Inkues Adib Berita Terkini


Inkues Adib, Berita Terkini. Prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim di Mahkamah Koroner di Shah Alam yang bermula hari ini menyaksikan anggota polis yang menerima laporan mengenai kejadian kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman Seafield pada November tahun lepas, menjadi antara saksi awal memberi keterangan

Ketua Bahagian Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Subang Jaya DSP Mohamad Nasir Drahman berkata Jentera Fire Rescue Tender (FRT - trak bomba) yang tiba untuk memadam kebakaran sebuah kereta di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 Subang, November lalu, dikelilingi orang ramai dan dibaling dengan objek keras sehingga pecah cermin hadapan

Inkues Adib, Berita Terkini. Jentera kemudian berundur dan melanggar van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) sebelum ke hadapan dan kembali mengundur, mengundur hingga hilang daripada penglihatan saya,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Hamdan Hamzah

Inkues dijalankan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad yang bersidang sebagai Koroner. 
Mohamad Nasir berkata di lokasi kejadian, seramai 3,000 ke 5,000 individu berkumpul di kuil berkenaan

Tujuh saksi dalam masa terdekat
Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Subang Jaya, parah selepas dipercayai diserang dan dipukul perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November lepas, dan menghembuskan nafas terakhir di Insttut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember

Sementara itu Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah yang terlibat dalam inkues itu berkata selain Mohamad Nasir, dua saksi lain yang dijangka turut memberi keterangan hari ini adalah anggota bomba yang memandu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan jentera pemadam api FRT

Inkues Adib, Berita Terkini
“Sehingga kini pihak kami menyenaraikan tujuh saksi yang akan dipanggil dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui pemberita sebelum prosiding bermula

Dalam pada itu, Zhafran berkata permohonan 50 penganut agama Hindu dan Jawatankuasa Menyelamat Kuil Sri Maha Mariamman Seafield untuk menjadi pihak-pihak berkepentingan dalam prosiding inkues ditolak oleh Mahkamah Tinggi di sini pada minggu lepas

Jentera bomba diserang
Tinjauan Bernama di luar mahkamah mendapati beberapa saksi antaranya beberapa anggota bomba dan seorang lelaki dipercayai abang Muhammad Adib tiba di mahkamah sekitar pukul 9.30 pagi

Mohamad Nasir dalam keterangannya berkata beliau berada sekitar 80 atau 100 meter dari lokasi semasa jentera itu diserang selama antara 10 dan 15 saat, sebelum kumpulan penyerang itu meninggalkan lokasi

Katanya beliau hanya melihat jentera bomba itu diserang, dan bukannya anggota bomba dipukul atau dicederakan seperti didakwa sesetengah pihak

Beliau juga berkata selepas serangan, kumpulan itu kemudian menuju ke arah pejabat pemaju, One City, yang terletak kira-kira 500 meter dari kuil

Inkues Adib, Berita Terkini
Seorang lagi saksi, Md Elliza Mohd Noor, pemandu jentera FRT dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya berkata setibanya di lokasi, mereka mendapati sekumpulan orang menjerit-jerit, menghalang mereka daripada memadamkan kebakaran, yang menyebabkan penyelia bertugas mengarahkan mereka supaya tidak keluar dari jentera itu

"Tak sampai lima hingga 10 saat, saya dapati ketukan pertama di cermin depan dan diikuti balingan objek seperti batu-bata dan helmet. Saya dapat lihat dua atau tiga orang awam berlari di sebelah kiri jentera saya ke arah belakang dan saya tak tahu untuk tujuan apa," katanya

Inkues Adib, Berita Terkini. Prosiding inkues kemudiannya ditangguh sehingga 2.15 petang. 




Iklan









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.addindeen.com/2019/02/inkues-adib-berita-terkini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inkues Adib Jawatankuasa Menyelamat Kuil Fail Permohonan Semakan Keputusan

Inkues Adib Jawatankuasa Menyelamat Kuil Fail Permohonan Semakan Keputusan

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 334 hits
MALAYSIA GAZETTE Jawatankuasa Menyelamat Kuil Sri Maha Mariamman Seafield hari ini memfailkan permohonan semakan keputusan Mahkamah Koroner yang tidak membenarkan mereka menjadi pihak berkepentingan dalam prosiding inkues bagi menyiasat pun...
Inkues Adib Bermula Pagi Esok

Inkues Adib Bermula Pagi Esok

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 334 hits
INKUES bagi menentukan punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim di Mahkamah Koroner di Shah Alam bermula pagi esok Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohamad itu akan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya yang juga pegawai peng...
Berita Gembira Dalam Inkues Adib

Berita Gembira Dalam Inkues Adib

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 350 hits
Berita Gembira Dalam Inkues Adib Mahkamah Koroner hari ini menolak permohonan Jawatankuasa Menyelamat Kuil Sri Maha Mariamman dan kira kira 50 penganut Hindu untuk menjadi pihak berkepentingan dalam inkues kematian anggota bomba Muhammad Ad...
Inkues Adib Mahkamah Tolak Permohonan Kuil Penganut Hindu

Inkues Adib Mahkamah Tolak Permohonan Kuil Penganut Hindu

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 378 hits
Rofiah berkata kedua dua pihak tidak mempunyai kepentingan yang nyata substansif dan munasabah
Inkues Adib Saksi Nampak Tunang Hantar Pesanan

Inkues Adib Saksi Nampak Tunang Hantar Pesanan

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 262 hits
TAUFIK SALIMIN 18 Februari 2019 1 26 PM SHAH ALAM Tunang kepada Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim Nurul Najihah Radzi sempat mengirimkan pesanan melalui Whats
Kenyataan Saksi Tidak Dibenarkan Dalam Inkues Kematian Allahyarham Mohamad Adib Nak Ubah Punca Kematian Ke

Kenyataan Saksi Tidak Dibenarkan Dalam Inkues Kematian Allahyarham Mohamad Adib Nak Ubah Punca Kematian Ke

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 385 hits
Maka terungkailah sedikit sebanyak mengapa kes kematian Allahyarham Mohamad Adib Mohd Kassim anak muda yang menjadi anggota bomba yang dibelasah sampai mati oleh perusuh perusuh kuil haram Seafield pada 27 November lepas Allahyarham Mohamad...
Inkues Adib Cermin Jentera Bomba Dipukul Dengan Tiang Net Sepak Takraw Kata Saksi

Inkues Adib Cermin Jentera Bomba Dipukul Dengan Tiang Net Sepak Takraw Kata Saksi

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 460 hits
Pemandu jentera bomba Md Eliza Mohd Noor berkata pegawai penyelia operasi memberitahu supaya mereka tidak keluar dari kenderaan kerana keadaaan tidak mengizinkan SHAH ALAM Pemandu jentera bomba Fire Rescue Tender yang tiba untuk memadam keb...
Penganut Jawatankuasa Menyelamat Kuil Gagal Jadi Pihak Berkepentingan Dalam Inkues Kematian Adib

Penganut Jawatankuasa Menyelamat Kuil Gagal Jadi Pihak Berkepentingan Dalam Inkues Kematian Adib

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 353 hits
Penganut Jawatankuasa Menyelamat Kuil Gagal Jadi Pihak Berkepentingan Dalam Inkues Kematian Adib Lima puluh penganut agama Hindu dan Jawatankuasa Menyelamat Kuil Sri Maha Mariamman Seafield gagal menjadi pihak berkepentingan dalam prosiding...
Inkues Adib Pemandu Trak Bomba Takut Perusuh Jerit Pergi Balik Jangan Padam

Inkues Adib Pemandu Trak Bomba Takut Perusuh Jerit Pergi Balik Jangan Padam

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 400 hits
Diterbitkan Hari ini 2 01 tengahariSeorang pemandu trak bomba yang ditugaskan ke kuil Sri Mahamariamman pada bulan November lalu memberitahu inkues hari ini bahawa beliau mengundurkan kenderaannya dalam keadaan panik selepas dihalau sekumpu...
Saka Bapak Kau

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Sarapan Di Restoran Mak Kimbong Bangi

Netanyahu Berang Icc Keluar Waran Tangkap

Nasi Goreng Sutun Jjcm Ke Fesko Utm

Explore Your Roots How To Plan A Family Heritage Trip

Hiburan Pernah Kena Label Sebagai Penyondol Rupanya Nissa Sabyan Ayus Dah Bernikah

Rating Cecah 66 Masih Tiada Naskhah Baru Mampu Pecah Rekod K Drama Lejen Ini