Ini Rm35 Bilion Istimewa Untuk Rakyat



Sikit Tazkirah Ekonomi:
Antara inisiatif #PENJANA yang bernilai RM35 bilion istimewa untuk rakyat:

1) Program Subsidi Upah bernilai RM5 bilion yang dilanjutkan selama 3 bulan lagi.2) Program Insentif Pengambilan Pekerja berjumlah RM1.5 bilion termasuk insentif bagi melibatkan penggangur berumur di bawah 40 tahun, penganggur berumur 40 tahun dan ke atas dan golongan OKU sebanyak RM1,000 sebulan.3) RM4,000 boleh dituntut daripada PERKESO oleh mereka yang hilang pekerjaan, walaupun mereka bukan pencarum di bawah Skim Insurans Pekerjaan.4) Kerajaan akan memperuntukkan RM2 bilion bagi program peningkatan kemahiran untuk mereka yang sedang menganggur dan juga
golongan belia yang memberi manfaat kepada lebih daripada 200 ribu orang.5) Kerajaan akan memberikan geran kepada pengendali taska untuk mematuhi dan melaksanakan SOP yang ditetapkan selain insentif cukai pendapatan individu untuk yuran yang dibayar kepada taman asuhan dan taman didikan kanak-kanak sehingga RM3,000.6) Program MY30 akan diperkenalkan untuk pas perjalanan tanpa had bagi pengangkutan awam di bawah seliaan Prasarana di Lembah Klang, berkuatkuasa 15 Jun hingga 31 Disember 2020.7) 300,000 OKU, ibu tunggal tersenarai dengan JKM layak terima bayaran one-off RM300 dibayar sebelum Aidiladha.8) Kemudahan skim PEKA B40 akan diperkasakan dengan penambahan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi membiayai saringan kesihatan dan kemudahan peralatan perubatan.9) Perkhidmatan internet dengan kapasiti 1 gigabyte secara percuma akan diberikan kepada semua pengguna dari jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari untuk melayari laman web berkaitan pendidikan dan aplikasi persidangan video sehingga 31 Disember 2020.10) Kerajaan akan tubuh Pasukan Petugas Pengambilan Semula Pekerjaan Nasional dipengerusikan bersama Menteri Kewangan dan Menteri Sumber Manusia.
11) Skim pembiayaan pelancongan bernilai RM1 bilion bantu sektor pelancongan.12) Tambahan RM2 bilion untuk dana Penjana PKS, maksimum RM500,000 setiap PKS.13) Insentif cukai dalam pelbagai bentuk perbelanjaan operasi dalam kebiasaan baharu seperti kos PPE dan ujian saringan kepada pengusaha syarikat.14) Kerajaan perkenal kempen Shop Malaysia Online, galak perbelanjaan dalam talian melalui platform e-dagang.15) Kerajaan sediakan lebih banyak perkhidmatan dalam talian termasuk proses mati setem dan e-temuduga biasiswa kerajaan.16) Geran Padanan Digital akan disediakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi dengan peruntukan sebanyak RM100 juta.17) Kempen Pemilikan Rumah akan diperkenalkan semula untuk rancakkan pasaran hartanah.18) Sejumlah RM500 juta akan disediakan di bawah SME Technological Transformation Fund sebagai pinjaman mudah.19) Kerajaan setuju lanjut dan seragamkan waktu operasi UTC berkuatkuasa 1 Julai.20) Smart Automation Grant diperuntukkan berjumlah RM100 juta dan setiap syarikat yang layak akan terima geran sehingga RM1 juta.
21) Pengecualian cukai pelancongan sepenuhnya bermula 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021.22) Pengecualian cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penginapan yang disediakan oleh pengendali premis penginapan dilanjutkan mulai 1 September 2020 hingga 30 Jun 2021.23) Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 yang telah diberikan ke atas perbelanjaan melancong dalam negara dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.24) Beberapa program dan kemudahan kewangan untuk menjana semula industri kreatif negara yang berjumlah sebanyak RM225 juta akan dilaksanakan melalui kerjasama antara MyCreative Ventures, MDEC dan pihak swasta.25) Bagi industri pertanian dan makanan, kemudahan pinjaman Dana Agrofood
sebanyak RM350 juta akan diperuntukkan untuk memastikan kelangsungan pengusaha pertanian dan komoditi dalam sektor ini.26) Pengusaha pertanian bandar juga akan diberi bantuan bernilai RM500 seorang dan RM50,000 untuk setiap komuniti.27) Kerajaan akan kredit RM50 dalam akaun e-dompet yang dipadankan dengan baucar diskaun dan cashback bernilai RM50 bermula Julai 2020.28) Kerajaan setuju kadar cukai 0 peratus selama 10 tahun bagi pelaburan baharu di dalam sektor pengilangan dengan pelaburan dalam harta tetap di antara RM300 juta hingga RM500 juta.29) RM500 juta untuk SUKUK prihatin yang akan dilaksanakan suku ketiga tahun ini.30) Kerajaan bersetuju untuk menggubal Rang Undang-Undang COVID-19 (Langkah Sementara) yang merupakan pelepasan sementara atau temporary relief daripada tanggungjawab perjanjian bagi suatu tempoh yang ditetapkan.
#Penjana
#BersamaMenjanaEkonomi
#KerajaanPrihatinCatatan :
Mustaman Bin Mustain,
Bukit Garam, Kinabatangan.
Lihat Sebelum ini..
E-Buku IH-128: Sikit Tazkirah Ekonomi..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/06/ini-rm35-bilion-istimewa-untuk-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rm9 Bilion Tangani Isu Pengangguran Rakyat Kekal Kerja Pm Muhyiddin Yassin

Rm9 Bilion Tangani Isu Pengangguran Rakyat Kekal Kerja Pm Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 294 hits
Sebanyak RM9 bilion akan diperuntuk kerajaan bagi menangani cabaran kadar pengangguran yang meningkat dan memastikan pengekalan pekerjaan rakyat dalam negara dalam tempoh pemulihan semula ekonomi negara ekoran wabak Covid 19 Perdana Menteri...
Kerajaan Laksana Pelan Rangsangan Terbaru Rm35 Bilion Untuk Pulih Ekonomi

Kerajaan Laksana Pelan Rangsangan Terbaru Rm35 Bilion Untuk Pulih Ekonomi

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 372 hits
June 5 2020 4 00 PMPerdana Menteri Muhyiddin Yassin PUTRAJAYA Kerajaan hari ini mengumumkan pelaksanaan Pelan Jana Semula Ekonomi atau Penjana bagi membantu memulihkan ekonomi negara daripada kesan wabak Covid 19 dan pelaksanaan perintah ka...
Muhyiddin Umum Rm35 Bilion Untuk Jana Semula Ekonomi

Muhyiddin Umum Rm35 Bilion Untuk Jana Semula Ekonomi

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 355 hits
PERDANA MENTERI Muhyiddin Yassin mengumumkan dana RM35 bilion untuk menjana semula ekonomi yang terjejas ekoran penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Sebanyak RM10 bilion daripada jumlah itu merupakan suntikan fiskal langsung daripada ...
Kerajaan Perkenal Penjana Bernilai Rm35 Bilion

Kerajaan Perkenal Penjana Bernilai Rm35 Bilion

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 203 hits
PUTRAJAYA Kerajaan memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara dengan tema Bersama Menjana Ekonomi bagi menangani impak pandemik koronavirus Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata di bawah Penjana itu kerajaan telah mengenal p...
Rakyat Tengah Susah

Rakyat Tengah Susah

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 353 hits
MALAYSIA DATELINE Mahu nafi sedang tenat tetapi mungkin tanpa disedarinya pecahkan tembelang diri sendiri Itu yang dilihat berlaku pada Ahli Parlimen Jelebu Datuk Jalaluddin Alias Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno dan Ketua Umno Bahagian Jel...
Rakyat Malaysia Diminta Hindar Kawasan Protes Di Amerika Patuh Perintah Berkurung Hishammuddin

Rakyat Malaysia Diminta Hindar Kawasan Protes Di Amerika Patuh Perintah Berkurung Hishammuddin

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 234 hits
KUALA LUMPUR 1 Jun Rakyat Malaysia di Amerika Syarikat diminta menghindari kawasan protes dan patuhi perintah berkurung yang dikuatkuasa negara itu selepas ribuan penunjuk perasaan turun ke jalan raya berikutan insiden kematian George Floyd...
Terkini Kkm Kesan Kluster Baharu Di Pangsapuri Cheras 6 Rakyat Tempatan Disahkan Positif

Terkini Kkm Kesan Kluster Baharu Di Pangsapuri Cheras 6 Rakyat Tempatan Disahkan Positif

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 336 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan terdapat satu kluster baharu Covid 19 telah dikenal pasti di negara ini iaitu Kluster Pangsapuri Cheras Menerusi kenyataan ringkas di Twitter rasmi KKM kluster tersebut adalah daripada penularan rak...
Ph Bukan Kerajaan Melayu Islam Pn Bodohkan Rakyat

Ph Bukan Kerajaan Melayu Islam Pn Bodohkan Rakyat

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 353 hits
YB Nurin menolak isu PH memperkecilkan Islam sebagaimana didakwa PN sebelum ini Juga tuduhan kononnya kerajaan PH Kedah bukan Melayu Islam Faktanya PH ada 19 kerusi hanya 6 ADUN bukan Islam 13 adalah Melayu Islam Apakah isunya 68 Islam dala...
Masalah Pemabuk Rakyat Menanti Solusi Daripada Parti Islam Terkemuka Dunia

Masalah Pemabuk Rakyat Menanti Solusi Daripada Parti Islam Terkemuka Dunia

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 201 hits
Walaupun kerajaan bertukar nampaknya isu mabuk tetap tidak dapar diselesaikan Pemandu mabuk kian meningkat setiap hari Jika semalam kita disajikan dengan pemabuk yang melanggar dan mengheret penunggang motosikal sejauh 2km Hari ini polis pu...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

How Did Afif Know Of Alleged Rm100m Payment For Pjd Link Asks Pj Mp

Memikirkan The Unknown

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya



Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan


Buah Tin 10 Khasiat Kepada Kesihatan Lelaki Wanita

Waktu Solat Aidil Adha Bila Waktu Sesuai Untuk Bertakbir

Himpunan Resepi Ayam Masak Black Pepper Yang Simple Dan Sedap

Easter Egg Mayat Ant Man Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru Deadpool Wolverine

Dolar Kini Mengukuh

Lunch With Ex Officemate Ecah Di Padi House Klcc