Inilah Makna 6 Tiang Di Dalam Raudhah Masjid Nabawi Tempat Paling Mustajab Doa
RAMADHAN yang bakal tiba kurang dalam tempoh dua bulan ini pasti membuatkan ramai umat Islam yang berkemampuan memilih melakukan ibadah umrah di sana.
Tidak hanya ketika Ramadan, Makkah dan Madinah, bumi yang sentiasa barakah ini sentiasa menjadi pilihan umat Islam untuk dikunjungi.
Jika korang berpeluang mengerjakan umrah dan mungkin haji dalam masa terdekat ini, ketahui makna di sebalik 6 tiang yang ada di dalam Raudhah yang selalu dikatakan sebagai tempat paling mustajab untuk berdoa.
Masjid Nabawi sering menerima kunjungan umat islam kerana di dalamnya terletak Makam Nabi dan juga Raudhah, tempat paling mustajab untuk berdoa
Perkongsian ini telah dikongsikan oleh saudara Azrul Azbani di fbnya berkenaan maksud di sebalik 6 tiang ini. Ia bukan sekadar tiang tetapi punyai makna yang mendalam untuk kita merasai lebih dekat dengan baginda Rasulullah SAW.
Semoga kita menjadi insan terpilih di hari akhirat kelak.
Jom kita kenali 6 tiang-tiang penting yang ada di dalam Raudhah. Tiang-tiang ini bukan sebarang tiang kerana suatu masa dahulu tiang-tiang ini ada kisah-kisah yang hebat di sebaliknya. Antara Tiang tersebut ialah:-
Tiang Sarir
Tiang ini ialah tiang di mana suatu masa dahulu adalah tiang di mana tempat Nabi Muhammad berehat dan di sini dahulu ada pangkin di mana Saidatina Aishah R.A menyikat dan menyisir rambut Nabi (anak panah warna hijau).
Tiang Ali / Tiang Pengawal
Tiang ini dahulu adalah tiang yang digunakan pengawal sebagai port untuk mengawal rumah Nabi Muhammad S.A.W, di mana pengawalnya diketuai oleh Saidina Ali
Tiang Wufud (Deligasi)
Suatu masa dahulu di tiang ini digunakan oleh Nabi Muhammad untuk berjumpa dengan pemimpin dari delegasi luar yang datang ke Madinah untuk berjumpa dengan Baginda.Tiang ini merupakan tempat pertemuan Rasulullah dengan orang luar yang mahu bertemu Baginda.
Tiang Aishah
Tiang ni sangat istimewa, di mana di tiang inilah Nabi Muhammad selalu mengerjakan solat Tahajut dan solat Taubat setiap malam. Tiang ini juga turut disukai oleh Saidina Abu Barq dan Saidina Umar. Kalau kita masuk ke dalam Raudhah, cubalah untuk bersolat di tepi atau belakang tiang ni. Mintak doa banyak-banyak.
Allahuakbar. Inilah Tiang Aishah yang juga amat disukai oleh sahabat Rasullah iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidini Umat kerana inilah tiang Rasulullah selalu lakukan solat tahajut dan solat taubat.
Tiang Abu Lubabah (Tiang Taubat)
Tiang ini adalah tiang Abu Lubabah yang telah melakukan kesilapan dengan berbohong kepada Nabi Muhammad, akibat rasa bersalah pada Nabi Muhammad dia mengikat dirinya di tiang ini selama 3 hari. Dan tiang ini digelar tiang taubat Abu Lubabah.
Hanya kerana berbohong kepada Rasulullah, Abu Lubabah mengikat dirinya tiga hari di tiang ini kerana berasa malu dengan perbuatannya
Tiang Muhallaqah
Tiang ni dahulu adalah sebatang pokok kurma, batang pokok ini menangis dan bunyinya seperti seekor anak unta kerana dia tidak mahu ditukarkan dengan batang pokok yang baharu. Lalu Nabi Muhammad berkata kepada pokok tu, “hang akan kekal dengn aku di syurga dengan batang pokok macam ni” barulah pokok kurma ini diam dan ditukar dengan tiang yang baru. Tiang ini juga dikenali dengan tiang wangi.
Jika sebatang pohon kurma pun menangis jika ditinggalkan Rasulullah hingga baginda memujuknya, kita sebagai khalifah juga seharusnya berusaha untuk lebih dekat dengan sentiasa berselawat kepada Nabi Muhammad saw (tanda oren)
Mehrab Nabi
Ini Mehrab Nabi (Mehrab baru) di Mehrab inilah nabi gunakan untuk solat berjemaah bersama sahabat-sahabat beliau. Kalau tuan-tuan berpeluang masuk ke dalam Raudhah cubalah untuk solat betul-betul depan mehrab ini, tuan-tuan seolah-oleh telah bersujud di telapak kaki Nabi. Di Mehrab ini juga Saidina Umar ditikam oleh Abu lulu’ah al-majusi semasa beliau mengimamkan solat subuh.
Saya sharekan maklumat ni kepada semua. Kadang-kadang jemaah masuk Raudhah depa tak tau nak tuju untuk solat dan berdoa di tempat-tempat yang mustajab untuk berdoa, asalkan masuk Raudhah solat saja kat mana yang boleh. So sekarang dah tau la port mana yang nak ditujui.
Sumber : Azrul Zabani
Sumber Artikel : Khalifah Media Network
The post Inilah Makna 6 Tiang Di Dalam Raudhah Masjid Nabawi Tempat Paling Mustajab Doa appeared first on Suara Viral Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suaraviral.org/inilah-makna-6-tiang-di-dalam-raudhah-masjid-nabawi-tempat-paling-mustajab-doa/