Inilah Ciri Ciri Lelaki Yang Bagus Untuk Dijadikan Suami Wanita Bujang Sila Ambil Perhatian



Ramai di antara wanita yang risau dengan pemilihan calon suami dan juga pasangan yang bakal sama-sama mengemudi bahtera. Lelaki seharusnya menjadi ketua keluarga bagi memandu rumah tangga anda untuk sama-sama sampai ke syurga.
Tatkala mendengar berita mengenai isu keretakan rumah tangga dan salah satu faktornya ialah berpunca daripada sikap dan perangai suami yang kurang bertanggungjawab, tahap kerisauan tersebut semakin meningkat.
Malah, ada di antara kaum wanita yang memasang niat dan impian untuk bercita-cita tinggi sehingga menolak perasaan untuk mendirikan rumah tangga kerana takut akan disakiti atau impian untuk terbang tinggi terbantut kerana ‘sayapnya’ diikat.
“Jika dapat suami yang begitu, lebih baik aku tidak berkahwin dan bujang sahaja.”
“Setakat dapat suami yang macam itu, aku pun boleh jadi superwoman, lelaki macam dia tidak perlu ada dalam hidup.”
Dan pelbagai lagi alasan serta kata-kata yang dilemparkan oleh wanita-wanita terutamanya yang bekerjaya di luar sana. Malah, mereka menganggap bahawa perkahwinan itu bukan lagi suatu kepentingan untuk dilaksanakan.
Sedangkan Islam menggalakkan umatnya untuk melaksanakan perkahwinan dan mengembangkan umatnya agar mampu menjadi khalifah di muka bumi ini.
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا
Mafhum: “Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.” (Surah An-Nisa, 4:1)
Walau bagaimanapun, mungkin ada di kalangan wanita di luar sana yang masih belum mempunyai ciri-ciri lelaki idaman atau mungkin terlalu memilih dan cerewet dengan pilihan yang ditetapkan.
Untuk entri kali ini, terdapat beberapa tip dalam pemilihan lelaki yang sesuai sebagai pengemudi rumah tangga anda.

#1 – Bertanggungjawab
Lelaki yang baik seharusnya disekalikan dengan pakej tanggungjawab dan sifatnya yang tidak mudah lepas tangan.
Tanggungjawab di sini bukan sahaja bermaksud tanggungjawab yang digalas terhadap keluarga dan anda, namun yang paling utama ialah tanggungjawab terhadap dirinya sendiri.
Adakah dia seorang yang punya tanggungjawab terhadap kesihatannya, bagaimana corak pemakanannya serta yang paling penting ialah tanggungjawabnya terhadap agama.
Paling kurang pun, adakah dia menunaikan asas dalam beragama seperti menunaikan solat, berpuasa dan juga punya sifat ihsan dalam diri.
Jika dia tidak melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik dan betul terhadap dirinya sendiri, bagaimana dia akan mengemudi rumah tangga anda dengan baik?
#2 – Menghiburkan
Lelaki yang baik tidak perlu serius sepanjang masa. Jika dia punya ciri-ciri untuk menghiburkan anda dan orang sekeliling, maka dia juga merupakan pilihan yang baik.
Apabila kita melihatnya, kita akan berasa tenang dan gembira. Malah, bukan kita sahaja yang merasakan sedemikian, namun orang sekeliling juga.
Perempuan sangat handal dalam kerja-kerja untuk ‘stalk’ atau mencari tahu tentang perihal seseorang. Itulah ungkapan yang sering kita dengar, sinonim dengan sikap dan kemahiran wanita. Oleh itu, tidak salah untuk menggunakan kemahiran tersebut untuk melihat apa sikapnya yang sebenar.
Cuba lihat bagaimana hubungannya dengan orang terdekat atau sekeliling. Adakah dia seorang yang disenangi ramai atau sebaliknya.
Namun, jangan gunakan kemahiran anda itu secara keterlaluan, bimbang kurang disenangi olehnya.
#3 – Kurang Ego
Lelaki dan ego berpisah tiada walaupun sebenarnya perempuan juga mempunyai ego yang tersendiri. Jadi, jangan pula mengharapkan lelaki tanpa ego kerana ia sesuatu yang tidak wajar.
Jika seseorang itu tidak punya ego, ia cenderung untuk tidak melindungi apa yang disayanginya.
Sebagai contoh, jika dia punya ego, pasti dia akan bekerja keras untuk mencari dan mengumpul wang demi menghalalkan anda kerana dia akan berfikir mengenai maruah dirinya serta orang yang disayanginya.
Namun, jika dia tidak punya ego, bererti dia akan mengambil sesuatu secara sambil lewa. Jika bapa anda hendak mengujinya dengan meminta hantara 20K sekali pun, dia akan berkata; “Mahal sangat. Mungkin kita tiada jodoh.” Sedangkan ia hanyalah ujian buatnya.
Hal ini kerana, ego merupakan perkara dalaman yang perlu ada dalam diri seseorang untuk mempertahankan apa yang disukainya.
Paling kurang pun, dia akan meminta kepada bapa anda untuk mengurangkan harga wang hantaran tersebut.
Namun, jika mempunyai ego yang terlalu tinggi juga adalah tidak elok. Hal ini kerana, dia cenderung untuk berfikir mengenai perasaannya semata-mata berbanding dengan perasaan orang lain.
Silap hari bulan, hidup anda yang tergadai kerana terlalu menurut kemahuannya.
#4 – Pendidik Yang Bagus
Wanita itu diciptakan daripada tulang rusuk lelaki dan tugas lelaki adalah untuk melindungi dan menjaga wanita sesuai dengan kemampuannya.
Sewaktu kecil, kita dijaga oleh ibu bapa kita. Apabila meningkat dewasa dan telah berkahwin, kita dijaga pula oleh suami. Begitulah hakikat kehidupan seorang wanita.
Dalam tempoh jagaan itu, kita akan dididik sesuai dengan peringkat umur dan juga situasi. Tidak pernah sekali pun, Allah akan membiarkan wanita itu bersendirian kerana jiwa seorang wanita itu lembut dan mudah didorong oleh hati.
Sebab itu, dalam memilih pasangan hidup, kita perlu membuat pilihan yang baik. Biarpun dia tidak kaya dengan wang ringgit mahupun harta yang cukup sehingga tujuh keturunan, namun jika dia kaya dengan ilmu, itulah yang akan menjaga anda dunia akhirat.
Kerana perkahwinan itu bukan suatu yang bersifat sementara namun untuk kekal abadi. Biar di syurga kelak, kita akan menjadi ketua bidadari kepada bidadari lain di sampingnya.
Kesimpulan
Yang paling utama ialah istikharah dan istisyahlah dalam membuat keputusan. Kadang-kadang kita merasakan dia adalah calon yang sesuai namun siapa tahu mungkin Allah punya jawapan lain untuk anda.
Dan jawapan kepada doa anda itu bergantung kepada bagaimana Allah ingin menunjukkannya.
Kerana perkahwinan itu bukan sekadar ikatan hubungan suami dan isteri namun hubungan kedua belah keluarga, iaitu keluarga anda dan dia serta keluarga yang bakal dibina kelak.
Wallahu a’alam.
The post Inilah Ciri-ciri Lelaki yang Bagus untuk Dijadikan Suami. Wanita Bujang Sila Ambil Perhatian! appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/inilah-ciri-ciri-lelaki-yang-bagus-untuk-dijadikan-suami-wanita-bujang-sila-ambil-perhatian/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Kena Tikam Leher Dengan Bekas Suami Depan Anak Waktu Tengah Makan Di Kafe

Wanita Kena Tikam Leher Dengan Bekas Suami Depan Anak Waktu Tengah Makan Di Kafe

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 443 hits
Mak tolong jangan mati Itulah yang dikatakan seorang kanak kanak perempuan berusia 10 tahun sambil menangis teresak esak saat ibunya bertarung nyawa akibat ditikam oleh bekas suami Menurut seorang wanita Turkey berusia 38 tahun telah disera...
Suami Orang Mengaku Bujang Rupanya Boleh Jatuh Hukum Ramai Tak Tahu

Suami Orang Mengaku Bujang Rupanya Boleh Jatuh Hukum Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 341 hits
Isu pasangan yang sudah berkahwin tetapi berlagak sepert orang bujang sudah menjadi seperti perkara biasa Malah demi menutup segala bentuk kecurangan seperti contoh ada suami orang yang secara terang terangan mengaku belum berpunya sedangka...
Perlu Kamu Ketahui Ciri Ciri Wanita Yang Tidak Boleh Di Nikahi

Perlu Kamu Ketahui Ciri Ciri Wanita Yang Tidak Boleh Di Nikahi

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 430 hits
Semua pria pada akhirnya pasti menginginkan menikah dan hidup bahagia dengan wanita yang dicintainya namun pada kenyataanya hidup untuk mencapai pernikahan yang bahagia itu tidak hanya cukup dengan Baca selengkapnya di https www a dhea com
Wanita Tabah Ditendang Suami Jangan Tanya Mengapa Lama Lama Isteri Hilang Hormat

Wanita Tabah Ditendang Suami Jangan Tanya Mengapa Lama Lama Isteri Hilang Hormat

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 376 hits
Bila hati terluka dengan suami maka perempuan mudah mengalirkan air mata kerana jiwanya sangat rapuh dengan kekasaran yang dilakukan oleh kaum lelaki Ada ketikanya mereka terpaksa dilihat kuat dan nampak berani demi anak anak tercinta Tapi ...
Dapat Kejutan Parti Bujang Kek Rizman Jadi Perhatian

Dapat Kejutan Parti Bujang Kek Rizman Jadi Perhatian

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 309 hits
Bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi baru baru ini pereka fesyen terkenal Rizman Nordin menerima kejutan parti bujang yang diadakan oleh rakan rakannya pula Parti kali ini lebih bermakna kerana ia turut diraikan bersama selebriti t...
Anak Oku Suami Hidap Kanser Kronik Wanita 60 Tahun Cari Duit Bawa Grab

Anak Oku Suami Hidap Kanser Kronik Wanita 60 Tahun Cari Duit Bawa Grab

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 266 hits
Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih Perumpamaan orang dahulu kala memang kerap mengena dengan situasi yang dihadapi oleh manusia sepanjang zaman Bagi meneruskan kehidupan sudah pasti sesiapa sahaja akan melakukan pekerjaan bagi mempe...
Aulia Kesuma Wanita Cantik Keibuan Tapi Sadis Habisi Suami Dan Anak Tiri Demi Bayar Utang

Aulia Kesuma Wanita Cantik Keibuan Tapi Sadis Habisi Suami Dan Anak Tiri Demi Bayar Utang

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 420 hits
Aulia Kesuma bisa dibilang adalah wanita yang cantik dan keibuan Akan tetapi di balik rupanya yang menawan ternyata ada jiwa yang sadis hingga tega membunuh orang bahkan menghilangkan nyawa orang terdekatnya Aulia Kesuma tega menghabisi sua...
Suami Tabrak Istrinya Sendiri Karena Memergokinya Sedang Bersama Wanita Dalam Mobil Miliki 8 Anak

Suami Tabrak Istrinya Sendiri Karena Memergokinya Sedang Bersama Wanita Dalam Mobil Miliki 8 Anak

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 340 hits
Seorang pria tabrak istrinya sendiri setelah memergokinya bersama wanita lain Dikutip dari The Borneo pos Minggu kepala polisi distrik ACP Lim Meng Seah membenarkan insiden tersebut dan kini telah mengamankan tersangka Korban merupakan seor...
Hati Wanita Ini Hancur Setelah Memergoki Sang Suami Menggauli Adiknya Di Kamar Mandi

Hati Wanita Ini Hancur Setelah Memergoki Sang Suami Menggauli Adiknya Di Kamar Mandi

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 328 hits
Kelakuan M Faisal ini memang sungguh bejat Baru empat bulan menikah lelaki ini malah kepergok sedang merudapaksa adik iparnya Dia dilaporkan oleh istrinya TI yang baru dinikahinya setelah kepergok menggauli adik istrinya sendiri di kamar ma...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord