Insiden Lori Rempuh Motosikal Pemandu Lori Direman Esok
Insiden Lori Rempuh Motosikal : Pemandu Lori Direman Esok
Sungai Petani: Pemandu lori yang merempuh dua penunggang motosikal hingga maut di bawah jejambat di Kilometer 92.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sudah ditahan polis, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pemandu lori berusia 28 tahun dan berasal dari Kelantan itu akan direman pagi esok.
“Hasil pemeriksaan awal melalui ujian saringan air kencing mendapati suspek bebas daripada sebarang pengaruh dadah.
“Selain itu, suspek juga bebas daripada alkohol namun dia akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 2.40 petang dan sebanyak sembilan motosikal diparkir di lorong kecemasan bawah jejambat terbabit kerana hujan lebat
“Ketika itu, pemilik motosikal masing-masing berada berhampiran kenderaan mereka
“Bagaimanapun, sebuah lori dipandu seorang lelaki bersama kelindan datang dari lorong kiri belakang secara tiba-tiba dan merempuh semua motosikal yang berteduh bawah jejambat terbabit,” katanya.
Menurutnya, rempuhan menyebabkan dua penunggang motosikal iaitu lelaki berusia 28 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.
“Seorang daripada mangsa beralamat di Kampung Seberang Chegar Anak Bukit, Alor Setar manakala seorang lagi berasal dari Kuala Kedah.
“Dua lagi lelaki berusia 23 dan 31 tahun masing-masing luka kaki dan dahi kanan dan mereka ketika itu berada atas motosikal dan bahu lorong kecemasan,” katanya.
Katanya, seorang penunggang berusia 38 tahun pula didapati tidak mengalami sebarang kecederaan manakala empat yang lain sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang andaian dan menyerahkan kes itu kepada polis untuk siasatan lanjut.-HM
Insiden Lori Rempuh Motosikal : Pemandu Lori Direman Esok
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Muhyiddin kata pengundi Cina jangan takut, PAS sudah tinggalkan Hudud
Tok Mat lipat Tajuddin
Krisis Rusia-Ukraine: Jeneral Perang Rusia Dibunuh Penembak Tepat Di Ukraine
PRN Johor: Cukup-cukuplah dikencing ‘Atuk’ selama 22 bulan
Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan
Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
Zeti dan keluarga terima dana 1MDB, Mahathir kata tidak tahu
PRN Johor: Calon MUDA Menipu Ibu Sendiri, Apa Jaminan Tidak Menipu Pengundi?
‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
PPV Mega ditutup bermula 16 Mac – KP Kesihatan
PM sahkan sempadan negara dibuka menjelang Hari Raya
Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]
Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]
The post Insiden Lori Rempuh Motosikal : Pemandu Lori Direman Esok appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/03/08/insiden-lori-rempuh-motosikal-pemandu-lori-direman-esok/