
Mandi air sejuk dipercayai menjadi penawar yang baik untuk demam dan jangkitan kuman pada pada badan.
Aliran darah yang baik penting untuk kesihatan jantung. Apabila mandi air sejuk, arteri darah mengecut. Arteri yang mengecut membolehkan aliran darah mengalir lebih lancar.
Lemak perang dalam badan berguna untuk pembakaran tenaga dalam badan. Apabila badan kita terdedah dengan sejuk, lemak perang ini akan terbentuk. Sel-sel lemak ini yang membakar glukosa dalam badan untuk penghasilan haba badan.
Satu Kajian dari Virginia Commonwealth University mendapati air sejuk boleh meransang “titik biru” pada otak, sumber utama noradrenaline untuk badan kita. Noradlinaline membantu mencegah tekanan perasaan.
Perasan tak, tiap kali anda mandi air sejuk, anda akan tarik nafas dalam-dalam terlebih dahulu? Ia tindakbalas badan supaya badan kita cukup oksigen untuk memanaskan badan dan mengurangkan renjatan kejutan akibat sejuk. Tindakan ini membantu menguatkan paru-paru.
Mandi air sejuk boleh menyebabkan kita lebih bertenaga kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih aktif seterusnya darah mengalir dengan lancar di seluruh badan
Lelaki tidak boleh terdedah kepada panas berlebihan, sperma akan berkurang dengan peningkatan suhu. Lelaki yang mandi air panas selama 30 minit setiap hari untuk 3 minggu akan mengalami ketidaksuburan bagi tempoh 6 bulan.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |