Inilah Kisah Bodo Bodo Pun Dapat 2 Juta






NILAH KISAH BODO BODO PUN DAPAT 2 JUTA. NI SETPOL SAKA OT 95 NI...DULU DALAM PKR DIA ANTARA PANGLIMA YANG AKU SANJUNG JUGA LA.TAPI KEMUDIANNYA HANYUT..RAMAI SENAGKATAN DENGAN DIA HANYUT..YA LAH..NAK MAKAN APA KALAU ASYIK DEMO SAJA..BAIK JADI ORANG TENGAH DAPAT GAK 2 JOTA

3 Sep 2020


KES RASUAH ISA SAMAD l Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa bekas pegawai khas politik Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Muhammad Zahid Md Arip telah diberi wang RM2 juta sebagai tanda terima kasih kerana menjadi penghubung dalam urusan penjualan Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak.

Mohamad Jani Ismail, 58, pesara tentera berkata Muhammad Zahid memaklumkan perkara itu kepadanya sebelum bermulanya mesyuarat bersama pelabur dari Jepun di sebuah hotel di Putrajaya pada 8 Jun 2018.
"Sebelum pelabur dari Jepun itu tiba lebih kurang 10 malam, Muhammad Zahid ada menyatakan beliau mahu menghisap rokok di kawasan menghisap rokok. Jadi saya yang ditemani Encik Dahalan Tunggal yang turut menghadiri mesyuarat tersebut telah pergi menemani Muhammad Zahid.

"Semasa kami sedang menghisap rokok, saya bertanya kepada beliau (Muhammad Zahid), tentu saudara Zahid sudah banyak duit kerana telah dilantik jadi Setpol PM (ketika itu Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad).

"Muhammad Zahid kemudian membalas secara bersahaja dan menyatakan bahawa beliau ada sedikit duit apabila menjadi orang penghubung dalam urusan penjualan Hotel Merdeka Palace di Sarawak yang beliau telah diberikan sebanyak RM2 juta sebagai tanda terima kasih," katanya ketika membacakan penyataan saksi pada hari ketiga prosiding bela diri Mohd Isa yang menghadapi sembilan pertuduhan rasuah.

Bagaimanapun, saksi pembelaan keempat itu berkata Muhammad Zahid memberitahunya bahawa Mohd Isa tidak mengetahui berkenaan transaksi wang RM2 juta tersebut.

Ketika disoal balas Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz sama ada beliau memaklumkan perkara itu kepada Mohd Isa, Mohamad Jani berkata “ada, selepas 8 Jun 2018”.

Afzainizam: Ketika itu Tan Sri Mohd Isa belum dituduh di mahkamah?

Mohamad Jani: Saya tidak tahu

Mohamad Jani yang merupakan bekas jurulatih tinju Malaysia sejak 1992 hingga 1998 berkata selepas dimaklumkan mengenai perkara itu, Mohd Isa bagaimanapun tidak memintanya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Afzainizam: Saya katakan kepada kamu pengakuan ini (terima RM2 juta) tidak pernah dibuat oleh Muhammad Zahid.

Mohamad Jani: Tidak betul.

Afzainizam: Tentang pengakuan RM2 juta maklumat itu penting sepatutnya disalurkan kepada SPRM

Mohamad Jani: Tidak setuju.

Mohamad Jani turut tidak bersetuju dengan cadangan pendakwaan bahawa beliau takut untuk memberi keterangan kepada SPRM.

Beliau juga menafikan cadangan pendakwaan bahawa tindakan beliau membuat akuan itu adalah untuk menyelamatkan Mohd Isa dan terhutang budi dengan Mohd Isa.

Afzainizam: Adakah kamu mewujudkan akuan ini (RM2 juta) semata-mata dengan niat untuk memburuk-burukkan Muhammad Zahid
Mohamad Jani: Tidak setuju.

Semasa pemeriksaan semula oleh peguam Datuk Salehuddin Saidin yang mewakili Mohd Isa mengapa beliau tidak membuat laporan polis sedangkan saksi itu mengetahui Muhammad Zahid menerima wang RM2 juta, Mohamad Jani berkata "saya klasifikasikan ini duit ucapan terima kasih sebagai orang perantaraan dan dia mengaku terima RM2 juta”.

Mohamad Jani juga berkata beliau tidak mengetahui sama ada wang itu rasuah atau tidak.

Mohd Isa berdepan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM3,090,000 daripada Ahli Lembaga Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd, Ikhwan Zaidel menerusi Muhammad Zahid, sebagai tanda terima kasih bagi membantu meluluskan pembelian hotel oleh FICSB pada RM160 juta.
Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC di Kuala Lumpur antara 21 Julai 2014 dan 11 Dis 2015.
Setiap pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pihak pembelaan hari ini menutup kesnya selepas memanggil enam saksi dan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan 4 Nov untuk mendengar hujahan kedua-dua pihak.







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/inilah-kisah-bodo-bodo-pun-dapat-2-juta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bodo Bodo Ja Dapat 2 Juta Yang Bawah Dapat Baju Kah Kah Kah

Bodo Bodo Ja Dapat 2 Juta Yang Bawah Dapat Baju Kah Kah Kah

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 159 hits
Rina HamzahTanda TERIMA KASIH jer dah boleh dapat RM2 juta Camner ABAHkau boleh lantik manusia camtu jadi SENATOR Dewan Negara Kriteria apa yg beliau ada selayaknya dipilih jadi SENATOR MuaFUCKat Perpaduan Kaki Rasuah la katakan
Penampakan Smartphone Lipat Samsung Terbaru Seharga Rp29 4 Juta

Penampakan Smartphone Lipat Samsung Terbaru Seharga Rp29 4 Juta

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 270 hits
Penampakan Smartphone Lipat Samsung Terbaru Seharga Rp29 4 Juta Galaxy Z Fold 2 perangkat layar lipat ketiga Samsung ini dijual seharga USD 1 999 atau setara Rp29 4 jutaan
Diberi Uang Rp120 Juta Kuli Bangunan Yang Disiksa Polisi Sepakat Berdamai

Diberi Uang Rp120 Juta Kuli Bangunan Yang Disiksa Polisi Sepakat Berdamai

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 238 hits
Sarpan seorang kuli bangunan yang disiksa oleh seorang anggota kepolisian RI di Medan menerima uang damai Rp120 juta dari pelaku Usai menerima uang damai itu Sarpan mencabut laporan LP 1643 K VII 2020 SPKT RESTABES MEDAN dari Polrestabes Me...
Apple Dilaporkan Menyasarkan Pengeluaran 75 Juta Iphone 5g Tahun Ini

Apple Dilaporkan Menyasarkan Pengeluaran 75 Juta Iphone 5g Tahun Ini

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 202 hits
Pada waktu artikel ini ditulis jumlah peranti Android dengan sokongan 5G sudah mencapai jumlah puluhan model Tetapi Apple akan hanya mula menawarkan peranti dengan 5G tahun ini dengan pengenalan akan dilakukan pada Oktober depan Walaupun le...
Ku Nan Lhdn Akan Cuba Selesai Saman Cukai Pendapatan Rm57 17 Juta

Ku Nan Lhdn Akan Cuba Selesai Saman Cukai Pendapatan Rm57 17 Juta

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 300 hits
602 total views 602 views today Ku Tengku Adnan Mansor dan Lembaga Hasil Dalam Negeri akan cuba untuk menyelesaikan kes saman berhubung cukai pendapatan berjumlah RM57 17 juta yang tidak dibayar bekas menteri Wilayah Persekutuan itu sejak 2...
Ri Akan Dapat 10 Juta Vaksin Berlabel Halal Dari Uni Emirat Arab

Ri Akan Dapat 10 Juta Vaksin Berlabel Halal Dari Uni Emirat Arab

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 247 hits
Kepala Badan Pengawasan Obat dan Makanan Penny K Lukito mengatakan vaksin tersebut sudah mendapatkan emergency use authorization dari regulator pengawas obat di Republik Rakyat Tiongkok
Messi Setuju Terma Peribadi Sertai Manchester City Dengan Perjanjian 700 Juta

Messi Setuju Terma Peribadi Sertai Manchester City Dengan Perjanjian 700 Juta

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 366 hits
Messi on the way ke Manchester City Messi Setuju Terma Peribadi Sertai City Dengan Perjanjian 700 Juta Lionel Messi sebelum ini telah menghantar permohonan rasmi menyatakan bahawa dia ingin meninggalkan Barcelona P emain itu kini dikaitkan ...
Hore Siswa Miskin Di Jawa Tengah Dapat Bantuan Rp1 Juta

Hore Siswa Miskin Di Jawa Tengah Dapat Bantuan Rp1 Juta

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 266 hits
Selama pandemi COVID 19 siswa miskin yang ada di Jawa Tengah akan mendapatkan bantuan Rp1 juta untuk setiap siswa Anggaran tersebut dimasukan melalui alokasi anggaran Bantuan Siswa Miskin Plt Dinas Pendidikan Jawa Tengah Padma Ningrum menga...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Hiburan Aktif Kegiatan Mencuri Ayam Di Pasar Awam Sekitar Daerah Batang Padang Tiga Lelaki Akhirnya Ditangkap

Keutamaan Berdoa Dalam Islam

Isshhh Tak Kan La Hangpa Ni Takat Sekampit Beras Ja

Jalan Kaki Tapi Magic Sampai India Dah

Penat Dengan Rumah Bersepah Dan Tak Wangi Ini Solusinya

Kenali Jenis Jenis Sakit Kepala Dan Rawatannya