Insiden Bas Terbalik Di Genting Highlands Lesen Syarikat Pelancongan Di Gantung Sementara




KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung sementara lesen syarikat pelancongan yang terlibat dalam insiden bas membawa pelancong China terbalik di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands pada Sabtu.
Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, lesen operasi tersebut digantung sementara sehingga siasatan menyeluruh kejadian yang mengorbankan dua nyawa itu selesai.
Menurutnya, satu mesyuarat khas membabitkan kementeriannya bersama Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan diadakan pada 2 Julai ini bagi tujuan tersebut.
"Saya telah meminta siasatan sepenuhnya dijalankan dari segi syarikat pelancongan yang difahamkan melantik pihak ketiga.
"Saya juga menerima aduan daripada pelancong mengenai bas disediakan tidak sesuai digunakan apabila bas ditukar sebanyak tiga kali sepanjang enam hari lima malam bercuti.
"Ini membuktikan bas tidak diselenggara dengan baik, menghadapi masalah tiada pendingin hawa dan berbunyi," katanya selepas melawat lapan mangsa yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada Ahad.
Kesemua mangsa yang menerima rawatan berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani pemeriksaan lanjut sehingga dibenarkan keluar.
Turut hadir, Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing.
Katanya, pihaknya memohon maaf susulan insiden tersebut dan tidak teragak-agak untuk menarik lesen syarikat pelancongan itu jika didapati bersalah.
Ujarnya, setakat ini pemandu bas berkenaan telah ditahan reman bagi membantu siasatan.
"Keselamatan pelancong adalah keutamaan kami disebabkan itu kementerian sering mengingatkan syarikat pelancongan memberikan kerjasama melakukan langkah perlu bagi tujuan itu.
"Jangan ambil mudah nyawa pelancong semata-mata untuk mendapat untung dalam bisnes," katanya.
Pada masa sama katanya, JPJ digesa kuat kuasa pemantauan ketat terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) perkhidmatan bas pelancongan bagi mengelak insiden sama berulang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar memaklumkan, pemandu bas berusia 32 tahun ditahan reman selama empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan.
Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan bas membawa 21 penumpang terdiri 18 pelancong China serta tiga warga tempatan termasuk pemandu bas, pembantu dan pemandu pelancong terbalik.
Bas terbabit terbabas melanggar tembok tengah pembahagi jalan sebelum terbalik.
Akibat kejadian, dua penumpang warga China, Wang Shuhong, 49, dan Zhang Ping, 58 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala 13 yang lain mengalami cedera.
Lapan mangsa menerima rawatan di HKL dan baki menerima rawatan di Hospital Bentong. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/06/insiden-bas-terbalik-di-genting.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Penumpang Meninggal Dunia Bas Bawa Pelancong China Terbalik Di Genting Highlands

Dua Penumpang Meninggal Dunia Bas Bawa Pelancong China Terbalik Di Genting Highlands

papar berkaitan - pada 30/6/2024 - jumlah : 416 hits
Dua penumpang meninggal dunia selepas bas persiaran yang dinaiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 16 5 Jalan Genting Highlands di sini hari ini Pengarah Bomba Pahang Datuk Dr Wan Mohamad Zaidi Wan Isa berkata dua lelaki warga China it...
Anthony Loke Nahas Di Genting Highlands Bas Persiaran Tamat Tempoh Permit Dan Lebihi Had Usia

Anthony Loke Nahas Di Genting Highlands Bas Persiaran Tamat Tempoh Permit Dan Lebihi Had Usia

papar berkaitan - pada 2/7/2024 - jumlah : 324 hits
PUTRAJAYA Bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan maut di Bentong Pahang pada Sabtu lalu didapati telah tamat tempoh permit pada 16 Februari lalu dan had usia bas berkenaan telah melebihi tempoh iaitu 15 tahun kata Menteri Pengangkutan...
Pemandu Bas Persiaran Terbabit Kemalangan Maut Di Jalan Genting Highlands Di Tahan Polis

Pemandu Bas Persiaran Terbabit Kemalangan Maut Di Jalan Genting Highlands Di Tahan Polis

papar berkaitan - pada 30/6/2024 - jumlah : 270 hits
BENTONG Polis hari ini menahan pemandu bas persiaran yang terbalik dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 16 5 Jalan Genting Highlands di sini Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata penahanan terhadap lelaki...
2 Pelancong China Maut Dalam Nahas Bas Genting Highlands

2 Pelancong China Maut Dalam Nahas Bas Genting Highlands

papar berkaitan - pada 30/6/2024 - jumlah : 391 hits
DUA warga China maut dan beberapa lagi cedera selepas sebuah bas persiaran terbabas sebelum terbalik ketika dalam perjalanan menuruni bukit di Jalan Genting Bentong hari ini Kedua dua lelaki yang maut di tempat kejadian itu dipercayai terse...
Dua Maut 19 Cedera Bas Persiaran Terbabas Lalu Terbalik Dekat Genting Higlands Pagi Tadi

Dua Maut 19 Cedera Bas Persiaran Terbabas Lalu Terbalik Dekat Genting Higlands Pagi Tadi

papar berkaitan - pada 29/6/2024 - jumlah : 242 hits
BENTONG Dua penumpang maut manakala 19 lagi cedera selepas bas persiaran dinaiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 16 5 jalan turun dari Genting Highlands pagi tadi Dua daripada mangsa dilapor tersepit di dalam bas namun disahkan meningga...
Siapa Yang Benarkan Dia Memandu Bas Persiaran Kalau Tak Ada Lesen

Siapa Yang Benarkan Dia Memandu Bas Persiaran Kalau Tak Ada Lesen

papar berkaitan - pada 30/6/2024 - jumlah : 179 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Pemandu bas persiaran terlibat kemalangan di Genting Highlands yang mengorbankan dua pelancong China didapati tidak mempunyai lesen memandu Ketua Polis Bentong Zaiham Mohd Kahar berkata siasatan lanjut juga mendap...
Bas Persiaran Terbalik 2 Warga China Maut

Bas Persiaran Terbalik 2 Warga China Maut

papar berkaitan - pada 30/6/2024 - jumlah : 176 hits
BernamaKemalangan itu berlaku ketika bas terbabit dalam perjalanan turun dari Genting Highlands kira kira 11 pagi tadi Keadaan bas persiaran yang terbalik di Jalan Genting Highlands kira kira 11 pagi tadi KUALA LUMPUR Dua lelaki warga China...
Malaysia Perlu Anjakan Sektor Pelancongan Kata Pm

Malaysia Perlu Anjakan Sektor Pelancongan Kata Pm

papar berkaitan - pada 2/7/2024 - jumlah : 323 hits
Anwar Ibrahim berkata kerangka insentif dan pembangunan infrastruktur dibangunkan kerajaan penting untuk disahut dengan pelaburan sektor swasta sebagai pemain utama dalam merencana produk pelancongan KUALA LUMPUR Malaysia memerlukan anjakan...
Woiii Iso Tu Mangkok Jamban Pun Ada Dia Bukan Untuk Manusia Tapi Untuk Syarikat Dan Barang Apa Punya Lekeh Pn Ni

Woiii Iso Tu Mangkok Jamban Pun Ada Dia Bukan Untuk Manusia Tapi Untuk Syarikat Dan Barang Apa Punya Lekeh Pn Ni

papar berkaitan - pada 17/6/2024 - jumlah : 219 hits
Zuwairi Mohd YusofTUKANG BACA SEMAK TAK PERNAH APA LA LEKEH DOSA TIPU BOLEH HAPUS KAH ORANG SG BAKAP HARUS TOLAK SITU TEMPAT PMX DILAHIRKAN Punyalah hancing Timbalan Presiden PAS pis pus ni entah gam apa dia hisap agaknya calon pun boleh ad...
9 Bilion Untuk Skechers Indeks Jatuh Dan Lonjakan Saham Asia

5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Sunner Museum By Atelier Alter Architects Blends Landform Design With Industrial Heritage

Meraikan 20 Tahun Seni Persembahan Malaysia Anugerah Seni Cameronian Boh Ke 20 Kembali

Anugerah Guardian Kecantikan Kesejahteraan 2025 Raikan Pilihan Sebenar Keyakinan Sebenar

Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku

Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Yang Tumbuh Selepas Hujan

Gelombang Phk Landa Industri Media Kenapa

Replant Pokok Daun Rama Rama

Bersatu Terperangkap Permainan Kayu 3 Rakan Kongsi

Cultural Rhythms Festival Celebrating Diversity In Arts

Nak Elak Tarif Tinggi Malaysia Jadi Senjata Rahsia China Untuk Menang Lawan Amerika