Ini Penjual Ikan Berpakaian Seksi



Liu kini popular gara-gara menjual ikan berpakaian ala model.

CHANGHUA - TAIWAN. Siapa sangka, seorang wanita cantik, berpakaian seksi menjual ikan di pasar basah di Taiwan kini telah menjadi selebriti popular.Mendapat jolokan penjual ikan tercantik di Taiwan, Liu Pengpeng, 26, berkata, dia sekadar membantu ibunya ketika ada masa terluang di gerai makanan laut milik keluarga di daerah Changhua.Sebelum ini, tular video dan gambarnya di media sosial menunjukkan Liu memakai apron dan sibuk menyiang ikan serta melayan pelanggan.Gara-gara berpakaian ala model dan seksi ketika menjual ikan, Liu mencuri perhatian pelanggan serta netizen.

Kini gerai ibunya semakin popular dan pada satu masa menerima 30 pelanggan termasuk krew televisyen."Kedai ini diusahakan oleh keluarga sejak empat generasi dan sehingga kini perniagaan mendapat sambutan amat menggalakkan," katanya menolak dakwaan gaya penampilan ala model adalah untuk meraih publisiti.Sebaliknya dia telah membantu ibunya sejak berusia 13 tahun dan cekap menguruskan gerai tersebut.Lui juga berbesar hati sekiranya para pelanggan datang ke gerainya untuk membeli makanan laut bukan mengganggu dengan merakam gambarnya. - Dailymail
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah bezanya perniagaan orang bukan Islam dengan perniagaan dalam Islam yang tidak 'menghalalkan cara'. Apa lagi bila yang berniaga itu seorang muslimah. Bukan asal dapat untung tidak peduli halal haram lagi.. Tidak kira maruah dan aurat lagi.
Mahalnya Maruah Muslimah Dilindungi.. 

Mari kita lihat dalam sejarah Islam, semasa zaman gemilangnya di bawah pemerintahan khalifah Al-Mu'tasim, khalifah Bani Abbasiyah (833-842M). Sila rujuk kitab 'Al-Kamil fi al-Tarikh' karya Ibn Al-Athir, terjadi pada tahun 223 Hijriyyah, di bawah judul 'Penaklukan kota Ammuriah'.

Dilaporkan, seorang Muslimah rakyatnya dari keturunan Bani Hashim sedang membeli-belah di sebuah pasar dalam negeri di bawah kekuasaan Romawi. Yakni bukan di bawah pemerintahan Al-Muktasim, di utara benua Asia. atau tepatnya di kota Ammuriah, dalam negara Turki hari ini.

Semasa sedang berjalan itulah, Muslimah tersebut diganggu oleh seorang lelaki Romawi dengan menyentuh hujung tudung atau jilbabnya. Lantas secara spontan wanita itu menjerit..

"Wa Mu'tashamah!!" Ertinya, 'Dimana kau Mu'tasim'. Dia menyeru kepada Khalifah atau kerajaannya, yakni kerajaan Islam pada masa itu. ... "Tolonglah aku".

Takdir Allah SWT, teriakan Muslimah tersebut akhirnya sampai ke telinga Khalifah al-Mu'tasim. Ketika itu, al-Mu'tasim, khalifah Bani Abbasiyah, sedang memegang gelas untuk minum. Didengarnya berita seorang Muslimah dilecehkan auratnya oleh tentera Romawi.

Khalifah itupun langsung berseru kepada panglima perangnya agar bersiap menuju Ammuriah, tempat dimana Muslimah tersebut menjerit meminta tolong. Puluhan ribu tentera pun dikerah mulai dari gerbang ibukota di Baghdad hingga hujungnya mencapai kota Ammuriah.

Pembelaan kepada Muslimah ini sekaligus dimaksudkan oleh khalifah sebagai pembebasan Ammuriah dari jajahan Romawi. Catatan sejarah menyatakan, ribuan tentera Muslim bergerak di bulan April, 833 Masehi dari Baghdad menuju Ammuriah. Kota Ammuriah dikepung oleh tentera Muslim selama kurang lebih lima bulan hingga akhirnya takluk di tangan Khalifah al-Mu'tasim pada 13 Ogos 833 Masehi.

Bayangkan, hanya kerana seorang wanita rakyat di bawah naungannya, yang dilecehkan rakyat Romawi dan menjerit minta tolong 'Wahai Mu'tasim!". Maka Khalifah tersebut tersentuh hatinya dan terbakar ghiroh tanggungjawab kepimpinan Islamnya, sehingga dilancarlah serangan penaklukan ke Ammuriah. Akhirnya, wanita itu dapat dibebaskan. Allahu Akbar!

Zaman Nabi.

Begitu juga yang berkaku pada zaman Nabi Muhammad SAW. Dikisahkan ada seorang tukang emas Yahudi Bani Qainuqa menganiaya kehormatan seorang Muslimah dengan mengikat pinggir bajunya sehingga menyebabkan tubuhnya tersingkap. Masa itu, seorang lelaki Muslim kebetulan berada di sana dan terus membunuh orang Yahudi itu sebagai balasan.

Lalu orang-orang Yahudi membalas balik dengan membunuh lelaki Muslim itu. Keluarga lelaki itu memanggil kaum Muslimin untuk membantu dan Nabi SAW, mengirimkan pasukan melawan mereka. Setelah 15 hari pengepungan seluruh suku Bani Qainuqa diusir keluar dari Madinah. Ertinya kerajaan Islam melindungi maruah dan sensitifiti rakyatnya. Subhanallah!

Khalifah Umar bin Abdul-Aziz  

Di masa Khalifah Umar bin Abdul-Aziz pula, beliau pernah mengirim surat kepada para tahanan perang, orang Muslim di Konstantinopel. Beliau mengatakan kepada mereka:

"Kamu menganggap dirimu sebagai tahanan perang. Padahal kamu bukan tahanan perang. Kamu terkunci di jalan Allah. Aku ingin kamu tahu bahawa setiap kali aku memberikan sesuatu kepada kaum Muslim, aku memberikan lebih banyak untuk keluarga kamu. Dan aku mengirimkan sekitar 5 dinar untuk setiap salah satu dari kamu.  Dan andainya bukan kerana aku takut diktator Romawi akan mengambilnya dari kamu, tentu aku akan mengirimkan lebih. Aku juga telah mengirim banyak untuk menjamin pembebasan setiap salah satu dari kamu tanpa memikirkan berapa biayanya. Jadi gembiralah! Assalamu Alaikum. "Begitulah cara melindungi wanita supaya tidak diganggui atau dihina oleh musuh-musuh Allah SWT. Wallahu 'aklam.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2018/12/ini-penjual-ikan-berpakaian-seksi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elakkan 3 Jenis Ikan Pari Bawal Hitam Dan Terubok Kerana Akan Mengaktifkan Ketumbuhan Fibroid

Elakkan 3 Jenis Ikan Pari Bawal Hitam Dan Terubok Kerana Akan Mengaktifkan Ketumbuhan Fibroid

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 1450 hits
Elakkan 3 jenis ikan Pari Bawal hitam dan Terubok kerana ia akan mengaktifkan ketumbuhan fibroid Ikan ikan ini mengandungi toksik yang tinggi 24 Lukemia amenia teleseminis Cari daun Kemunting Cina Jemur amp keringkan Rebus amp Minum 10 gram...
Hukum Makan Ikan Hiu

Hukum Makan Ikan Hiu

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 258 hits
Hukum Makan Ikan Hiu Bolehkah makan daging hiu Trim s Jawab Bismillah was shalatu was salamu ala Rasulillah wa ba du Ulama berbeda pendapat mengenai hukum makan daging ikan hiu Pertama ikan hiu hukumnya haram karena termasuk binatang buas y...
Antara Tempat Best Ikan Patin Tempoyak Di Temerloh

Antara Tempat Best Ikan Patin Tempoyak Di Temerloh

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 1165 hits
Antara Tempat Best Ikan Patin Tempoyak Di Temerloh Rasanya hampir semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum jika korang terdengar perkataan daerah Temerloh mesti korang ingat ikan patin Ya betul sememangnya di Temerloh iaitu di negeri Pahang...
19 Tersangka Pencurian Ikan Dan Penyelundupan Lobster Di Jatim Diringkus

19 Tersangka Pencurian Ikan Dan Penyelundupan Lobster Di Jatim Diringkus

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 173 hits
Anggota Polisi Air dan Udara Polda Jawa Timur mengungkap dua kasus illegal fishing menggunakan bahan peledak serta penyelundupan 31 487 benih lobster jenis mutiara dan pasir lewat jalur laut
Ini Cara Mudah Buat Sambal Ikan Sedap Rangup Mak Mak Boleh Cuba

Ini Cara Mudah Buat Sambal Ikan Sedap Rangup Mak Mak Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 500 hits
Semua orang boleh buat sambal ikan tidak kira sambal itu sambal cili padi sambal cili kering mahu pun menggunakan cili boh tetapi hasilnya pelbagai Sebenarnya apa yang penting jika mahu sambal sedap sambal kena tumis sampai masak mesti ada ...
Video Ikan Ape Ni Sama Saiz Ditelan Macam Tu Jer

Video Ikan Ape Ni Sama Saiz Ditelan Macam Tu Jer

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 1143 hits
Inilah ikan Wel Catfish sedara mara ikan tapah ikan ni dah mengancam ekosistem sungai banyak negara sebab main baham je apa yang lalu depan mata termasuklah manusia sekalipun Ikan ni boleh membesar sehingga berat ratusan kg Dengan rasa tak ...
Rahsia Ikan Celup Tepung Yang Tetap Rangup Walau Ketika Sejuk

Rahsia Ikan Celup Tepung Yang Tetap Rangup Walau Ketika Sejuk

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 409 hits
Resepi Ikan Celup Tepung Yang Tetap Rangup Walau Ketika Sejuk Bahan bahan untuk bancuhan ikan celup tepung ni
Mist3ri Mengenai Ikan Yang Menelan Nabi Yunus Dikatakan Masih Hidup Sehingga Sekarang Rileks Media

Mist3ri Mengenai Ikan Yang Menelan Nabi Yunus Dikatakan Masih Hidup Sehingga Sekarang Rileks Media

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 2003 hits
Bagi kita yang beragama Islam kisah tentang Nabi Yunus tentu bukan sesuatu yang baru lagi Ya seperti yang kamu tahu cerita ini begitu dramatis Bukan hanya soal menerima penolakan dari kaumnya Nabi Yunus juga pernah merasakan kejadian luar b...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba