Insiden Teo Nie Cheng Contoh Deep State


Insiden Teo Nie Cheng Contoh Deep State?|Saya agak lama tak televisyen termasuk slot berita jam 8.00 malam. Sebelum dan semasa PRU14, di bawah regim lama, sudah pasti ia sarat dengan propaganda parti pemerintah dan fitnah atau umpat-dusta terhadap pembangkang

Apabila Umno-BN ditumbangkan pada 9 Mei 2018, dasar pentadbiran baharu ke arah memberi lebih ruang mendukung kebebasan media. Namun saya tidak pasti, apakah Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mengawal selia program-program penting TV swasta, misalnya saluran berita

Berdasarkan respons orang ramai dalam media sosial, Menteri Komunikasi dan Multimedia nampaknya menjadi sasaran kritikan ekoran dilihat gagal memberi penerangan dasar-dasar baharu kerajaan, dan masa sama tidak berupaya menyanggah serangan bertali arus pembangkang

Malah kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohamad dilabel sebagai mengabaikan kepentingan Melayu serta menyebabkan Islam terancam atau dipinggirkan. DAP yang ditohmah sebagai anti-Melayu diperlihatkan telah menguasai kerajaan PH dan mempengaruhi polisi pemerintahan

Saya tidak menyedari serangan hebat netizen apabila Buletin Utama TV3 menyiarkan kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, dalam bahasa Mandarin, baru-baru ini, sehinggalah saya terbaca hantaran FB sarjana media, Prof Dr Ahmad Murad Merican mengenainya:
“Mengapa TV3 membenarkan pertuturan bahasa Mandarin (Timbalan Menteri Pendidikan) menjadi nilai berita dalam siaran berita bahasa Melayu? Mana penerbit dan pengarah/ pengurus berita? Jika sumber berita tidak bercakap bahasa Melayu untuk siaran berita bahasa Melayu, tak perlu siarkan visual dan suara. TV3 tidak tahu, bebal mempromosi bahasa Melayu. … TV3 perlu ditegur oleh masyarakat awam, penggiat bahasa dan budaya dan Dewan Bahasa dan Pustaka. TV3 juga boleh diboikot; atau ini arahan k…”

Isu apa yang disebut dalam sidang akhbar, 2 Oktober itu tidak penting. Yang diperkatakan ramai, mengapa ia dituturkan dalam bahasa Mandarin dan lebih pelik, kenapa TV3 melalui Buletin Utama jam 8.00 malam menyiarkan bicaranya itu

Kalaupun wartawan tidak sempat merakamkan ulasan Teo dalam bahasa Melayu – mungkin wartawan Media Prima yang ditugaskan berita Mandarin Ntv7 dan 8tv – mengapa tidak dibuat ‘voice over’ dalam bahasa kebangsaan

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, yang juga ahli Parlimen DAP Kulai itu, beliau pada mulanya menjawab soalan wartawan berkenaan dalam bahasa Melayu

Insiden Teo Nie Cheng Contoh Deep State?
“Namun begitu setelah selesai menjawab soalan, saya diminta mengulangi semula kenyataan berkenaan dalam bahasa Mandarin,” katanya

Meskipun TV3 secara rasmi telah memohon maaf kepada penonton dan timbalan menteri berkenaan, namun rata-rata khalayak berpendapat, ia tidak memadai. Ramai beranggapan pihak tertinggi editorial di Media Prima harus bertanggungjawab

Mungkin bagi sesetengah pihak, apa yang berlaku hanyalah kealpaan kecil atau kurang sensitif dengan perkembangan semasa, tetapi impaknya cukup besar, khususnya terhadap kewibawaan kerajaan

Dengan insiden kecil dan terpencil itu, seolah-olah membenarkan tohmahan pihak tertentu terutama pembangkang, bahawa agenda Melayu sudah diremehkan kerajaan; bahasa kebangsaan tidak lagi dihormati, dan benarlah DAP merupakan parti paling menentukan hala tuju Putrajaya

Sepatutnya pengurusan tertinggi Media Prima prihatin dan sensitif dengan perkembangan semasa di luar sana. Mereka sewajarnya arif terhadap lingkungan politik serta kempen yang boleh menjejaskan keharmonian dan kestabilan negara

Usah diberi peluang dan ruang untuk sentimen perkauman dimarakkan lagi. Sebaliknya perlu diusahakan agar persepsi negatif dan songsang itu diperjelaskan kepada audien dengan siri penerangan yang mudah difahami

Oleh kerana saya tidak lagi menonton TV, tidak dapat dipastikan apakah permohonan maaf TV3 itu sudah memadai. Khabarnya footage ulasan timbalan menteri yang asalnya dalam bahasa Melayu itu belum lagi disiarkan. Ia perlu untuk dipertontonkan kepada khalayak sebagai bukti untuk menangkis serangan liar yang masih berterusan

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, kegagalan pihak TV3 merakam dan menyiarkan kenyataan Nie Ching dalam bahasa Melayu adalah tidak boleh diterima

“TV3 perlu menjelaskan dengan tuntas kepada orang awam dan memohon maaf dengan lebih baik kepada Nie Ching, melainkan mereka ada agenda tertentu,” katanya

Berdasarkan tinjauan rambang respons netizen, majoriti beranggapan kejadian itu disengajakan, bagi menguji kesabaran orang Melayu

Justeru, sekadar permohonan maaf tidak memadai. Seseorang harus dipertanggungjawabkan

Saya tidak pasti siapa individu yang perlu menggalas beban kealpaan yang didakwa “disengajakan” itu

Carian Google mendapati dua nama yang mungkin merupakan personaliti bertanggungjawab terhadap editorial Buletin Utama TV3

Pertama, Mustapha Kamil Mohd Janor sebagai Pengarah Eksekutif, Operasi Berita dan Editorial. Kedua, Pengarang Urusan Jabatan Berita dan Hal Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Manja Ismail. Kedua-duanya mungkin ada jawapan bagaimana insiden yang zahirnya nampak kecil tetapi berimpak politik yang besar

Insiden Teo Nie Cheng Contoh Deep State?
Selalunya tokoh media yang banyak pengalaman seperti mereka cukup sensitif dengan isu-isu yang mudah dimanipulasi. Atau mungkin juga terselit di stesen TV itu individu yang berhasrat melakukan sabotaj atau sengaja mencalarkan imej kerajaan

Secara peribadi, saya merasakan peristiwa ini tidaklah didorong oleh motif politik yang jahat, tetapi bukan kepada sebahagian besar khalayak yang berminat dengan teori konspirasi. Cuma ia berlaku pada masa dan ketika yang salah

Insiden tercetus waktu kebanyakan kita bersyak wasangka, penuh prejudis dan mempolitikkan semua isu. Justeru, ia wajar ditangani dengan mengambil kira semua faktor sekitar agar misi lebih besar untuk membina semula negara tidak terbantut. - md


Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

Iklan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2019/10/insiden-teo-nie-cheng-contoh-deep-state.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Contoh Pidato Peresmian Singkat

Contoh Pidato Peresmian Singkat

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 1148 hits
Sahabat asmaul husna untuk info kali ini kami akan berikan Pidato peresmian yang mana Pidato Peresmian adalah pidato yang dilakukan oleh orang yang berpengaruh untuk meresmikan sesuatu Contoh Pidato Peresmian SingkatAssalammualaikum Wr WbYa...
Contoh Surat Rasmi Permohonan Pembatalan Notis Jkkp

Contoh Surat Rasmi Permohonan Pembatalan Notis Jkkp

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 5997 hits
Apabila syarikat anda menerima notis daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan berkaitan ketidakpatuhan yang dilakukan Perkara pertama yang terlintas dihati kebanyakkan orang adalah cara untuk membatalkan notis tersebut Tiada for...
Contoh Teks Kalimat Pembukaan Pidato

Contoh Teks Kalimat Pembukaan Pidato

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 832 hits
Tak ada kata yang lebih indah selain banyak bersyukur kepada Tuhan Yang menciptakan kita Yakni Alloh SWT dan tak ada salam yang lebih hangat selain mengucap banyak sholawat kepada nabi Kita Muhammad SAW semoga kemuliaan tetap disisihnya kel...
Contoh Naskah Pidato Pengarahan

Contoh Naskah Pidato Pengarahan

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 1039 hits
Pidato merupakan penampilan diri seseorang di hadapaan pendengar untuk menyampaikan isi hati atau buah pikiran dengan rangkaian kata kata dengan harapan agar pendengar tergugah hati nuraninya dan tergerak pikirannya Pidato merupakan bentuk ...
Contoh Proposal Rehab Rumah Tidak Layak Huni Yang Baik Dan Benar

Contoh Proposal Rehab Rumah Tidak Layak Huni Yang Baik Dan Benar

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 2041 hits
Rehab Rumah Tidak Layak Huni merupakan salah satu kegiatan yang sangat diperlukan oleh masyarakat terutama masyarakat yang termasuk keluarga tidak mampu yang diharapkan akan dapat membantu keluarga tersebut Contoh Proposal Rehab Rumah Tidak...
Contoh Surat Pemberhentian Potongan Angkasa Bagi Amanah Saham Nasional Berhad

Contoh Surat Pemberhentian Potongan Angkasa Bagi Amanah Saham Nasional Berhad

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 1633 hits
CONTOH SURAT PEMBERHENTIAN POTONGAN ANGKASA BAGI AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD Potongan Angkasa bagi Amanah Saham ini ramai yang buat Bukan untuk suka suka Tapi lebih kepada ingin mendisiplinkan diri untuk menyimpan Tapi masalahnya kat sini ...
Contoh Surat Perjanjian Sambung Bayar Kereta Masih Ada Loan Dengan Bank

Contoh Surat Perjanjian Sambung Bayar Kereta Masih Ada Loan Dengan Bank

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 6284 hits
Selalu kita dengar kes penipuan tentang jual beli kereta yang masih ada baki pinjaman dengan pihak Bank Kereta yang belum habis pinjaman dengan bank ini bermaksud nama dalam geran pemilik kenderaan masih nama peminjam atau pemilik asal Ada ...
Contoh Judul Skripsi Terbaru Dan Lengkap

Contoh Judul Skripsi Terbaru Dan Lengkap

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 590 hits
Dalam penulisan skripsi mahasiswa dibimbing oleh satu atau dua orang pembimbing yang berstatus dosen pada perguruan tinggi tempat mahasiswa kuliah Untuk penulisan skripsi yang dibimbing oleh dua orang dikenal istilah Pembimbing I dan Pembim...
Contoh Kata Pengantar Skripsi Yang Baik Dan Benar

Contoh Kata Pengantar Skripsi Yang Baik Dan Benar

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 431 hits
Contoh Kata Pengantar Skripsi Yang Baik dan Benar Kata Pengantar adalah halaman yang berisi ucapan ucapan dari si penulis atas selesainya penulisan karya tulis tersebut baik tentang ucapan rasa syukur ucapan rasa terima kasih tujuan dan man...
Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


209 Doa Para Nabi

207 Chapter Master You Words

Coretan Dari Tingkat 2 Wad 29 Katil 18 Hprz 2

Sambutan Birthday Ke 9 Nur Wardina Soffea

Puding Jagung Yang Sedap

Play88 Online Slots The Evolution Of Graphics And Sound Effects