Penunggang Motosikal Maut Insiden Libat 6 Kenderaan
Penunggang motosikal maut insiden libat 6 kenderaan
Seorang lelaki yang menunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan enam kenderaan di Kilometer 15.7 Lebuhraya Persekutuan (dari arah Kuala Lumpur menghala Klang) semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, insiden itu berlaku jam lebih kurang pukul 7.40 malam.
“Kejadian berlaku apabila penunggang motosikal jenis Yamaha Y150 yang tidak melalui lorong motosikal telah terlanggar belakang sebelah kiri sebuah motokar jenis Proton Iriz yang berada di lorong paling kanan yang mengelak ke kiri jalan akibat kenderaan hadapan brek mengejut.
“Perlanggaran tersebut menyebabkan penunggang motosikal itu terjatuh atas jalan sebelum dilanggar kereta jenis Honda City yang datang dari arah belakang menyebabkan kereta itu turut terbabas dan terlanggar dua buah kereta lain jenis Mercedes dan Toyota Vios yang berada di hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Baharudin, kereta Toyota Vios yang dilanggar itu tertolak ke hadapan dan terlanggar bahagian belakang sebuah lagi kereta jenis Myvi.
Manakala katanya, penunggang motosikal seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun yang cedera itu dibawa segera ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk mendapat rawatan namun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan.
“Kelima-lima pemandu kenderaan tiada sebarang kecederaan. Kes disiasat dibawah Seksyen 41 APJ 1987,” katanya.
Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Mohd Zulkifli Bin Razak ditalian 019-4475767. MG
Penunggang motosikal maut insiden libat 6 kenderaan
Baca Artikel Menarik:
Mahathir tekan saya sebelum tarik sokongan – Najib
Alicia Amin teringin jadi gadis kampung
Muhyiddin nak jerat siapa?
Sumpah LAKNAT: Zahid sedia, Muhyiddin ada berani?
Tindakan Muhyiddin Cubaan Takutkan Rakyat Dan Pelabur – Shahril
MySejahtera minta sertakan gambar keputusan ujian kendiri Covid-19
Langgar mati pesara, pemandu ‘King’ cabut lari
Victoria Secret pilih wanita ‘down syndrome’ jadi model
Made in Janda Baik, Fizo kena kecam
Syurga makanan? 150 premis makanan di Pulau Pinang kotor
Pertaruhan ‘Aqidah’ 3 beradik, parti politik dan NGO Melayu Islam perlu bangkit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rasyad dan Peter ‘trending’ di Twitter
Wanita Ini Menyesal Tak Sudah Dapat ‘Date Dari Neraka’ [VIDEO]
Bercerai selepas sehari berkahwin
The post Penunggang motosikal maut insiden libat 6 kenderaan appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/02/23/penunggang-motosikal-maut-insiden-libat-6-kenderaan/