Insiden Putra Heights Kegagalan Sambungan Kimpalan Punca Letupan


Insiden Putra Heights: Kegagalan Sambungan Kimpalan Punca Letupan
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) mengesahkan bahawa punca letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lalu adalah disebabkan kegagalan pada sambungan kimpalan yang mengalami kelesuan mekanikal (mechanical fatigue).
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad memaklumkan, hasil siasatan teknikal oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mendapati paip gas tersebut patah selepas bahagian sambungan kimpalan mengalami tekanan berulang, berpunca daripada kehilangan sokongan tanah serta pergerakan dalam tanah.
Tambah Abdul Rahman, siasatan juga mendapati faktor perubahan fizikal serta aktiviti antropogenik di sekitar kawasan kejadian yang mengubah topografi asal turut menyumbang kepada ketidakstabilan tanah.
“Analisis mendapati paip gas ini patah setelah bahagian sambungan kimpalan mengalami mechanical fatigue. Keadaan ini turut dipengaruhi pengumpulan air setempat dalam tempoh lama yang menyebabkan kehilangan sokongan tanah.
“Ia mengalami pergerakan berulang atau cyclic loading seterusnya menyebabkan berlaku fatigue yang tertumpu di bahagian sambungan kimpalan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi mengenai punca kejadian letupan paip gas milik Petronas dalam sesi Dewan Rakyat.
Dalam pada itu, siasatan turut melibatkan beberapa agensi teknikal lain seperti Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM). Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberi jaminan bahawa sistem paip gas milik Petronas masih berada dalam keadaan selamat dan mematuhi piawaian antarabangsa.
Namun, beberapa penambahbaikan telah diarahkan termasuk penggunaan teknologi pengesanan terkini serta pemasangan sistem pemantauan masa nyata.
JKKP juga kini giat melaksanakan langkah kawalan tambahan seperti penilaian geoteknikal, rondaan berkala di kawasan berisiko tinggi dan program kesedaran kepada masyarakat bagi mencegah insiden serupa pada masa akan datang.
BACA: Kanak-Kanak Hilang Ditemui Maut
Sumber: Berita RTM
The post Insiden Putra Heights: Kegagalan Sambungan Kimpalan Punca Letupan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/07/29/insiden-putra-heights-kegagalan-sambungan-kimpalan-punca-letupan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Strok Punca Simptom Dan Jenis Jenisnya

Strok Punca Simptom Dan Jenis Jenisnya

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 254 hits
Strok atau angin ahmar merupakan masalah kesihatan melibatkan kelumpuhan saraf yang berlaku disebabkan saluran darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu menyebabkan oksigen yang mencukupi tidak dapat dibawa ke bahagian o...
Hiburan Hafiz Suip Akui Sifat Marah Tak Terkawal Punca Diri Keluarga Musnah Semua Orang Ada Rasa Itu

Hiburan Hafiz Suip Akui Sifat Marah Tak Terkawal Punca Diri Keluarga Musnah Semua Orang Ada Rasa Itu

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 490 hits
Baru baru ini penyanyi dikenali ramai iaitu mengakui bahawa sifat amarah yang tak terkawal punca hidupnya hancur serta terumbang ambing Sifat kuat marah punca hidup musnah Menurut Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip pernah suatu...
Kanser Hati Kenali Punca Dan Langkah Pencegahan

Kanser Hati Kenali Punca Dan Langkah Pencegahan

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 248 hits
Original Content Kanser hati merupakan salah satu bentuk kanser yang semakin meningkat di seluruh dunia termasuk di Malaysia Walaupun penyebab sebenar penyakit ini belum dikenal pasti secara mutlak namun pelbagai kajian menunjukkan bahawa t...
Burnout Kerja Punca Tanda Tanda Dan Cara Atasi Keletihan Mental Di Tempat Kerja

Burnout Kerja Punca Tanda Tanda Dan Cara Atasi Keletihan Mental Di Tempat Kerja

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 335 hits
Original Content Dalam dunia pekerjaan hari ini yang semakin mencabar dan pantas ramai individu mengalami tekanan kerja yang tidak terkawal sehingga membawa kepada keletihan melampau dikenali sebagai burnout kerja Istilah ini bukan sekadar ...
Apa Itu Senggugut Kenali Punca Dan Simptom

Apa Itu Senggugut Kenali Punca Dan Simptom

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 289 hits
Original Content Senggugut Satu perkataan yang cukup dikenali oleh kaum wanita khususnya yang berada dalam lingkungan usia baligh hingga dewasa Bagi sesetengah wanita senggugut hanyalah ketidakselesaan ringan semasa haid Namun bagi sebahagi...
Apa Itu Grave Disease Kenali Punca Gejala Dan Kenapa Ia Bukan Kanser Tiroid

Apa Itu Grave Disease Kenali Punca Gejala Dan Kenapa Ia Bukan Kanser Tiroid

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 305 hits
Grave disease atau nama lainnya penyakit Graves adalah sejenis gangguan autoimun yang menyebabkan kelenjar tiroid bekerja terlalu aktif Dalam bahasa perubatan keadaan ini dikenali sebagai hipertiroidisme iaitu apabila kelenjar tiroid mengha...
Terkejut Letupan Pembaca Berita Syria Panik Di Kaca Tv

Terkejut Letupan Pembaca Berita Syria Panik Di Kaca Tv

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 135 hits
DAMSYIK Seorang pembaca berita di sebuah stesen TV Syria tergamam dan melompat dari kerusi siaran langsung apabila satu letupan besar berlaku berhampiran studio di ibu kota Damsyik Letupan itu berlaku ketika tentera Israel melancarkan seran...
Shila Amzah Nafi Nabila Huda Punca

Shila Amzah Nafi Nabila Huda Punca

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 199 hits
Shila Amzah Nafi Nabila Huda Punca Tidak mahu memburukkan keadaan atau mengheret nama yang tidak bersalah Shila Amzah tampil dengan permintaan tegas agar pelakon Nabila Huda tidak lagi dikaitkan dalam kemelut panas antara dirinya dan legend...
Wong Jing Dakwa Kemarahan Anita Mui Punca Kematian Bandingkan Dengan Cecilia Cheung

Wong Jing Dakwa Kemarahan Anita Mui Punca Kematian Bandingkan Dengan Cecilia Cheung

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 369 hits
Wong Jing Kekerasan Hati Anita Mui Menyebabkan Kematian Pengarah Hong Kong Wong Jing terkenal dengan sikapnya yang terbuka dan kini mencetuskan kontroversi dengan kenyataan terbarunya Dalam satu wawancara beliau mendakwa bahawa kekerasan ha...
Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Lirik Lagu Jamilah Jamal Mirdad

Delicious Authentic Indian Beef Curry Recipe With Coconut Milk

4 Cara Unlock Jaringan Hp Samsung Dari Luar Negeri Mudah Dan Dijamin Work

Aktiviti Konvensyen Seni Silat Melayu Antarabangsa 2025 Ppim 09 11 2025

Adakah Selamat Makan Coklat Putih Rahsia Di Sebalik Fenomena Chocolate Bloom

Lorong Seni Dan Pelancongan Kkb

Cabinet Reshuffle More Than Likely With Ewon Out And Zafrul S Term Ending


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dressing The Shift Why Nurses Are Loving Graphic Tees Holiday Prints Cozy Sweatshirts

Lamborghini Jutawan Kripto Terbalik Wang Bertaburan Di Lebuh Raya

Kelantan Pga Tumpaskan Perlombongan Emas Haram Tahan 5 Lelaki

Lebih Sudu Dari Kuah Perangai Suami Jaga Isteri Pantang Buat Ramai Terhibur

Kdn Fokus Buka Semula Siasatan Kes Kehilangan Raymond Koh Amri Che Mat

Syahiba Saufa Feat James Ap Aku Ra Mundur Tepung Kanji Chord