Tun Mahathir Tidak Pernah Dan Tidak Akan Berubah


Shahbudin Husin  
Apabila Tun Mahathir Mohamad mengatakan keputusannya melantik Latheefa Koya sebagai KP SPRM adalah muktamad dan tidak berhasrat mengubah keputusan itu, satu hakikat yang nyata ialah beliau sebenarnya tidak pernah berubah sama sekali.

Antara dulu dengan sekarang dan antara menjadi Perdana Menteri di bawah BN dengan di bawah PH, watak dan perangai Tun Mahathir adalah sama saja.

Tun Mahathir hanya ada sedikit berubah kerana tidak mempunyai kuasa, tetapi sebaik kuasa dalam genggaman, beliau akan kembali menjadi “Mahathir yang sebenar”.

Ketika mula-mula menyertai PH di mana beliau pada waktu itu menunjukkan sikap sedia menerima agenda reformasi, malah sanggup berdamai dengan Anwar Ibrahim yang pernah dipecat, dimusuhi dan dipenjarakannya,semua itu sebetulnya tidak lebih suatu kepura-puraan untuk membolehkannya diterima sebagai calon Perdana Menteri semata-mata.

Di dalam hatinya, jauh sekali untuk menerima agenda reformasi PH itu.

Jika betul Tun M menerima agenda reformasi dengan jujur dan ikhlas, sudah tentu beliau akur dengan segala kandungan janji melakukan perubahan dalam institusi penting negara, termasuk tidak melakukan keputusan sendiri melantik orang politik mengetuai SPRM sebaik saja menjadi Perdana Menteri.

Kenapa ditangguh-tangguhkan agenda reformasi institusi seperti menghapuskan akta-akta drakonian, sedangkan tiada kos kewangan diperlukan untuk melaksanakannya seperti janji menghapuskan tol misalnya?

Dalam hal ini mustahil Tun Mahathir tidak sedar bahawa beliau sekarang adalah Perdana Menteri di bawah PH, bukan di bawah BN seperti dahulu.

Apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir sekarang adalah menunjukkan itulah sebenarnya watak dan hati perutnya yang sebenar.

Tun Mahathir tidak pernah dan tidak akan berubah. Sebagaimana wataknya berkuasa selama 22 tahun sebelum ini, itulah juga yang mahu dan akan dilakukannya sekarang.

Cuma, sesuatu yang Tun Mahathir mungkin lupa ialah partinya Bersatu hanya ada 13 kerusi Parlimen saja yang diberi kemenangan oleh pengundi dalam PRU14 lalu.

Termasuk 13 Ahli Parlimen UMNO yang melompat menyertai Bersatu, jumlahnya hanya ada 26, suatu jumlah yang masih kurang berbanding PKR yang ada 50 dan DAP yang ada 42 kerusi Parlimen.

Untuk itu, Tun Mahathir hanyalah umpama “Perdana Menteri setinggan” dalam PH, berbeza seperti dalam UMNO dahulu di mana parti itu sentiasa memiliki jumlah kerusi majoriti.

Maka, adalah penting bagi PKR, DAP dan Amanah agar sentiasa mengawal Tun Mahathir agar tidak berlebih-lebihan, terlalu rakus atau tersasar dengan kuasanya sehingga terlupa bahawa PH adalah berbeza dengan BN.

Harus diingat bahawa pengundi memilih PH kerana mahukan perbezaan berbanding era BN sebelum ini.

Apa gunanya rakyat mengundi PH jika Perdana Menterinya berperangai sama seperti Perdana Menteri di bawah BN juga?

PH dalam hal ini harus segera meletakkan titik noktah dengan memastikan tiada lagi janji yang mereka buat sendiri dilanggari sesuka hati melalui kuasa seorang Perdana Menteri.

Jika Perdana Menteri mahu mengengkari janji, beliau mesti diperingatkan bahawa ini adalah kerajaan PH dan ia berbeza dengan BN.

Mungkin juga Tun Mahathir berterusan menggunakan budi bicara dan kuasa sendiri dalam soal lantikan KP SPRM ini kerana pindaan undang-undang mengenainya belum dibuat lagi, tetapi bukankah lebih terpuji jika perubahan dan mematuhi janji manifesto lebih dulu dilakukan tanpa menunggu undang-undangnya dipinda?

Adakah ia sesuatu yang salah? Kenapa mesti akur dengan kaedah lantikan lama jika tidak menjadi kesalahan melakukan perubahan lebih awal?



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/tun-mahathir-tidak-pernah-dan-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Sesiapapun Pertikai Keputusan Tun Dr Mahathir

Jangan Sesiapapun Pertikai Keputusan Tun Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 673 hits
Semua pihak hendaklah menerima dan menghormati keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang baharu kata Timbalan Presiden Parti Pr...
Terima Kasih Tun Mahathir

Terima Kasih Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 529 hits
oleh Ab Jalil Backer Tindakan Tun Mahathir melantik Latheefa Koya secara unilateral adalah sangat tepat Perdana Menteri harus mempunyai kuasa membuat keputusan kerana akhirnya beliau yang bertanggungjawab atas pelantikan tersebut Cadangan d...
Tun Mahathir Ada Kuasa Veto Lantik Sesiapa Saja Dalam Kerajaan

Tun Mahathir Ada Kuasa Veto Lantik Sesiapa Saja Dalam Kerajaan

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 455 hits
Exco Armada Nasional Muzzammil Ismail menegaskan bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sememangnya mempunyai kuasa veto dalam memutuskan sesuatu tanpa perlu merujuk Kabinet Oleh itu katanya tindakan Perdana Menteri melantik Latheef...
Mahathir Tak Pernah Pinjam 1 Bilion Cuma Seleweng Rm100 150 Bilion

Mahathir Tak Pernah Pinjam 1 Bilion Cuma Seleweng Rm100 150 Bilion

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 334 hits
Ratib Dan Zikir Mahathir Setiap HariDi dalam satu forum terbuka yang diadakan di Pusat Konvensyen Straits Quay Pulau Pinang yang dihadiri lebih kurang 600 orang Mahathir telah memburuk2kan Dato Seri Najib Tun Razak berkenaan 1MDB Beliau ber...
Ini Sebab Kenapa Saya Menentang Pas Tun Mahathir

Ini Sebab Kenapa Saya Menentang Pas Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 291 hits
Perpecahan umat Islam di Malaysia sehingga mewujudkan permusuhan antara dua puak tercetus angkara politik PAS yang masih taksub dengan ajaran pemimpin dan partinya kata Tun Dr Mahathir Mohamad Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia ketika...
Sekali Lagi Anwar Bertemu Tun Mahathir

Sekali Lagi Anwar Bertemu Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 446 hits
Luang masa selama 30 minit bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini di Putrajaya Saya menjelaskan konteks persoalan mengenai pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Saya juga memaklumk...
Tun Mahathir Terima Kunjungan Hormat Perwakilan Cpc

Tun Mahathir Terima Kunjungan Hormat Perwakilan Cpc

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 426 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima kunjungan hormat ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China Li Xi di Perdana Putra di sini Li yang diiringi delegasi CPC dan Dr Mahathir berbincang mengenai h...
Amir Given Economy Minister S Duties To Overhaul 13th Malaysia Plan

More Action Needed To Combat Vaping By Students

The Rise Of Film To Tv Adaptations Why Hollywood Keeps Revisiting The Big Screen

Koenigsegg Lancar Sadair S Spear Hypercar 1 625 Hp Dengan Bahan Api Mesra Alam

Petua Nenek Tentang Aloe Vera Yang Masih Relevan Sampai Hari Ini

An Inspirational Birthday Wish That Has A Lasting Impression

Cakap Benci Rasuah Tapi Berdiam Diri Apabila Tindakan Antirasuah Diambil Pm Anwar

Kenapa Pilih Mosumart Design Untuk Semua Keperluan Cetakan Anda


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Kesan Phone Kena Hack Kod Rahsia Elak Kena Intip

Pgzeus88 13 July Pgzeus88 Top 66 By Zack

Lionth 10 Lionth Top 5 By Amelie

Berdengkur Kuat Bukan Perkara Biasa

Selamat Pagi Sabtu 28 Jun 2025

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord