Ini Yang Ramai Tersiap Bila Guna Gear Auto Gear Box Mahal Beb Kalau Rosak
Ramai yang Selalu Tersilap!
Tukar gear auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearbox anda rosak dan kos gearbox kereta sangat mahal.
JANGAN TUKAR GEAR "P" DI TRAFFIC LIGHT
Kekadang perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti dekat trafic light. Senang untuk teka, sebab lampu reverse akan menyal sekejap.
Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama & kereta belakang dah hon2 je. Tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda akan cepat rosak.
Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)3. Tarik hand brek4. lepas brek kaki
Bila nak jalan balik:1. tekan brek2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)3. lepas hand brek.4. lepas brek kaki5. tekan minyak
PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR
1. tekan tombol semasa menukarP > R ,R > PR > NN > RD > L/D2L/D2 > D
2. jangan sesekali tekan tombol antaraN > DD > ND > D3D3 > D
KENAPA?Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak tolak gear. Jika terlajak, gearbox anda boleh rosak.
Contohnya. dari gear D, anda ingin tolak ke N. Sekiranya tak tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat di N. Tetapi jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gearterus ke R.
Contohnya, semasa ingin berhenti kereta, anda ingin menolak ke gear N dari gear D. Oleh kerana anda menekan tombol gear, kemungkinan tertolak ke gear R adalah tinggi. Jika kereta belum berhenti sepenuhnya, gearbox boleh rosak. akibat pertukaran mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan tombol gear.
P/S : Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang kekotak gearnya lurus (seperti dalam gambar). Kalau yang lekok-lekok tu, takde tombol. Selamat
Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:
P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda.gear akan disekat.jadi kereta anda takkan bergerak walaupunhandbrake tak ditarik.
R - reverse, untuk mengundur kereta anda
N - neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.
D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya.
Butang OVERDRIVE (OD)- gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4. Gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 sahaja. Dalam bahasa mudah abang isaac akan tekan butang OD ni time nak memotong. Kalau tak jumpa butang OD kat mana sila rujuk gambar ye.
D3 - setengah kenderaan tidak mempunyai butang overdrive tetapi mempunyai susunan gear D3. Fungsi dia sama macam butang OverDrive.
(2) - ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 sahaja dan tidak akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu.
L - Low gear, gear pertama
HARAP DAPAT MEMBANTU BAGI MEREKA YANG BELUM TAHU.
Kredit: Isaac Olswen
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.krissmerah.com/2018/11/ini-yang-ranai-tersiap-bila-guna-gear.html