Contoh Surat Pemberhentian Potongan Angkasa Bagi Amanah Saham Nasional Berhad
CONTOH SURAT PEMBERHENTIAN POTONGAN ANGKASA BAGI AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD : Potongan Angkasa bagi Amanah Saham ini ramai yang buat. Bukan untuk suka-suka. Tapi lebih kepada ingin mendisiplinkan diri untuk menyimpan. Tapi masalahnya kat sini, penyata gaji nampak tidak seimbang.
Potongan Angkasa ini untuk memudahkan pelanggan menyimpan atau membayar hutang.
Bagi yang ingin membuat pemberhentian potongan boleh guna CONTOH SURAT PEMBERHENTIAN POTONGAN ANGKASA BAGI AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD.
Contoh Surat Pemberhentian Potongan Angkasa.
ALAMAT SENDIRI
______________________________________________________________________
ANGKASA Cawangan Sarawak,
Bahagian Perkhidmatan Kredit Dan Kewangan (BPKK),
No.19, Lot. 496, Seksyen 6 KTLD, Jalan Kulas,
93400 Kuching, Sarawak 26.09.2019
Tuan,
PEMBERHENTIAN POTONGAN ANGKASA BAGI AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD
Dengan segala hormatnya , perkara di atas adalah dirujuk.
2. Saya memohon pihak tuan/puan memberhentikan potongan angkasa bagi akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASB02) mulai Oktober 2019.
3. Berikut butiran peribadi saya untuk rujukan dan perhatian pihak tuan/puan :-
Nama :
No.Kad Pengenalan :
No. Telefon Bimbit :
Tempat Berkhidmat :
No KOOP :
4. Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
……………………………………
NAMA PENUH DI SINI,
No.KP :
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2019/09/contoh-surat-pemberhentian-potongan.html