Inilah Impian Terbesar Ibu Bapa Yang Bekerja Sangat Tertunggu Waktu Weekend


Inilah Impian Terbesar Ibu Bapa Yang Bekerja, Sangat Tertunggu Waktu ‘Weekend’
Dalam kesibukan rutin harian, ramai ibu bapa terlalu fokus pada kerja hingga lupa bahawa masa bersama keluarga adalah sesuatu yang tidak boleh diganti dengan wang ringgit.
Tekanan kerja dan tanggungjawab yang semakin meningkat sering kali membuatkan ibu bapa menangguhkan masa berkualiti bersama orang tersayang.
Dengan alasan seperti “tiada masa” atau “terlalu penat”, mereka tanpa sedar telah melepaskan detik-detik berharga yang mungkin tidak akan berulang lagi.
Anak-anak membesar dengan pantas dan setiap saat yang berlalu adalah masa yang tidak dapat ditebus.
Impian terbesar ibu bapa yang bekerja, nak luang masa bersama anak Bagi mereka, hujung minggu bukanlah semata-mata ingin berehat daripada tugasan kerja, tapi adalah untuk menjadi ibu bapa yang sebenarnya.
Oleh itu, hujung minggu seharusnya menjadi peluang terbaik untuk mengeratkan hubungan, membina kenangan dan mencipta momen bahagia yang akan diingati oleh anak-anak apabila mereka dewasa kelak.
Ia bukan sahaja mengeratkan kasih sayang, tetapi juga mengajar anak-anak tentang kepentingan menghargai antara satu sama lain.
Sama ada dengan sekadar berjalan-jalan di taman, berkelah di tepi pantai atau menikmati makan malam bersama di rumah, masa berkualiti bersama keluarga memberi nilai yang tidak ternilai.
Jadi, bila kali terakhir anda habiskan hujung minggu dengan keluarga sambil buat aktiviti seronok bersama anak-anak?
Kalau belum ada rancangan hujung minggu nanti, ini masanya untuk anda boo & play sepuas hati! KLK Land membawakan acara istimewa Boo & Play Weekend Bazaar iaitu gabungan bazar, bengkel kreatif, hiburan dan kejutan menarik sempena sambutan Halloween yang pastinya buat anak-anak tidak sabar menunggu.
Acara dua hari ini akan berlangsung pada 1 & 2 November 2025 di BSC Sales Gallery & Clubhouse dari 2 petang hingga 10 malam.
Apa yang menariknya, bazar ini bukan sekadar tempat membeli-belahcuci mata, tetapi destinasi penuh warna dan aktiviti interaktif untuk seisi keluarga. Ini antara tarikan utama yang wajib pengunjung sertai termasuk:
Rasai keseronokan di Giant Inflatable Hot Air Balloon & Bouncy Castle
Antara tarikan utama pastinya Giant Inflatable Hot Air Balloon yang mencuri perhatian dengan warna terang -warni dan saiz mengagumkan dan sempurna untuk bergambar berlatarkan pemandangan BSC Central Park dan mencipta memori indah bersama keluarga.
Tidak cukup dengan itu, kanak-kanak pasti teruja dengan Bouncy Castle berwarna-warniyang sangat besar yang , membolehkan mereka melompat, bermain dan ketawa tanpa henti dalam suasana selamat dan menyeronokkan.
Empat jenis Halloween Workshop
Anak-anak anda boleh melibatkan diri iaitu aktiviti Halloween Candy Bag Workshop, di mana mereka sendiri menghias beg gula-gula menggunakan bahan berwarna-warni bertema Halloween.
Ia bukan sahaja menyeronokkan, tetapi turut mengasah daya imaginasi serta kemahiran motor halus mereka.
Seterusnya, jangan lepaskan peluang untuk menyertai Peg Doll Painting Workshop, di mana si kecil boleh menghasilkan patung kayu mini versi Halloween mereka sendiri.
Dengan bimbingan fasilitator yang mesra dan berpengalaman, setiap anak pasti pulang dengan hasil seni yang unik dan membanggakan.
Selain itu, anak-anak akan berpeluang menghias biskut bertemakan Halloween daripada labu dan labah-labah hinggalah ke sarang labah-labah berwarna-warni.
Dengan pelbagai hiasan gula, aising berwarna dan bentuk menarik, setiap kanak-kanak pasti teruja mencipta biskut Halloween versi mereka sendiri.
Bengkel seterusnya mengajak anak-anak untuk menonjolkan kreativiti mereka dengan melukis pada batu bertemakan Halloween.
Daripada labu comel, hantu lucu hinggalah penyihir kecil dan kelawar misteri, setiap lukisan batu akan menjadi hasil seni unik ciptaan sendiri! Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah membantu anak-anak mengasah imaginasi dan ekspresi seni.
Mini Petting Zoo
Bagi yang gemar dengan haiwan, Mini Petting Zoo menanti dengan pelbagai haiwan comel untuk disentuh dan dibelai. Ia merupakan pengalaman yang bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga mendidik anak-anak tentang kasih sayang terhadap haiwan.
Anda boleh mendengar live busking sambil layan ‘vibe’
Tidak cukup dengan itu, suasana santai diiringi Live Busking pasti menambah keceriaan hari anda.
Sambil menikmati muzik secara langsung, para pengunjung boleh menjelajah 30banyak booth yang menawarkan pelbagai jualan menarik termasuk makanan, barangan seni, dekorasi dan cenderamata bertema Halloween.
Lucky draw untuk pengunjung bertuah
Lebih mengujakan, para pengunjung juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik seperti Xiaomi TV A Pro 32″ (2026), vacuum cleaner, portable blender, kredit Touch ‘n Go, candy bags, bubble wands dan banyak lagi melalui aktiviti Lucky Draw yang pastinya menceriakan suasana.
Namun begitu, penyertaan Lucky Draw ini tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
Hujung minggu penuh gaya dan keceriaan
Boo & Play Weekend Bazaar turut menambah sedikit kelainan dengan mengadakan Costume Challenge yang pastinya akan mempamerkan fesyen-fesyen unik dan kreatif.
Dari kostum comel hingga gaya yang penuh imaginasi, acara ini menjanjikan peluang untuk pengunjung mempamerkan kreativiti masing-masing.
Dengan dekorasi bertemakan Halloween yang comel, pencahayaan malam yang indah, serta muzik santai, acara ini pasti menjadi kenangan manis buat semua yang hadir.
The post Inilah Impian Terbesar Ibu Bapa Yang Bekerja, Sangat Tertunggu Waktu ‘Weekend’ appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/23/inilah-impian-terbesar-ibu-bapa-yang-bekerja-sangat-tertunggu-waktu-weekend/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Bapa Budak Kena Kelar Ditahan

Ibu Bapa Budak Kena Kelar Ditahan

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 155 hits
ADNAN IBRAHIMBATU PAHAT Ibu bapa kepada kanak kanak yang cedera di leher dipercayai dikelar dengan senjata tajam pagi semalam ditahan polis nbsp pukul 4 petang tadi di pekarangan Ibu Pejabat Daerah Batu Pahat bagi membantu siasatan Ketua Po...
Hiburan Kes Tik M Anak Introvert Saya Tak Tahu Bagaimana Nak Berdepan Dengan Ibu Bapa Mangsa Ayah Suspek

Hiburan Kes Tik M Anak Introvert Saya Tak Tahu Bagaimana Nak Berdepan Dengan Ibu Bapa Mangsa Ayah Suspek

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 194 hits
Bapa kepada remaja lelaki berusia 14 tahun yang ditahan kerana disyaki membunuh rakan sekolahnya di Bandar Utama semalam meluahkan rasa hancur dan tidak percaya dengan apa yang berlaku Dalam temu bual bersama akhbar lelaki berusia 40 tahun ...
Heliza Helmi Mohon Maaf Sembang Kacip Luah Tak Sabar Menanti Kepulangan Ibu Bapa Online

Heliza Helmi Mohon Maaf Sembang Kacip Luah Tak Sabar Menanti Kepulangan Ibu Bapa Online

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 250 hits
Penyanyi dan aktivis kemanusiaan Heliza Helmi memaklumkan bahawa dirinya kini sedang mengambil sedikit masa untuk berehat daripada media sosial bagi menenangkan fikiran selepas melalui pelbagai pengalaman emosi kebelakangan ini Menerusi han...
Drypers Perkenal Drypantz Baharu Inisiatif Power Of Parent Preneurs Peluang Jana Pendapatan Untuk Ibu Bapa

Drypers Perkenal Drypantz Baharu Inisiatif Power Of Parent Preneurs Peluang Jana Pendapatan Untuk Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 200 hits
Jenama penjagaan bayi terkemuka Malaysia Drypers di bawah Kumpulan Vinda memperkenalkan inisiatif baharu yang meraikan semangat keibubapaan moden The Power of Parent preneurs Dilancarkan di Petaling Jaya Performing Arts Centre inisiatif ini...
Hemat Waktu Berjam Jam Selama Rekaman Dengan Ai Voice Generator Yang Bekerja Cepat

Hemat Waktu Berjam Jam Selama Rekaman Dengan Ai Voice Generator Yang Bekerja Cepat

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 139 hits
AI Voice Generator Pippit dapat digunakan untuk menghasilkan suara yang natural dan terdengar seperti manusia Dilengkapi berbagai fitur untuk membantu pengguna mengembangkan kreativitasnya
Bahaya Game Roblox Keburukan Sisi Gelap Yang Ibu Bapa Kena Tahu

Bahaya Game Roblox Keburukan Sisi Gelap Yang Ibu Bapa Kena Tahu

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 290 hits
Roblox merupakan permainan yang popular dalam kalangan kanak kanak di Malaysia Satu kes terkini menggemparkan negara apabila seorang kanak kanak lelaki berusia enam tahun cedera parah akibat dikelar dan ditikam di Kampung Parit Nipah Laut B...
Loh Ingat Pandai Sangat Merapu Jugak Lebih Kiok

Loh Ingat Pandai Sangat Merapu Jugak Lebih Kiok

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 158 hits
Che IbrahimAmbo pernah diejek dan dibuat nganyim oleh pemimpin Pas dlm ceramah mereka kerana tersilap membaca ayat Sedangkan wat betulnya dalam keadaan ambo sendiri tak perasan kesilapan tersebut Sampai lo ni ambo masih ingat ejekan tersebu...
Mum S Heritage House Largest Dessert Bakery Vendor In Perlis Kangar Jaya

Pandangan Kapten Futsal Harimau Malaya Khairul Effendy Bahrin Mengenai Prestasi Dan Cabaran Pasukan

Maybank Tukar Kontrak Kad Kredit Dan Kesan Pada Pengguna

Reset Plan Timely But Must Be Managed Holistically

Sticker Botol Minuman Cara Elak Sticker Tanggal Bila Basah

Pilihan Raya Negeri Sabah 2025 Kali Ke 17 Berkibar Sana Sini Bendera Warna Warni

Filem Sumpahan Nilam Utama

Ritual Pagi Yang Bantu Pekerja Remote Lebih Fokus


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Android And Iphone Users Can Now Share Files Starting With The Pixel 10 Family

Kepentingan Hubungan Seks Suami Isteri

Irresistible Beef Tehari Recipe In Bangla

Minggu Ni Nak Pergi Bercuti

Dapat Exclusive 3d Sticker Pack Jaya Grocer Percuma

Tip Praktikal Tajamkan Mata Pengisar Dengan Cara Mudah Berkesan