Inilah Hikmah Pemimpin Pas Yang Masuk Amanah
Inilah Hikmah Pemimpin PAS Yang Masuk Amanah. Seorang ulama kanan PAS hari ini menyatakan rasa gembira atas tersingkirnya sekumpulan bekas pemimpin parti tersebut dan menubuhkan Amanah
Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik berkata jika mereka masih memimpin parti berkenaan, maka akan banyak "perkara pelik" yang berlaku
Inilah Hikmah Pemimpin PAS Yang Masuk Amanah. "Hari ini kita melihat PAS tidak rugi apa-apa pun dengan pemergian mereka, bahkan nasib baik mereka tidak lagi bersama PAS
"Kalau tidak PAS akan kelihatan sangat janggal
"Apa tidaknya. PAS parti Islam tapi pimpinannya berlunak dengan golongan liberal. PAS parti Islam tapi berlunak dengan LGBT. PAS parti Islam tapi kata (kamera) AES yang membebankan rakyat itu sebahagian daripada maqasid syariyah. PAS parti Islam tapi berlunak dengan penghina Nabi
"Kalau mereka masih memimpin PAS maka akan banyak perkara pelik dalam PAS ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini
Menyertai kata-kata itu ialah dua lampiran berita memaparkan kenyataan dua pemimpin Amanah berhubung kes menghina Nabi Muhammad SAW
Suspek sudah didakwa
Malaysiakini semalam melaporkan Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Zolkharnain Abidin, berkata berkata sesuatu proses keadilan perlu dijalankan secara teliti dan adil, bukannya semberono
Inilah Hikmah Pemimpin PAS Yang Masuk Amanah
Katanya apabila ada suspek ditangkap, hukuman tidak boleh dikenakan tanpa siasatan yang teliti
Walaupun begitu kata Zolkharnain ada sesetengah orang beranggapan hukuman perlu dikenakan segera, dan jika ia lebih keras, maka lebih baik
Katanya kaedah itu juga ditunjukkan oleh Rasulullah semasa baginda berdepan dengan seseorang yang mengaku melakukan kesalahan
"Malaysia bukan negara Taliban," kata Zolkharnain
Baca 'Orang Islam pun ada hina nabi tanpa sedar'
Pada 25 Feb lalu Pengerusi Amanah Perak yang juga bekas pemimpin kanan PAS, Asmuni Awi, menasihati orang ramai agar bertenang dan memberi kepercayaan kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan kes berkenaan
"Nasihat saya, jangan terpengaruh dengan pihak yang cuba mencetuskan ketegangan kaum," katanya seperti dipetik Sinar Online
Inilah Hikmah Pemimpin PAS Yang Masuk Amanah
Untuk rekod seorang lelaki warga emas ditahan polis selepas disyaki membuat hantaran menghina nabi pada akaun media sosialnya
Hari ini lelaki terbabit, Wai Foo Sing, 68, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan menghina Nabi Muhammad dan isteri baginda melalui hantaran di Facebook dua minggu lalu
Wai mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan
Mokhtar yang juga anggota Jawatankuasa Pusat PAS medakwa pemimpin Amanah asyik mengeluarkan kenyataan yang memihak kepada orang kafir
"Ingatkan mereka beri amaran kepada pencaci nabi, rupa-rupanya beri amaran kepada rakyat yang nak berdemo kerana mempertahankan nabi," katanya
Mokhtar juga berkata PAS tidak rugi apa-apa ketika sebahagian pemimpin mereka meninggalkan parti berkenaan
Inilah Hikmah Pemimpin PAS Yang Masuk Amanah. Terima kasih ya Allah. Betapa besar himah dari takdi-Mu," katanya. - malaysiakini
Iklan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.addindeen.com/2019/02/inilah-hikmah-pemimpin-pas-yang-masuk.html