Ini Sebab Kenapa Saya Menentang Pas Tun Mahathir


Perpecahan umat Islam di Malaysia sehingga mewujudkan permusuhan antara dua puak tercetus angkara politik PAS yang masih taksub dengan ajaran pemimpin dan partinya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ketika menyatakan pendirian itu berkata, ia faktor utama mengapa beliau sehingga kini menentang PAS yang dikatakan bertanggungjawab mencetuskan perpecahan dalam kalangan orang Melayu, selain menyebabkan umat Islam mendirikan solat secara berjemaah di masjid sama tetapi mengikut dua imam.
“Inilah perbuatan PAS yang tidak boleh dimaafkan kerana sebelum tertubuhnya parti ini, orang Melayu tidak berpecah kerana agama. Perpecahan ini jugalah yang melemahkan orang Melayu sehingga PAS terpaksa meminta pertolongan orang kafir.
“Tetapi apabila bergandingan dengan parti kafir, PAS dakwa mereka tidak jadi kafir sebab kononnya, hubungan itu dijalinkan bersandarkan ‘tahaluf siyasi’ yang jika diterjemahkan ke bahasa Melayu bermaksud kerjasama politik.
“Kerjasama politik ini sama dengan apa yang dilakukan UMNO apabila bergandingan dengan MCA dan MIC, justeru jelaslah bahawa bahasa Arab atau bahasa al-Quran digunakan untuk mengislamkan kerjasama PAS serta orang kafir,” katanya menerusi catatan di blog rasminya, chedet.cc hari ini.
Perdana Menteri berkata, ahli PAS sanggup bermusuh dengan orang Islam lain kerana dimomokkan ajaran pemimpin parti berkenaan, walaupun al-Quran jelas menyebut bahawa sesama Islam dianggap bersaudara.
Katanya, meskipun sebahagian daripada pengikut PAS bertindak ‘angkat kaki’ dan keluar parti, masih ramai ahlinya yang taksub dengan ajaran pemimpinnya sehingga menyaksikan perpecahan dalam kalangan Melayu semakin meruncing.
“Ia akan berterusan selagi PAS menyalah tafsir dan menyalahgunakan ajaran Islam. Ini sebabnya saya menentang PAS,” katanya.
Dr Mahathir turut membangkitkan tragedi Memali yang menyaksikan Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya serta 13 pengikutnya terbunuh, didakwa berikutan amanat Datuk Seri Hadi Awang ketika itu bahawa pemerintahan Barisan Nasional (BN) pimpinan UMNO sebagai kafir.
Susulan itu, katanya, mana-mana pejuang yang ‘tersungkur’ tatkala menggenggam tekad melawan kerajaan UMNO dan BN ketika itu diisytiharkan sebagai mati syahid, justeru jenazah mereka tidak perlu dimandikan.
“Tiada ulama di Malaysia berani mendakwa bahawa langkah mengkafirkan orang bukan PAS adalah salah dan tidak menepati ajaran Islam. Pegawai pemerintah yang bertanggungjawab berkenaan Islam juga membisu seribu bahasa.
“Akibatnya orang Melayu bukan PAS yang semuanya beragama Islam dan mengikut ajaran sama, iaitu ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) serta mengangkat Imam Shafie tiba-tiba digelar kafir.
“Orang PAS tidak pun boleh bersama dengan ahli UMNO. Kenduri UMNO diboikot PAS. Perkahwinan antara PAS dan UMNO tidak boleh diadakan, malah ditegah daripada mendirikan solat secara berjemaah serta mengikut imam yang sama,” katanya.
Mengimbau kisah silam, Dr Mahathir menyifatkan episod perpecahan orang Melayu angkara PAS tercetus ketika sebahagian ahli parti itu yang terdiri daripada golongan ulama tetapi menjadi sebahagian daripada ‘keluarga’ UMNO tidak dipilih Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj untuk dilantik menganggotai badan perundangan menggantikan Malayan Union pada 1948.
Berikutan kekecewaan itu, katanya, pemimpin yang digelar ‘ulama UMNO’ ketika itu nekad mengambil keputusan untuk keluar parti dan menubuhkan Parti Islam Tanah Melayu (PMIP) sebelum diberi nama baharu, iaitu PAS.
“British mencadangkan supaya Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan pada 1955 untuk merebut 52 dari 98 kerusi Majlis Perundangan Persekutuan. UMNO dalam Parti Perikatan memperjuangkan isu menuntut kemerdekaan selepas PRU, manakala PAS mendakwa Malaya belum layak mendapat hak berkenaan.
“Hasilnya ialah kemenangan besar Parti Perikatan dengan memperoleh 51 kerusi sehingga menyaksikan British terpaksa menyerahkan tampuk pemerintahan kepada pimpinan Tunku Abdul Rahman menerusi pemerintahan dalaman.
“PAS memenangi hanya satu kerusi, sekali gus memberi isyarat penolakan kemerdekaan merugikan mereka. Maka bermulalah gerakan Islam diperalatkan sepenuhnya untuk menarik sokongan orang Melayu,” katanya.
The post Ini Sebab Kenapa Saya Menentang PAS – Tun Mahathir appeared first on CARA NAK.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://caranak.info/2018/09/19/ini-sebab-kenapa-saya-menentang-pas-tun-mahathir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Mahathir Tidak Pernah Dan Tidak Akan Berubah

Tun Mahathir Tidak Pernah Dan Tidak Akan Berubah

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 431 hits
Apabila Tun Mahathir Mohamad mengatakan keputusannya melantik Latheefa Koya sebagai KP SPRM adalah muktamad dan tidak berhasrat mengubah keputusan itu satu hakikat yang nyata ialah beliau sebenarnya tidak pernah berubah sama sekali Antara d...
Jangan Sesiapapun Pertikai Keputusan Tun Dr Mahathir

Jangan Sesiapapun Pertikai Keputusan Tun Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 644 hits
Semua pihak hendaklah menerima dan menghormati keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang baharu kata Timbalan Presiden Parti Pr...
Audien Terpegun Dengan Tun Mahathir

Audien Terpegun Dengan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 374 hits
Isu yang disampaikan tidak banyak berbeza daripada apa yang disampaikan di Oxford Union pada Januari namun Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya menarik perhatian dewan dengan ketajaman percakapan dan selorohnya sewaktu menyampaik...
Tun Mahathir Ada Kuasa Veto Lantik Sesiapa Saja Dalam Kerajaan

Tun Mahathir Ada Kuasa Veto Lantik Sesiapa Saja Dalam Kerajaan

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 432 hits
Exco Armada Nasional Muzzammil Ismail menegaskan bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sememangnya mempunyai kuasa veto dalam memutuskan sesuatu tanpa perlu merujuk Kabinet Oleh itu katanya tindakan Perdana Menteri melantik Latheef...
Jangan Lupa Perbuatan Zalim Mahathir Pas

Jangan Lupa Perbuatan Zalim Mahathir Pas

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 280 hits
KUALA LUMPUR PAS mengingatkan masyarakat terutama ahli dan para penyokongya supaya tidak terlupa tentang perbuatan zalim Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas mereka sewaktu mentadbir negara ini Ketua Penerangannya Nasrudin Hassan berkata masyara...
Bukan Dalam Umno Dan Pas Saja Mahathir Ternak Trojan Horse Dalam Pkr Pun Bersepah

Bukan Dalam Umno Dan Pas Saja Mahathir Ternak Trojan Horse Dalam Pkr Pun Bersepah

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 748 hits
Kisah Latheefa Koya antara pemimpin kanan PKR dan juga aktivis Lawyers for Liberty sebuah badan aktivis yang sangat terkenal dengan gelagat serta kenyataan kenyataan polemik Eric Paulsen diangkat menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru men...
Sekali Lagi Anwar Bertemu Tun Mahathir

Sekali Lagi Anwar Bertemu Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 420 hits
Luang masa selama 30 minit bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini di Putrajaya Saya menjelaskan konteks persoalan mengenai pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Saya juga memaklumk...
Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Monitor All Projects To Ensure Timely Completion Pm

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

Masuk Usia 40 An Ini 6 Perkara Penting Yang Kebanyakan Orang Cari

Buasir Otak Tv Roblox Lawan Alien Dalam Perang Dunia Live

Muhyiddin Shahidan Sah Hadir Majlis Pembukaan Kapsul Masa 2020 Di Menara Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lintah Berkepala Manusia By Rakib Jamari Riau

Kek Lapis Penganan Pilah

Misi Mencari Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Tercapai

Hudsons Eumenthol Jujubes Membantu Melegakan Tekak Dan Batuk

Polis Halang Penjawat Awam Di Raub Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan

Asean All Star Vs Mu Jadual Pemain Pembelian Tiket Online