Ini Tindakan Yang Anda Perlu Ambil Jika Majikan Enggan Bayar Gaji



Pernah tak anda alami situasi ini. Anda bekerja untuk syarikat, tak ada apa-apa masalah berlaku. Anda bekerja seperti biasa dan apabila tiba hujung bulan, gaji anda dibayar. Beberapa bulan kemudian, anda tidak dibayar gaji. Boss anda menjanjikan untuk membayar bulan hadapan, dan tiba masanya, masih belum dibayar.
Atau, anda berniat untuk mencari kerja lain kerana kerja yang anda lakukan sekarang tak sesuai dengan jiwa anda. Malah, ada syarikat yang menawarkan kerja dengan gaji lebih lumayan. Anda pun berhenti kerja dan mula bekerja di tempat lain, tapi gaji anda belum dibayar syarikat lama anda.
Apa patut anda buat? Dan adakah apa-apa yang anda boleh lakukan dalam situasi ini? Ya, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan.
Akta Kerja 1955
Sebelum apa-apa, anda perlu tahu, istilah “pekerja” atau “employees”, digunakan dengan berlainan daripada kegunaan harian orang biasa, dan kegunaan dalam bidang perundangan. Akta Kerja 1955 (Semenanjung Malaysia sahaja) mendefinisikan “pekerja” sebagai orang yang berpendapatan kurang dari RM2,000 sebulan. Jangan bimbang, masih ada peluang.
Seksyen 69 dalam Akta Kerja 1955 membenarkan Ketua Pengarah Buruh menyelesaikan pertikaian mengenai gaji pekerja, sehingga gaji bulanan mencecah RM5,000. Dan jika anda bekerja sebagai buruh kasar, tak kira berapa pun gaji anda. Juga terdapat akta yang mentadbir hal ini bagi mereka yang bergaji RM5,000 ke atas, dan akan dijelaskan dalam artikel ini.
Jadi, bila sepatutnya majikan anda membayar gaji anda?Pekerja sepatutnya dibayar gaji dalam masa 7 hari. Menurut Seksyen 19 (1) Akta Kerja 1955, :
“Subject to subsection (2), every employer shall pay to each of his employees not later than the seventh day after the last day of any wage period the wages, less lawful deductions earned by such employee during such wage period,”
Ia bermaksud, setiap majikan hendaklah membayar gaji setiap pekerja tidak lewat dari hari ke-7 selepas hari terakhir mana-mana tempoh upah (kerja), yang biasanya sebulan. Jadi, jika anda bekerja untuk bulan Januari, gaji anda harus dibayar selewatnya pada 7 Februari. Jika melebihi tempoh ini, majikan anda telah melanggar undang-undang yang dijelaskan dalam seksyen ini.
Jika berhenti kerja atau dipecat
Bagi anda yang berhenti kerja atau dipecat, ia tertakluk kepada Seksyen 20, seperti berikut :
“The wages, less lawful deductions, earned by but not yet paid to an employee whose contract of service terminates in accordance with section 11 (1) or of section 12 shall be paid to such employee not later than the day on which such contract of service so terminates.”
Ia bermakna apabila kontrak anda dengan syarikat berkenaan telah tamat, dan anda ingin tinggalkan syarikat tersebut, gaji anda mesti dibayar pada hari penamatan kontrak perkhidmatan.
Jika berhenti atau dipecat tanpa notis
Biasanya jika anda dipecat oleh boss anda, atau anda sendiri ingin berhenti, notis harus diberikan. Ia bertujuan memberitahu satu-satu pihak berkenaan apa yang akan berlaku dalam tempoh yang munasabah, dan tempoh tersebut bergantung kepada situasi.
Jika anda berhenti, atau diberhentikan tanpa notis, anda harus membayar atau dibayar, jumlah tertunggak untuk tempoh berkenaan di bawah seksyen 13(1). Sebagai contoh, jika anda dipecat tanpa notis, dan sepatutnya notis harus diberikan 8 minggu sebelumnya, jadi anda patut dibayar gaji termasuk untuk tempoh 8 minggu tersebut.
Juga terdapat situasi di mana berlaku perlanggaran syarat dalam kontrak di bawah seksyen 13(2), salah laku oleh pekerja (seksyen 14(1)) dan pekerja diletakkan dalam risiko yang tak tertakluk dalam kontrak (seksyen 14(3)).
Segala perkara membawa kepada seksyen 21 :
Jika majikan menamatkan kontrak pekerja tanpa notis menurut peruntukan seksyen 13(1), 13(2) dan 14(1)(a), gaji yang diperoleh oleh pekerja sehingga dan termasuk hari sebelum penamatan mesti dibayar tidak lewat dari hari penamatan kontrak.
Jika pekerja sendiri yang menamatkan kontrak tanpa notis menurut peruntukan 13(1), 13(2) dan 14(1)(a), upah yang sama harus dibayar paling lambat pada hari ketiga sepelas penamatan kontrak.
Dipendekkan cerita, jika kontrak ditamatkan, majikan harus membayar bekas pekerja gaji yang diperoleh, dalam masa yang diperuntukan. Akta Kerja ini hanya digunapakai di Semenanjung Malaysia dan Labuan.
Bagaimana jika majikan enggan membayar gaji?Gaji RM5,000 dan ke bawah
Terdapat beberapa pilihan. Anda boleh dapat pembelaan melalui pemfailan tuntutan di Mahkamah Buruh. Ia bukanlah mahkamah seperti mahkamah yang anda biasa dengar. Ia merujuk kepada “Pertanyaan” kepada Ketua Pengarah Buruh seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 69 Akta Kerja.
Gaji lebih RM5,000
Jika gaji lebih dari RM5,000 ia tertakluk kepada Akta Perhubungan Perindustrian 1967, seksyen 2 :
“…sesiapa sahaja, termasuk pelatih, yang diambil bekerja oleh majikan di bawah kontrak pekerjaan untuk bekerja atau ganjaran dan bagi maksud apa-apa prosiding berhubung sesuatu pertikaian perdagangan, termasuklah mana-mana orang yang diberhentikan, dilepaskan atau diberhentikan berkaitan dengan atau akibat daripada pertikaian itu atau pemecatan, pelepasan atau pemberhentian telah menyebabkan pertikaian itu,”
Jadi, selagi anda adalah seorang pekerja, anda berada dalam Akta ini dan dilindungi. Jika anda dan majikan anda tak dapat selesaikan masalah ini, Jabatan Perhubungan Perusahaan akan masuk campur.
Jika belum selesai?Dan jika masih belum selesai, jabatan ini akan melaporkan kepada Ketua Pengarah.Ketua Pengarah kemudiannya akan membantu pihak-pihak berkaitan mencapai penyelesaian. Dan jika juga belum selesai, Ketua Pengarah akan melaporkan kepada Menteri Sumber Manusia.Menteri Sumber Manusia akan menyelesaikan masalah (seksyen 19A), jika masih gagal, perkara ini akan dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan untuk diselesaikan.Selepas kes didengarkaan di mahkamah, perintah yang dipanggil “Anugerah” akaan diberikan.Kemudian, mana-mana pihak boleh membuat rayuan ke Mahkamah tinggi, sehingga ke Mahkamah Persekutuan.Kebanyakan pertikaian gaji biasanya melibatkan jumlah wang yang sedikit, jadi ia tak begitu berbaloi untuk menggunakan khidmat peguam. Anda boleh mewakili diri sendiri, dan ia tidak formal seperti prosiding mahkamah biasa. Anda hanya perlu diwakili peguam jika kes dirujuk kepada Mahkamah Tinggi dan ke atas.
Rujukan : Ask Legal

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
Jualan Baju Raya Dah Bermula!!!

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2019/02/ini-tindakan-yang-anda-perlu-ambil-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Rini Bumn Terlambat Bayar Gaji Direksinya Saya Ganti

Menteri Rini Bumn Terlambat Bayar Gaji Direksinya Saya Ganti

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 246 hits
Menteri Badan Usaha Milik Negara Rini Soemarno hari ini mengumpulkan seluruh Direksi dan Komisaris BUMN di JCC dalam agenda Rapat Koordinasi BUMN 2019 Dalam acara ini ada beberapa pesan yang disampaikan Menteri Rini kepada para pimpinan BUM...
Najib Mengeluh Kena Bayar Tol

Najib Mengeluh Kena Bayar Tol

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 303 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluh kerana terpaksa membayar tol sebanyak RM2 10 di Plaza Tol Bukit Mahkota tadi Dapatkan berita menarik di portal Sinar Harian prk prksemenyih bn ph politik semenyih tol hapus najibraza...
Bayar Saman Jpj Di Jpj Shah Alam

Bayar Saman Jpj Di Jpj Shah Alam

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 2000 hits
Assalamualaikum guys Geleng kepala bila housemate bagitau kena saman dengan JPJ kat tol LDP hentian Sunway Mungkin nasib dia tak baik kena pass by roadblock JPJ time otw balik rumah Btw si housemate ni tak ada lesen motor tapi ada lesen ker...
Mesin Kasir Gojek Spots Aplikasi Murah Cukup Bayar 290 Ribu Seumur Hidup

Mesin Kasir Gojek Spots Aplikasi Murah Cukup Bayar 290 Ribu Seumur Hidup

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 314 hits
SPOTS Mesin Kasir Gojek NADI POS Sekali masa berkunjung di salah satu lokasi kuliner langganan yaitu Mie Tiaw Melayu Pontianak Blogger Borneo melihat ada sesuatu terletak diatas meja kasir pembayarannya Tak lama berselang ketika ada salah s...
Kalau Tak Nak Bayar Tol Bangunlah 4 Pagi Sindir Najib

Kalau Tak Nak Bayar Tol Bangunlah 4 Pagi Sindir Najib

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 275 hits
Diterbitkan Hari ini 11 14 malamPengguna kenderaan di empat lebuh raya di Lembah Klang tetap perlu membayar harga yang sama apabila kadar tol digantikan dengan caj kesesakan kata bekas perdana menteri Najib Razak Tol dicadangkan untuk dihap...
Tv Al Hijrah Nak Jemput Saya Boleh Tapi Bayar Lah Rm5k Sebabnya Suhaimi Saad

Tv Al Hijrah Nak Jemput Saya Boleh Tapi Bayar Lah Rm5k Sebabnya Suhaimi Saad

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 573 hits
Menerusi laman FB pihak Analisis TV Alhijrah telah membuat pendedahan bahawa bekas ahli kumpulan Inteam iaitu Suhaimi Saad telah meminta wang sejumlah RM5000 untuk tampil ke pentas berkenaan berbincang tentang perkara bumi leper INI PENDEDA...
Rakyat Usah Gusar Lagi Untuk Bayar Tol Artikel Roketkini April 2018

Rakyat Usah Gusar Lagi Untuk Bayar Tol Artikel Roketkini April 2018

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 497 hits
Rakyat Malaysia tidak perlu gusar lagi untuk membayar tol sekiranya Kerajaan Pakatan Harapan berjaya mengambil alih Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke14 ini Calon HARAPAN Parlimen P76 Teluk Intan Nga Kor Ming berkata kerajaan baru HARAPAN ...
Suami Tengking Isteri Sebab Kena Bayar Rm275 Hanya Kerana Beli Barang Dapur

Suami Tengking Isteri Sebab Kena Bayar Rm275 Hanya Kerana Beli Barang Dapur

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 722 hits
Malang nasib seorang isteri apabila dia ditengking suaminya di hadapan orang ramai gara gara barangan keperluan rumah yang diambil melebihi bajet si suami Bukan saja diaibkan malah ditinggalkan pula si isteri dan dua orang anak kecil di kau...
Masuk Percuma Di Maps Perak Bayar Kupon Permainan Sahaja

Masuk Percuma Di Maps Perak Bayar Kupon Permainan Sahaja

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 592 hits
Yeay Satu khabar gembira bila baru baru ini Menteri Besar Perak mengumumkan semua pengunjung masuk secara Percuma ke Movie Animation Park Studios yang terletak di Ipoh Perak Ana secara peribadinya sendiri belum pernah masuk ke MAPS ni Ini k...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024

Polis Kuantan Sedang Menyiasat Lelaki Disyaki Lakukan Sumbang Mahram Dengan Anak Sendiri

Pernah Makan Ikan Puyu

Ke Pantai Telok Kemang

My K Drama Pilgrimage

Hiburan Kisah Jawab Exam Online Atas Pokok Pernah Tular Gadis Dari Sabah Ini Kini Bergelar Pelajar Perubatan