Ini Kesilapan Besar Jika Paksa Anak Belajar Ini Masa Ibu Ayah Kenal Potensi Diri Anak


Cukup risau bila anak tidak nak belajar. Puas dipujuk, tetap tidak mahu. Jika ajak main di taman atau apa sahaja barang permainan cepat je. Siapa yang tak bimbang apabila anak usia enam tahun tahu lagi membaca dengan lancar. Lebih menakutkan anak jiran sebelah rumah sudah pandai membaca! Aduh!! Memang stress je rasanya. Namun  pendapat Pengiat Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Puan Norazura Ismail ini mampu memberikan kelegaan kepada ibu-ibu di luar sana. Kenapa tu? Ikuti pendapatnya ini.
Apa salahnya jika anda cuba melihat dan mengenalpasti selain kecerdikan dalam akademik, apakah kelebihan dan keistimewaan anak anda ini dari sudut yang lain. Mungkin anak anda pandai melukis. Belajarlah memahami potensi lain dalam diri anak. Anda boleh memberi dorongan kepada minat dan hobi melukisnya. Pujilah dia bila dia boleh menghasilkan satu lukisan yang istimewa walau dalam masa yang sama dia gagal menunjukkan kemampuan dalam pelajarannya.
Belajarlah memahami potensi lain dalam diri anak sama ada kebolehan melukis atau menari ballet Dia sebenarnya insan yang istimewa kerana dia boleh menzahirkan imiginasinya dalam bentuk lukisan yang cantik. Dia sebenarnya seorang yang sangat kreatif dalam berfikir dan menghasilkan idea. Tidak mustahil, dengan minat apatah lagi ada dorongan dan galakan yang berterusan dari anda, hobi yang diminatinya ini boleh memberi kejayaan kepadanya di masa depan. Anda boleh galakkan anak untuk meneruskan pelajarannya dalam bidang kemahiran yang diminatinya.
Kesilapan besar kita sebagai ibubapa ialah apabila kita menilai anak hanya dari segi akademiknya.
Kesalahan kita sejak dari anak kita mula masuk TADIKA  ialah kita hendak sangat anak kita cepat pandai walaupun baru masuk TADIKA.  Ibubapa pasti akan merunggut atau bising  bila anak yang belajar di TADIKA lambat dapat menguasai kemahiran membaca. Kita sering beri galakan dari sudut kepandaian akademik hingga kita lupa bahawa kemampuan anak mungkin tidak sama dengan harapan kita.
Oleh kerana kita meletakkan harapan yang sangat tinggi pada anak yang masih di awal usia itu, hingga kita lupa untuk menggilap potensi diri anak dari aspek perkembangan yang lain. Kita sebagai ibubapa kekadang lupa untuk melihat potensi dan kemampuan anak dari sudut yang lain. Dan kita juga lupa untuk beri pujian pada anak dari sudut yang lain.
KESILAPAN 1
Jom lihat satu contoh. Ada anak kerana telah diberi latih tubi yang berterusan dari awal maka dia boleh membaca seawal 3 tahun tetapi anak ini kurang pandai bergaul dengan kawan-kawan sebayanya. Ibubapa mungkin nak anak fokus pada membaca hingga lupa bahawa dunia anak adalah bermain dan terus bermain. Ruginya anak-anak awal usia yang tidak diberi peluang untuk mengisi sepenuhnya ruang dalam kehidupannya untuk bermain. Seketika kita lupa bahawa dengan bermain anak-anak belajar pelbagai perkara.Tak salah mendedahkan anak pada pembacaan awal, yang salah ialah bila memaksa anak dan meletakkan harapan yang tinggi supaya anak-anak cepat pandai membaca sama seperti anak orang lain. Biarlah anak-anak awal usia ini memilih minat dan kecenderungan mereka sendiri.
KESILAPAN  2
Jom lihat pula apa berlaku di TASKA@TADIKA maupun anak-anak yang baru memasuki Tahun satu di Sekolah Rendah.  Pengasuh  pendidik maupun guru di TASKA TADIKA dan sekolah sering membandingkan anak-anak dari sudut kepandaian akademiknya. Anak yang cepat pandai membaca di awal usia,  anak itulah yang selalu dipuji pengasuh pendidik@ guru. Manakala anak yang agak aktif dan banyak bertanya apatah lagi lambat sedikit menguasai pembacaan, anak itu tidak dipandang dan akan sering dimarahi. Para pendidik pun suka  anak-anak yang pandai sebab itulah yang diamanahkan oleh ibubapa yang menghantar anak ke TASKA TADIKA atau Sekolah. Untuk seketika kita semua lupa bahawa anak-anak adalah berbeza dari pelbagai sudut. Kita lupa untuk memahami setiap anak adalah berbeza.
KESILAPAN 3
Untuk anda yang mempunyai anak-anak yang telah bersekolah, cuba kenalpasti potensi diri anak. Fahami anak dari sudut sikap, tabiat, kecerdikan dan juga kemahiran yang dimilikinya. Jika anak anda berpotensi besar dalam akademiknya, beri galakan untuk anak meneruskan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Sebaliknya untuk anak yang kurang pencapaian akademiknya, kenalpasti kemahiran yang diminatinya. Bimbing anak untuk menggilap kemahiran yang dimilikinya. Puji anak yang mempunyai bakat@potensi dalam bidang kemahiran tertentu. Jangan samakan anak yang cerdik akademiknya dengan anak yang mempunyai kepandaian  kemahiran dalam sesuatu bidang. Berlaku adil lah pada anak-anak anda sendiri.
Ibu bapa perlu bertindak sebagai penasihat atau pembimbing bukan sebagai diktator yang menentukan masa depan anak-anak anda sendiri. Kesimpulannya, saya tekankan lagi setiap anak adalah tidak sama jadi belajarlah memahami perbezaan anak-anak. Paling penting peranan kita kita sebagai ibubapa ialah untuk beri peluang kepada anak memiih sesuatu yang diminatinya. Jangan sesekali memaksa anak dalam menentukan minat atau memilih bidang yang ingin  diceburinya. Anda perlu bertindak sebagai penasihat@pembimbing bukan sebagai diktator yang menentukan masa depan anak-anak anda sendiri.  Doakan kejayaan anak-anak kita dalam apa jua bidang yang diceburi @ diminatinya. Semoga anak-anak kita berjaya bukan sahaja dalam kerjayanya di dunia malah juga kejayaan di SANA jua.
Sumber: pnnorazuraismail.blogspot.my
 
 
 
The post Ini Kesilapan Besar Jika Paksa Anak Belajar. Ini Masa Ibu Ayah Kenal Potensi Diri Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ini-kesilapan-besar-jika-paksa-anak-belajar-ini-masa-ibu-ayah-kenal-potensi-diri-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

papar berkaitan - pada 25/12/2024 - jumlah : 166 hits
Anak anak adalah pemerhati yang hebat Mereka cenderung meniru apa sahaja yang mereka lihat daripada ibu bapa dan persekitaran sekeliling Sebagai ibu bapa setiap tindakan dan tingkah laku kita menjadi contoh langsung yang akan membentuk peri...
Dia Banyak Sebut Ayah Hyunbin Kongsi Sering Habiskan Masa Dengan Anak Bila Tiada Penggambaran

Dia Banyak Sebut Ayah Hyunbin Kongsi Sering Habiskan Masa Dengan Anak Bila Tiada Penggambaran

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 108 hits
Sukanya tengok keluarga bahagia Hyun bin dan Son Ye jin ni Artikel Berkaitan Baru baru ini Hyun bin telah muncul sebagai tetamu menerusi program You Quiz on the Block bagi mempromosikan filem barunya iaitu Harbin dan juga bercerita tentang ...
Jangan Sesekali Kata Penat Depan Anak Anak Antara Tip Nak Buat Anak Hormat Kita Sebagai Ibu Ayah

Jangan Sesekali Kata Penat Depan Anak Anak Antara Tip Nak Buat Anak Hormat Kita Sebagai Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 167 hits
Memang mencabar menjadi ibu ayah kepada anak anak supaya anak mendengar kata dan hormat kita yang menjaganya sejak kecil lagi Namun kadang kala kita terlepas cakap sehingga merungut penat bekerja dan silap dalam mendidik anak anak sehingga ...
Ibu Ini Kongsi Tip Ajar Anak Membaca Tanpa Paksa Part No 2 Tu Memang Power

Ibu Ini Kongsi Tip Ajar Anak Membaca Tanpa Paksa Part No 2 Tu Memang Power

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 146 hits
Setiap anak ada perjalanan perkembangan mereka sendiri Sebagai ibu bapa kita mesti faham bahawa membaca bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa terlalu awal Ia perlukan masa kesabaran dan pendekatan yang sesuai dengan minat serta keperluan anak...
Kesilapan Besar Anak Anak Yang Kematian Ibubapa

Kesilapan Besar Anak Anak Yang Kematian Ibubapa

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 143 hits
Kesilapan besar anak anak terhadap arwah ibu bapa yang sudah meninggal dunia antaranya adalah 1 Ada yang hanya menggantung gambar ibu bapa di dinding dinding rumah atau simpan gambar itu dalam dompet 2 Ada yang suka simpan barang yang ditin...
Anak Pergi Dahulu Video Tangisan Ibu Di Pusara Buat Ramai Sebak

Anak Pergi Dahulu Video Tangisan Ibu Di Pusara Buat Ramai Sebak

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 149 hits
Video tangisan ibu di pusara anak telah membuatkan ramai sebak apabila dikhabarkan cahaya mata tersayang meninggal dunia Perkongsian tersebut telah dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Meerquin telah mendapat perhatian ramai me...
Cara Bantu Anak Selamat Tengok Tv Gajet Mak Ayah Tentukan

Cara Bantu Anak Selamat Tengok Tv Gajet Mak Ayah Tentukan

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 163 hits
Anak yang anak lihat dan belajar itulah yang akan kekal dalam mindanya sewaktu membesar Oleh sebab itulah mak ayah perlu memilih saluran yang tepat untuk anak belajar dan tonton Menurut perkongsian Penulis Keibubapaan Pn Wawa Shauqi berjuan...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Risiko Asteroid Hentam Bumi Meningkat Nasa

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Online Presence Is Critical For Business

Sambal Tempe Kangkung Buat Pedas Lagi Sedap

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Gummy Eyeball Bawa Maut Mak Ayah Minta Haramkan Penjualan Jajan Merapu


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Pgzeed42 Bonuses Promotions Your Ticket To Jackpot Success

Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Tak Sedarkan Diri Dikejarkan Ke Hospital

Ura Kekalkan Ambang Persetujuan 100 Peratus Pemilik Tanah Akmal

Ura Jangan Sampai Sudah Terhantuk Baru Terngadah

Hannahavenhome Tips Menabung Perlahan Untuk Move On Dengan Baik

Terkini Bekas Pm Ismail Sabri Dihantar Ke Hospital Di Damansara Selepas Ditemui Tidak Sedar Diri