
ERNIE menunjukkan kek jualannya yang ‘meletup’ ketika PKP dilaksanakan.Pengasas Erni House Sdn Bhd, Ernie Uzliana Mohamed Yatim, 34.Sejak PKP, jualan kek dan kuih 'meletup' hingga mampu menjana pendapatan tujuh angka berbanding kebiasaannya hanya lima angka.Itu kisah dikongsikan Ernie yang mampu mencatat jualan kek dan kuih Mamasab Bakery sebanyak RM5.23 juta terutama ketika PKP dikuatkuasakan.Pemegang Ijazah Sarjana Muda Kimia Gunaan dari UiTM Shah Alam itu berkata, selepas menamatkan pengajian dia gagal mendapatkan pekerjaan sebelum menjadi suri rumah.Ernie berkata, dia kemudian berjinak-jinak dalam perniagaan online sebagai ejen Mamasab Bakery atas saranan rakan.Katanya, bermula dengan jualan RM100 dia kini mempunyai 1,000 dropship, ejen dan lima Master Stokis yang berjaya dilahirkan berkat ilmu perniagaan dikongsi pengasas Mamasab Bakery, malah jualan juga berganda ketika PKP."Sejak PKP rezeki datang tanpa disangka-sangka dan jualan turut meningkat naik hingga tujuh angka," katanya.Ernie berkata, impiannya adalah untuk membantu seramai mungkin suri rumah atau sesiapa saja yang ingin menjana pendapatan lumayan walaupun bukan melalui produk sendiri."Sedangkan saya yang serba kekurangan ini boleh membuat jualan sehingga tujuh angka, saya pasti orang lain juga mampu. Saya hanyalah suri rumah sebelum ini boleh berjaya dengan usaha dan komitmen tinggi," katanya.
NURSYAMIMI dibantu suaminya, Ahmad Syahir Tobri, 33, menyusun produk yang ditempah sebelum membuat penghantaran secara pos kepada pelanggan.Pengasas Cik Mi International Sdn Bhd, Nursyamimi Ramli, 32.Tinggalkan kerjaya sebagai pegawai bank adalah langkah terbesar dilakukan Nursyamimi bagi memberi tumpuan terhadap perniagaan sampingan dilakukannya.Siapa sangka, atas dasar sekadar mencuba perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjadi pengedar Mamasab Bakery, dia akhirnya membulatkan tekad melepaskan kerjaya yang menjamin pendapatan tetap setiap bulan sebelum melakukan jualan sehingga RM7.29 juta."Saya menyertai Mamasab Bakery secara sambilan dengan tujuan utama untuk menambah simpanan anak-anak."Sudah dua tahun saya menjual produk Mamasab Bakery dan tidak terfikir untuk mengeluarkan produk sendiri kerana sistem yang ada sekarang mudah apabila saya bermula tanpa modal dengan menjadi dropship."Sehingga sekarang saya menjadi Master Stokis dan mempunyai pasukan jualan sendiri di bawah Cik Mi Squad (kira-kira 7,000 dropship, ejen, stokis di bawahnya)."Secara rasmi, saya meletakkan jawatan (pegawai bank) pada Mac lalu dan terus konsisten membantu mengembangkan pasukan yang kini sudah terdapat 57 leader yang saya lahirkan berjaya membuat jualan lima ke tujuh angka."Biarpun tanpa produk sendiri, saya mampu menjana pendapatan melebihi gaji yang diterima sebelum ini dan platform Mamasab Bakery banyak membantu saya mencapai impian," katanya.Katanya, selain doa keluarga terutama suami, hikmah pelaksanaan PKP membuka peluang buatnya untuk berjaya sekali gus bergelar jutawan."Dengan (pelaksanaan) PKP, saya mampu menjana jualan tujuh angka dan sasaran tahun ini adalah untuk membantu 1,000 ahli pasukan membuat jualan minimum enam angka," katanya.Untuk rekod, Nursyamimi berjaya menjadi Master Stokis Mamasab Bakery yang meraih jualan tertinggi, RM7.29 juta bagi Januari hingga Mei lalu dan peningkatan jualannya paling banyak disumbangkan sepanjang tempoh PKP.
MUHAMAD Khair di hadapan kedai Hobby Shack miliknya.Pengasas dan Pengarah Khayr Biz Group, Muhamad Khair Sulam, 37."Alhamdulillah, ketika pelaksanaan PKP saya dan rakan kongsi terima tender kerajaan dengan memasang karpet di beberapa unit bangunan."Tender bernilai tujuh angka itu banyak membantu saya dan boleh dikatakan sebagai penyelamat kami," katanya yang menjana jualan kira-kira RM1.5 juta sepanjang PKP.Muhamad Khair juga berkata, dia sememangnya memberi fokus dan melakukan pemasaran secara online terutama bagi syarikatnya, Hobby Shack yang menjual koleksi permainan kanak-kanak dari luar negara."Bisnes memang seronok sebenarnya walaupun cabarannya besar."Namun saya akui, kejayaan yang saya capai sekarang ini adalah disebabkan doa seorang ibu."Oleh itu, bagi yang mempunyai orang tua dapatkan doa dan restu mereka," katanya.Pemegang Sarjana Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, dia 'terjun' ke dunia perniagaan secara tidak sengaja.Katanya, dia memiliki tujuh anak syarikat di bawah Khayr Biz Group dengan pelbagai segmen perniagaan antaranya, Hobby Shack dan tiga syarikat utama iaitu Khair Inspirasi, Khair Carpet Centre (KCC) dan Caffe Don Cortez.Menurutnya, kejayaan dikecapinya sekarang tidak datang bergolek sebaliknya pernah dua kali diuji menjadi homeless."Saya pernah mengalami kerugian sebelum ini kerana membuka perniagaan francais dan saya bangkit mencari kelebihan diri yang saya mempunyai kelebihan sebagai master planner dan dalam pemasaran."Saya mula menjalin kerjasama dengan beberapa rakan yang saya lihat mempunyai potensi tersendiri."Disebabkan itu, setiap syarikat saya mempunyai rakan kongsi yang berbeza dengan kepakaran masing-masing," katanya yang dilahirkan daripada keluarga pendidik. (MyMetro)
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |