Inisiatif Bincang Niaga Untuk Iks Kini Kembali Di Tv Alhijrah
Sebuah kempen pengiklanan tahunan yang menjadi inisiatif signifikan TV AlHijrah dalam membantu para usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) kini kembali
Kali ini, TV AlHijrah bakal melancarkan program Bincang Niaga Privilege iaitu program yang memberi peluang kepada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka dengan pakej pengiklanan mampu milik
Program ini merupakan usaha TV AlHijrah dalam membantu kerajaan untuk meningkatkan dan merancakkan lagi aktiviti pembangunan usahawan tanah air. TV AlHijrah telah memilih Industri Kecil dan Sederhana atau IKS sebagai kelompok sasaran untuk membantu meningkatkan jualan melalui kempen pemasaran strategik dan pengiklanan
Usaha ini juga merupakan kesinambungan siri kempen yang diperkenalkan sejak tahun 2016 dan diteruskan lagi dengan pakej-pakej pengiklanan yang istimewa pada harga berpatutan. Cakna dengan prestasi perniagaan tempatan, TV AlHijrah menawarkan sembilan pilihan pakej pengiklanan eksklusif untuk para usahawan.
Bincang Niaga Privilege ini mencari usahawan yang mengusahakan perusahaan produk serta perkhidmatan seperti pakej umrah, makanan, dan lain-lain untuk dibantu dalam meningkatkan jenama mereka. Program ini bakal dilancarkan pada 29 Julai 2023, Sabtu, bermula jam 3 hingga 5 petang menerusi sebuah sesi bual bicara. Sesi tersebut akan dihadiri oleh 50 usahawan IKS yang terpilih
Sarat dengan aktiviti perkongsian dan perkhidmatan, Bincang Niaga Privilege membawakan sesi Biz Talk dan program siaran langsung bersama para usahawan tersebut. Sesi yang diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan tawaran mempromosikan produk atau perkhidmatan dengan kerjasama bersama agensi kerajaan seperti Rural Capital Berhad milik MARA Corporation Sdn. Bhd. Oleh itu, kempen ini juga mensasarkan pemantapan hubungan antara TV AlHijrah, usahawan IKS dan pemegang taruh yang lain
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata, kempen Bincang Niaga pada tahun ini diteruskan dengan kepelbagaian pilihan pakej yang bermula dari serendah RM5,900. “Usahawan IKS yang berminat juga diberi pilihan dengan beberapa pakej pengiklanan eksklusif yang lain untuk membantu merancakkan dan memantapkan lagi promosi jualan mereka”, tambah beliau
Pakej pengiklanan percuma turut bakal diberikan kepada usahawan terpilih yang menyertai siaran langsung Bincang Niaga sebagai penonton di studio. Ketika sesi tersebut, pelbagai informasi menarik juga bakal dikongsikan kepada para usahawan termasuklah kaedah memasarkan jualan sehingga ke luar negara.
TV AlHijrah komited dalam membantu masyarakat tempatan yang menjadikan aktiviti perniagaan sebagai sumber pendapatan. Pada era pertumbuhan ekonomi yang baru merancak kembali selepas pandemik Covid 19 ini, TV AlHijrah masih komited dalam membantu usahawan tempatan untuk terus berkembang
Bertemakan ‘Produk Anda Berhak Popular’, inilah masanya untuk para usahawan IKS yang bermotivasi tinggi dan berjiwa besar untuk munculkan diri di kaca televisyen mengembangkan lagi tahap pemasaran produk serta perkhidmatan mereka bersama TV AlHijrah
Oleh itu, jika anda adalah usahawan yang kami cari dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej Bincang Niaga Privilege, sila layari www.tvalhijrah.com/bincangniaga/ atau media sosial rasmi TV AlHijrah di aplikasi Facebook, Instagram dan TikTok
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahagosip.com/2023/07/inisiatif-bincang-niaga-untuk-iks-kini.html