Inlab Senz Home Cinema Projector Pengganti Tv Di Rumah
Kira-kira genap dua tahun Mamy Syu and family move in to our new house, dan serentak dengan itu, TV rumah kami rosak. Namun ironinya kami masih lagi mount it on the wall. haha sebagai perhiasan I guess, sekadar mencantikkan pemandangan living hall, namun dah lama ianya tak berfungsi.
Tidak mempunyai TV bukanlah masalah berat bagi anak-anak, tapi bagi Mamy, kadang-kadang ianya mengganggu juga.
I always rushing dengan urusan harian di rumah, sebab I hanya ada masa sebelah malam sahaja kerana sebelah siangnya I keluar berkerja.Budak-budak biasalah, bila kita tengah sibuk sediakan hidangan makan malam, cuci pinggan mangkuk, cuci baju dan menggosok pakaian untuk persiapan hari esok itu lah mereka nak bergaduh berebut smartphone, si adik menangis melalak boleh bikin Mamy stress dan jadi lebih runsing! Haa masa tu la I rasa perlu sangat-sangat akan TV di rumah.
Selesai kerja rumah, Mamy sempat chilling myself seketika sambil membelek-belek TikTok. Entah dari mana, tiba-tiba video INLAB Senz Projector Home Cinema Projector stumbled on my FYP.
I was like "Wahh! menarik ni, even better than TV"
So gais ini dia projektor yang Mamy maksudkan. INLAB Senz Home Cinema Projector. Bersaiz standard bagi sesebuah projektor, dengan 22cm panjang, 29cm lebar dan ketebalan atau tinggi 9cm.
Beratnya tidak terlalu berat, lebih kurang berat laptop Mamy Syu pakai sekarang iaitu dalam 1 ke 2 kg sahaja. Kiranya cirinya agak portable, meaning kita boleh angkut dia ke sana ke mari dengan mudah. Malah si Araa yang baru 5 tahun tu pun boleh jinjing projektor ni bawa masuk bilik dia tanpa bantuan orang dewasa.
Paling best di dalamnya dah pun ada Dolby Audio speaker, dan maksimum volume dia sangat kuat. Seriously memang betul-betul kuat, bukan kuat tipu-tipu okey?! Audionya pun cantik, tak mendatar, dan sangat best untuk layan movie dan juga main game.
Disebabkan ia merupakan DLP Projector, jangan expect paparan yang sangat sharp seperti LCD projector.
INLAB Senz Projector merupakan DLP projector, di mana ia menggunakan teknologi LED sebagai paparan. Biarpun paparan tidak setajam LCD projector, tapi kelebihan DLP projector seperti Senz ini, imej yang terpapar tidak nampak berpiksel (pixelate).
Selain itu warna yang dihasilkan juga sangat vivid, dan contrast dia tinggi menjadikan display game yang ada warna putih atau hitam akan nampak betul-betul putih (pure-white) dan betul-betul hitam gelap, bukan putih nampak yellowish white atau hitamnya nampak kelabu.
Apa yang Harus Diperhatikan semasa Memilih Projektor Sekiranya kalian sedang mencari-cari projektor untuk digunakan di rumah, pilihan ideal untuk projektor bergantung kepada faktor sama ada kalian mahukannya untuk home theatre atau untuk office presentation. Jujurnya andai kalian mahukan pengalaman seperti panggung wayang di rumah, you guys should go for this Senz projector from INLAB.
Sebab apa Mamy berkata sedemikian? Ha! Pastikan kalian membaca artikel ini sampai habis
Ciri-ciri Home Cinema Projector TerbaikPengalaman MenontonSistem bunyi : Built-in audio speaker dalam INLAB Senz projector adalah yang diperakui oleh Dolby Audio. Seperti Mamy sebut di perenggan awal tadi, dynamic sound system Senz projector ini menjamin high-impact audio, memberikan pengalaman yang sangat mirip dengan suasana panggung wayang. Just turn on your maximum volume pada projektor and grab a bucket of popcorn
Full HD : Dengan paparan beresolusi tinggi 1080P (support up to 4K) Senz projector dapat memainkan filem-filem dalam HD dengan smooth dan berkualiti tinggi pada 16:9 screen ratio tanpa jittered atau distorted imej. Semua orang tahu sekiranya tv atau projektor yang tidak support HDR, gambar dan tayangan video akan nampak tertarik (stretched) dan objek akan nampak lebih lebar, kontot dan cacat
Kontras tinggi : Pernah tak kalian menonton filem pada projektor dan perasan ada objek tertentu yang sepatutnya hitam, tapi ianya kelihatan kelabu? Perkara ini tidak berlaku dengan INLAB Senz projektor. Level contrast yang tinggi menjadikan projection image lebih hidup dan vibrant secara asli. Ciri inilah yang menjadikan INLAB Senz projector popular untuk aplikasi pawagam di rumah
Pengurangan Pixelation : Tidak seperti projektor LCD, Senz home cinema projector mempunyai struktur piksel yang disenyapkan apabila dilihat dari jarak tontonan biasa iaitu 1.5m. kerana teknologi LED berupaya memancarkan warna imej dengan lebih tepat dan jitu (true to color)
Kemudahalihan atau portabilityPortable: Projektor Senz lebih ringan dan mempunyai bahagian yang minimal menjadikan ianya sangat mudah alih dan bergerak keluar. Projektor INLAB Senz home cinema menggunakan teknologi LED boleh disambungkan ke telefon pintar, tablet dan peranti mudah alih yang lain dengan mudah, dan sesuai untuk kegunaan outdoor
Mudah digunakan (seamlessly and effortlessly)Fokus Auto : Ciri auto focus menjadikan tayangan filem di rumah lebih lancar dan tak renyah. Bak kata orang kampung Mamy, 'Just plug and play', budak tadika pun boleh buat.
Automatic Keystone : Mempunyai 4 Point Keystone untuk semua sudut pelarasan paparan secara auto. Sebagai contoh, sekiranya kalian meletakkan projektor sedikit ke kiri atau kanan, atau serong, mahupun senget, projection akan tetap nampak square elok sahaja secara automatik, melalui ciri auto keystone ini.
Connectivity Port Penyambungan : Untuk connectivity pula, ada tersedia Wi-Fi dan Bluetooth juga, selain 2x port HDMI dan 2x USB port serta AUX audio jack standard size (3.5mm) untuk penyambungan mudah
Game Console Supported : Projektor Senz ini juga menyokong sambungan dengan peranti gaming seperti Switch, Xbox dan juga Playstation. Mamy sendiri dah cuba sambungkan dengan Nitendo Switch pada Hari Raya lepas bersama anak-anak. Pengalaman bermain rasa lebih puas dengan paparan skrin besar
Screen Cast/ Mirroring : Sambungan HDMI atau USB tak berfungsi? Tak risau dah, sebab INLAB Senz boleh screen casting or mirroring dari mobile phone dan smartphone dengan mudah. Lepas ni boleh lah main Mobile Legend atau Free Fire pada layar 100 inci. Tak gitu awok
Mampu MilikRM2,899.00RM989.90 : Mamy sebagai rakyat marhaein yang berjiwa kayangan, jutawan, bangsawan ini memang suka sangat dengan harga INLAB Senz Projector ni compared to harga smart TV saiz 98". Dengan spesifikasi yang cukup memenuhi kehendak isi rumah Mamy, plus adanya pre-installed YouTube, Netflix dan Google PlayStore yang dikuasakan oleh Android 9.0 OS, pun boleh didapati melalui Shopee dengan harga begini. Nilai yang tak masuk akal bagi pengalaman menonton TV skrin besar.
Buy Now Pay Later : Jika kalian tidak memiliki kad kredit, kalian masih mempunyai alternatif untuk membeli dengan ansuran mudah. Beli saja di Shopee dan nikmati skim ansuran SPayLater, selama 3, 6 atau 12 bulan, terpulang pada komitmen masing-masing. Bagaimanapun Mamy suggest kalian pilih skim ansuran selama 6 bulan dan cuma perlu bayar sebanyak RM164.95 sahaja sebulan.
Official Website - https://inlab.com.my
Official Shopee - Semak Harga di Shopee!
Official Lazada - Semak Harga di Lazada
Review Jujur Mamy SyuSebagai penutup, suka Mamy simpulkan pandangan peribadai Mamy sebagai ibu yang sangat suka kepada penjimatan dan gaya hidup minimalis. Harga Projektor Senz ni bawah RM1000, jadi dikira masih berbaloi sebab kita boleh tonton movie kira ok tu blh view 120-200 inci tambah sikit dgn suround bar 400w audio + rear speaker dolby 5.1channel dlm 1k lgi. Dlm 2k dah siap family home cinema. Waktu biasa tgok tv kecik 43inci jimat karen. Waktu nk layan movie blh on mini cinema. Klau ikut kiraan sepatutnya lbh puas dri beli tv 65-80 inci cuma bab ketahanan projektor sy tak psti. Nk kena cuba dlu ni.
#inlabmalaysia #inlabsenz #senzprojector
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.annursyuhadah.com/2023/05/inlab-senz-home-cinema-projector-review.html