Minggu pertama PKP kami berjaya jana jualan RM400,000 dan selepas itu terus menjual keperluan orang ramai berkaitan PKP," katanya yang turut mengeluarkan set lengkap terdiri daripada sarung tangan, pelitup muka dan pembasmi kuman.
Menurutnya, dia sebelum ini terbabit dalam perniagaan percetakan di Kedah, namun disebabkan ditipu pelanggan, perniagaannya terjejas teruk hingga terpaksa memberhentikan 14 pekerja.

Mar berkata, selepas 'terjun' dalam perniagaan penjualan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman itu, dia kemudian mengembangkan perniagaan dengan mengeluarkan produk kesihatan untuk meningkatkan sistem imun badan di bawah jenama M'Care Mixberry.

"Dari situ, jualan berjaya mencapai tujuh angka dan saya membeli semula aset seperti rumah, kedai dan kereta yang saya terpaksa jual sebelum ini."Inilah rezeki 'corona' saya dan kalau bukan sebab PKP, saya tidak tahu apa nasib saya dan anak," katanya yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Reka Bentuk Industri dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah.
Diminta berkongsi kenapa perniagaan percetakannya terjejas, Mar berkata, pelanggan menempah sehingga 80,000 cetakan sampul raya namun apabila siap dia tidak bayar.

"Saya dikejar pelabur hingga akhirnya terpaksa melepaskan aset peribadi bagi melunaskan pembayaran kepada mereka (pelabur)," katanya mengakui, ia adalah asam garam bergelar usahawan.ERNIE menunjukkan kek jualannya yang ‘meletup’ ketika PKP dilaksanakan.
Pengasas Erni House Sdn Bhd, Ernie Uzliana Mohamed Yatim, 34.

Sejak PKP, jualan kek dan kuih 'meletup' hingga mampu menjana pendapatan tujuh angka berbanding kebiasaannya hanya lima angka.

Itu kisah dikongsikan Ernie yang mampu mencatat jualan kek dan kuih Mamasab Bakery sebanyak RM5.23 juta terutama ketika PKP dikuatkuasakan.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Kimia Gunaan dari UiTM Shah Alam itu berkata, selepas menamatkan pengajian dia gagal mendapatkan pekerjaan sebelum menjadi suri rumah.

Ernie berkata, dia kemudian berjinak-jinak dalam perniagaan online sebagai ejen Mamasab Bakery atas saranan rakan.

Katanya, bermula dengan jualan RM100 dia kini mempunyai 1,000 dropship, ejen dan lima Master Stokis yang berjaya dilahirkan berkat ilmu perniagaan dikongsi pengasas Mamasab Bakery, malah jualan juga berganda ketika PKP.

"Sejak PKP rezeki datang tanpa disangka-sangka dan jualan turut meningkat naik hingga tujuh angka," katanya.
Ernie berkata, impiannya adalah untuk membantu seramai mungkin suri rumah atau sesiapa saja yang ingin menjana pendapatan lumayan walaupun bukan melalui produk sendiri.

"Sedangkan saya yang serba kekurangan ini boleh membuat jualan sehingga tujuh angka, saya pasti orang lain juga mampu. Saya hanyalah suri rumah sebelum ini boleh berjaya dengan usaha dan komitmen tinggi," katanya.
NURSYAMIMI dibantu suaminya, Ahmad Syahir Tobri, 33, menyusun produk yang ditempah sebelum membuat penghantaran secara pos kepada pelanggan.
Pengasas Cik Mi International Sdn Bhd, Nursyamimi Ramli, 32.

Tinggalkan kerjaya sebagai pegawai bank adalah langkah terbesar dilakukan Nursyamimi bagi memberi tumpuan terhadap perniagaan sampingan dilakukannya.

Siapa sangka, atas dasar sekadar mencuba perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjadi pengedar Mamasab Bakery, dia akhirnya membulatkan tekad melepaskan kerjaya yang menjamin pendapatan tetap setiap bulan sebelum melakukan jualan sehingga RM7.29 juta.

"Saya menyertai Mamasab Bakery secara sambilan dengan tujuan utama untuk menambah simpanan anak-anak."Sudah dua tahun saya menjual produk Mamasab Bakery dan tidak terfikir untuk mengeluarkan produk sendiri kerana sistem yang ada sekarang mudah apabila saya bermula tanpa modal dengan menjadi dropship."Sehingga sekarang saya menjadi Master Stokis dan mempunyai pasukan jualan sendiri di bawah Cik Mi Squad (kira-kira 7,000 dropship, ejen, stokis di bawahnya)."Secara rasmi, saya meletakkan jawatan (pegawai bank) pada Mac lalu dan terus konsisten membantu mengembangkan pasukan yang kini sudah terdapat 57 leader yang saya lahirkan berjaya membuat jualan lima ke tujuh angka."Biarpun tanpa produk sendiri, saya mampu menjana pendapatan melebihi gaji yang diterima sebelum ini dan platform Mamasab Bakery banyak membantu saya mencapai impian," katanya.

Katanya, selain doa keluarga terutama suami, hikmah pelaksanaan PKP membuka peluang buatnya untuk berjaya sekali gus bergelar jutawan.

"Dengan (pelaksanaan) PKP, saya mampu menjana jualan tujuh angka dan sasaran tahun ini adalah untuk membantu 1,000 ahli pasukan membuat jualan minimum enam angka," katanya.
Untuk rekod, Nursyamimi berjaya menjadi Master Stokis Mamasab Bakery yang meraih jualan tertinggi, RM7.29 juta bagi Januari hingga Mei lalu dan peningkatan jualannya paling banyak disumbangkan sepanjang tempoh PKP.

MUHAMAD Khair di hadapan kedai Hobby Shack miliknya.
Pengasas dan Pengarah Khayr Biz Group, Muhamad Khair Sulam, 37.

"Alhamdulillah, ketika pelaksanaan PKP saya dan rakan kongsi terima tender kerajaan dengan memasang karpet di beberapa unit bangunan."Tender bernilai tujuh angka itu banyak membantu saya dan boleh dikatakan sebagai penyelamat kami," katanya yang menjana jualan kira-kira RM1.5 juta sepanjang PKP.
Muhamad Khair juga berkata, dia sememangnya memberi fokus dan melakukan pemasaran secara online terutama bagi syarikatnya, Hobby Shack yang menjual koleksi permainan kanak-kanak dari luar negara.

"Bisnes memang seronok sebenarnya walaupun cabarannya besar."Namun saya akui, kejayaan yang saya capai sekarang ini adalah disebabkan doa seorang ibu."Oleh itu, bagi yang mempunyai orang tua dapatkan doa dan restu mereka," katanya.
Pemegang Sarjana Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, dia 'terjun' ke dunia perniagaan secara tidak sengaja.

Katanya, dia memiliki tujuh anak syarikat di bawah Khayr Biz Group dengan pelbagai segmen perniagaan antaranya, Hobby Shack dan tiga syarikat utama iaitu Khair Inspirasi, Khair Carpet Centre (KCC) dan Caffe Don Cortez.

Menurutnya, kejayaan dikecapinya sekarang tidak datang bergolek sebaliknya pernah dua kali diuji menjadi homeless.

"Saya pernah mengalami kerugian sebelum ini kerana membuka perniagaan francais dan saya bangkit mencari kelebihan diri yang saya mempunyai kelebihan sebagai master planner dan dalam pemasaran."Saya mula menjalin kerjasama dengan beberapa rakan yang saya lihat mempunyai potensi tersendiri."Disebabkan itu, setiap syarikat saya mempunyai rakan kongsi yang berbeza dengan kepakaran masing-masing," katanya yang dilahirkan daripada keluarga pendidik.
-myMetro

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2020/06/inspirasi-kejayaan-empat-jutawan-covid.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Kejayaan Malaysia Perlu Jadi Contoh Kepada Barat

Covid 19 Kejayaan Malaysia Perlu Jadi Contoh Kepada Barat

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 257 hits
KUALA LUMPUR Kesiapsiagaan awal pengalaman menghadapi wabak tindakan segera menaik taraf kemudahan kesihatan kecekapan pelaksanaan ujian saringan dalam kapasiti besar selain pasukan perubatan yang bekerja dengan pengetahuan serta sumber yan...
Covid 19 Kejayaan Hari Ini Kerana Kerjasama Semua Tapi Jangan Leka Kkm

Covid 19 Kejayaan Hari Ini Kerana Kerjasama Semua Tapi Jangan Leka Kkm

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 242 hits
Walaupun kes baharu COVID 19 hari ini merupakan yang paling rendah dalam sejarah negara namun orang awam diseru untuk tidak mudah leka dengan kejayaan tersebut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pencapaian hari i...
4 Jutawan Covid 19 Di Saat Orang Gulung Tikar Mereka Melonjak Jutaan

4 Jutawan Covid 19 Di Saat Orang Gulung Tikar Mereka Melonjak Jutaan

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 394 hits
Pengasas Madam Printing Packaging Siti Mariam Sikit Tazkirah Ekonomi KUALA LUMPUR Kebanyakan peniaga dan usahawan bukan saja terpaksa mengikat perut malah ada antara mereka gulung tikar akibat terkesan dengan pandemik Covid 19 Namun situasi...
8 Provinsi Tak Ada Kasus Baru Covid 19 Per 23 Juni

8 Provinsi Tak Ada Kasus Baru Covid 19 Per 23 Juni

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 279 hits
Dalam laporan hari ini Jawa Timur masih terbanyak Di susul DKI Jakarta Sulawesi Selatan Sumatera Utara dan Papua
Kementan Keluarkan Rekomendasi Pelaksanaan Kurban Di Masa Pandemi Covid 19

Kementan Keluarkan Rekomendasi Pelaksanaan Kurban Di Masa Pandemi Covid 19

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 305 hits
Dalam surat edaran tersebut Kementan menekankan pelaksanaan kurban wajib memperhatikan protokol kesehatan Di samping itu Kementan juga merekomendasikan kegiatan penjualan hewan kurban dan pemotongan hewan kurban yang aman Covid 19
Kondisi 10 Orang Positif Covid 19 Dari Klaster Pernikahan Di Semarang Sudah Membaik

Kondisi 10 Orang Positif Covid 19 Dari Klaster Pernikahan Di Semarang Sudah Membaik

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 192 hits
Kepala Dinas Kesehatan Kota Semarang Moch Abdul Hakam menceritakan kejadian bermula ketika adik pengantin perempuan mengeluh sakit demam dan sesak napas Setelah dibawa ke rumah sakit sang adik terkonfirmasi positif Covid 19 Kita tracking ba...
Korea Selatan Sahkan Berada Dalam Gelombang Kedua Jangkitan Wabak Covid 19

Korea Selatan Sahkan Berada Dalam Gelombang Kedua Jangkitan Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 307 hits
SEOUL Pihak berkuasa kesihatan Korea Selatan mengesahkan negara itu kini berada dalam gelombang kedua wabak COVID 19 Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea sebelum ini memberi amaran gelombang pertama wabak itu di Korea Selatan tidak p...
Covid 19 Arab Saudi Hadkan Jemaah Haji

Covid 19 Arab Saudi Hadkan Jemaah Haji

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 270 hits
RIYADH Arab Saudi mengumumkan ibadah haji akan diadakan secara terhad berikutan bimbang ia boleh menjadi faktor terbesar kepada penyebaran pandemik COVID 19 apabila ramai jemaah bersesak sesak nanti Namun begitu kerajaan Arab Saudi setakat ...
Langkah Pemulihan Pelancongan Selepas Covid 19 Malaysia

Langkah Pemulihan Pelancongan Selepas Covid 19 Malaysia

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 382 hits
Pihak pelancongan Malaysia khususnya Tourism Malaysia akan menggunakan jaringan perjalanan serantau untuk memulakan Langkah Pemulihan Pelancongan Selepas Covid 19 Ini kerana untuk memberi tumpuan dahulu kepada pelancongan setempat memandang...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri