Inkues Zara Qairina Nota Tulisan Tangan Dan Kesan Darah Jadi Perhatian


KOTA KINABALU – Pemeriksa dokumen dari Jabatan Kimia Malaysia memberitahu kepada Mahkamah Koroner di sini bahawa beliau tidak merujuk satu nota yang ditulis pada sekeping kertas oleh Allahyarham Zara Qairina Mahathir, mengenai ibunya kepada pakar psikiatri untuk penilaian.
Nurul Atiqah Mohd Noh, 44, yang bertugas di Bahagian Pemeriksaan Dokumen, Pusat Analisis Sains Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya, Selangor, menyatakan perkara itu ketika menjawab soalan daripada peguam Datuk Ram Singh, yang mewakili seorang remaja yang terlibat dalam kes buli si mati.
Ram: Merujuk kepada ekshibit Y9 (sekeping kertas), adakah anda telah membaca ayat berikut “ok aku harap sangat nanti di akhirat aku nda mahu jumpa kau… jangan kau cari aku, aku nda mau liat muka mu lagi.. pun aku kan terpaling salah di mata mu…baik kau nda payah lahirkan aku, kau bunuh ja aku.
Nurul Atiqah: Ya
Ram: Apabila anda membaca ini, adakah terlintas dalam fikiran anda untuk memaklumkan kepada pegawai penyiasat supaya merujuk kenyataan ini kepada pakar lain seperti pakar psikiatri? Nurul Atiqah: “Tidak”.
Nurul Atiqah turut menyatakan beliau perasan terdapat kesan kotoran pada sudut atas kanan helaian (Y9), dan tidak pasti jenis kotoran terbabit.
Ram: Sekarang, lihat pada ekshibit Y8 (helaian kertas yang lain)… Saya baca bahagian kandungan yang bertulis “Bismillah, saya Zara Qairina, ingin memutuskan persahabatan dengan…” bertarikh 5 Jan 2025. Adakah anda telah menganalisisnya? Nurul Atiqah menjawab “Ya”.
Ram: Apabila anda melihat kesan darah, adakah anda mencadangkan supaya ia dihantar kepada pakar kimia untuk dianalisis?
“Ya, saya sudah menganalisisnya,” jawab Nurul Atiqah.
Terdahulu, Nurut Atiqah memaklumkan bahawa pihaknya menerima 21 beg mengandungi empat buku nota, dua buku teks dan 15 keping kertas yang semuanya dikenal pasti sebagai milik si mati.
Ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Dana Arabi Wazani, saksi berkata adalah mustahil untuk meniru tulisan tangan yang terdapat pada dua buku nota, 15 helai kertas serta dua buku teks milik pelajar itu.
Beliau berkata ini kerana tulisan tangan dalam dokumen-dokumen itu adalah banyak melibatkan pelbagai topik dan ditulis dalam tempoh yang panjang.
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat persamaan dalam gaya penulisan, iaitu tulisan berbentuk bulat dengan pembentukan huruf yang jelas, jarak antara huruf yang seimbang, serta kedudukan huruf pada garisan atau halaman,” kata Nurul Atiqah.
Prosiding siasatan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan bersambung esok.
Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai. Pelajar Tingkatan Satu itu dimasukkan ke hospital berkenaan sehari sebelum setelah ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi.
Pada 13 Ogos, Pejabat Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan pihak polis.
Pada 8 Ogos, AGC mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.
Sumber: BERNAMA
The post Inkues Zara Qairina: Nota Tulisan Tangan dan Kesan Darah Jadi Perhatian appeared first on The Malaysian Update.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2025/09/09/inkues-zara-qairina-nota-tulisan-tangan-dan-kesan-darah-jadi-perhatian/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Catatan Tulisan Tangan Zara Qairina Nota Kesan Darah Antara Ekshibit Dalam Inkues

Catatan Tulisan Tangan Zara Qairina Nota Kesan Darah Antara Ekshibit Dalam Inkues

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 2312 hits
Catatan Tulisan Tangan Zara Qairina Nota Kesan Darah Antara Ekshibit Dalam Inkues KOTA KINABALU 8 Sept Pemeriksa dokumen dari Jabatan Kimia Malaysia memberitahu kepada Mahkamah Koroner di sini bahawa beliau tidak merujuk satu nota yang ditu...
Inkues Zara Qairina Polis Akan Meniliti Dan Menjalankan Siasatan Gambar Dokumen Tulisan Tangan Tersebar

Inkues Zara Qairina Polis Akan Meniliti Dan Menjalankan Siasatan Gambar Dokumen Tulisan Tangan Tersebar

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 4500 hits
KOTA KINABALU Polis akan meneliti dan menjalankan siasatan lanjut jika perlu sekiranya menerima laporan berhubung penyebaran gambar lembaran kertas yang didakwa mengandungi tulisan tangan Allahyarham Zara Qairina Mahathir di laman Facebook ...
Inkues Zara Ketua Warden Didakwa Arah Pelajar Alih Mayat Zara Qairina Cuci Kesan Darah

Inkues Zara Ketua Warden Didakwa Arah Pelajar Alih Mayat Zara Qairina Cuci Kesan Darah

papar berkaitan - pada 13/9/2025 - jumlah : 1919 hits
Astro Awani nbsp nbsp Dua pelajar Tingkatan Empat didakwa diarahkan oleh ketua warden untuk membersihkan kesan darah selepas mayat pelajar perempuan Zara Qairina Mahathir dibawa keluar oleh ambulans sekitar jam 4 pagi pada 16 Julai lalu Pen...
Inkues Kematian Zara Qairina Pakar Patologi Laporkan Ubat Antisawan Di Kesan Dalam Tisu Buah Pinggang

Inkues Kematian Zara Qairina Pakar Patologi Laporkan Ubat Antisawan Di Kesan Dalam Tisu Buah Pinggang

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 6322 hits
KOTA KINABALU Bedah siasat terhadap jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir tidak mengesan sebarang dadah dalam anggota tubuh arwah Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth Dr Jessie Hiu berkata bagaimanapun terdapat Phenytoin dikesan dala...
Inkues Zara Qairina Tengkuk Dan Kaki Zara Ada Keluar Darah Pengawal Keselamatan

Inkues Zara Qairina Tengkuk Dan Kaki Zara Ada Keluar Darah Pengawal Keselamatan

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 6069 hits
Kisah tragis pemergian remaja berusia 13 tahun Zara Qairina Mahathir terus menjadi perhatian ramai ibu bapa di seluruh negara Inkues kematian Allahyarhamah yang sedang berlangsung membuka lembaran demi lembaran tentang detik terakhir anak k...
Luahan Tulisan Tangan Zara Qairina Dedah Situasi Dengan Ibu

Luahan Tulisan Tangan Zara Qairina Dedah Situasi Dengan Ibu

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 1492 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Mahkamah Koroner Kota Kinabalu hari ini dikemukakan ekshibit tulisan tangan dalam helaian yang menggambarkan situasi hubungan antara Zara Qairina Mahathir dengan ibunya Noraidah Lamat Pemeriksa dokumen dari Jabata...
Inkues Zara Qairina Pengawal Diminta Padam Gambar Pelajar Diarah Bersih Tompokan Darah

Inkues Zara Qairina Pengawal Diminta Padam Gambar Pelajar Diarah Bersih Tompokan Darah

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 2202 hits
Olivia MiwilKota Kinabalu Dua pelajar berusia 16 tahun diarah membersihkan tompokan darah di lokasi tempat Zara Qairina Mahathir diletakkan selepas ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai lalu Pengawal keselamatan Sekolah Menengah Kebangs...
Koroner Beri Amaran Terhadap Penyiaran Eksibit Inkues Kematian Zara Qairina

Koroner Beri Amaran Terhadap Penyiaran Eksibit Inkues Kematian Zara Qairina

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 2084 hits
Koroner Beri Amaran Terhadap Penyiaran Eksibit Inkues Kematian Zara Qairina KOTA KINABALU 8 Sept Mahkamah Koroner hari ini mengeluarkan amaran kepada orang awam supaya tidak berkongsi atau menyiarkan sebarang eksibit atau barang kes yang di...
Polis Tahan Suspek Ugut Pakar Patologi Inkues Zara Qairina

Polis Tahan Suspek Ugut Pakar Patologi Inkues Zara Qairina

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 2690 hits
Polis Tahan Suspek Ugut Pakar Patologi Inkues Zara Qairina KOTA KINABALU 7 Sept Polis telah menahan seorang lelaki berusia 61 tahun di Semporna pagi ini kerana disyaki mengugut pakar patologi yang terlibat dalam inkues Zara Qairina Mahathir...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bahaya Guna Barang Expired Jangka Hayat Produk Dan Alat Kecantikan Yang Patut Korang Tau

Late Lunch

From Classic Tools To Smart Innovation What Makes Microsoft Office 2024 Stand Out

Tsmc Menjadi Pelopor Slogan Unleash Innovation Dalam Pendaftaran Hak Cipta

Finding Confidence Through Style My Plus Size Fashion Story

Dendam Cinta Ditolak Wanita Maut Ditikam Rakan Sekelas Suami