Ini Kerajaan Tuanku


ALHAMDULILLAH, pada hari Isnin lalu, Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14 selamat berlangsung di Dewan Rakyat walaupun negara masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi menangani wabak Covid-19.
Istiadat tersebut juga menyaksikan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat mencemar duli dan menyampaikan titah kepada semua ahli-ahli Yang Berhormat.
Syabas kepada pihak Parlimen kerana menuruti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan sehingga kedudukan kerusi ahli-ahli yang berhormat di Dewan juga mematuhi penjarakkan sosial dan pemakaian topeng muka oleh semua yang hadir.
Pada istiadat tersebut, Seri Paduka sendiri mengajak semua hadirin untuk menzahirkan terima kasih dan penghargaan tertinggi kepada petugas-petugas barisan hadapan yang berkorban demi memastikan keselamatan rakyat daripada wabak Covid-19.
Seperti biasa, ada sahaja segelintir pihak yang cuba mempolitikkan istiadat tersebut. Namun, penulis tertarik dengan perbahasan hangat di media sosial mengenai konsep ‘Kerajaan Beta’ seperti yang terkandung dalam titah Seri Paduka.
Malaysia ialah sebuah negara berdaulat yang mengamalkan pemerintahan raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Ini dengan kata lain bermaksud, Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai raja selaku ketua negara dan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara yang menjelaskan peranan raja dan kerajaan.
Malaysia juga mengamalkan demokrasi berparlimen di mana rakyat akan memilih wakil-wakil mereka melalui pilihan raya. Wakil-wakil rakyat ini kemudiannya menentukan siapakah dalam kalangan mereka layak untuk dilantik oleh Seri Paduka sebagai Perdana Menteri bagi menjalankan kuasa eksekutif Seri Paduka mengikut Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan.
Oleh itu, tidak salah pernyataan ‘Kerajaan Beta’ yang diucapkan oleh Seri Paduka dalam titahnya. Malahan, itulah pernyataan paling tepat dan tidak seharusnya dijadikan polemik dalam kalangan rakyat.
Hak
Di United Kingdom iaitu tempat lahir konsep raja berperlembagaan sendiri juga perkara sama berlaku. Ratu Elizabeth II selaku ketua negara juga menggunakan pernyataan yang sama dalam titah baginda pada istiadat pembukaan Parlimen di House of Lords.
Baginda Ratu juga menyebut My Prime Ministers atau My Ministers dalam titah yang disediakan oleh kerajaan. Pada istiadat Isnin kelmarin juga menyaksikan Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan menyerahkan teks titah kepada Seri Paduka.
Maka, apakah yang cuba dimainkan dan dibahaskan oleh kelompok yang cuba mempersoalkan pernyataan itu? Janganlah mewujudkan kekeliruan dalam kalangan rakyat dengan tafsiran yang berlainan hanya semata-mata hakikat itu tidak menyebelahi kalian.
Selain itu, lebih mengecewakan, ada pimpinan pembangkang yang meremehkan sidang Isnin lalu apabila menyifatkannya sebagai ‘tidak berguna’ dan ‘sampah’. Sekalipun kurang bersetuju dengan keadaan tersebut, janganlah tergamak sehingga merendahkan sidang di mana Seri Paduka bertitah.
Bukankah ramai antara mereka adalah pengamal undang-undang? Tetapi mengapakah mereka seperti menidakkan peri pentingnya titah Seri Paduka di Parlimen. Bukankah Seri Paduka berhak bertitah sama ada di Dewan Rakyat atau Dewan Negara atau secara serentak bersama kesemua ahli-ahli Yang Berhormat seperti yang termaktub dalam Perkara 60 Perlembagaan Persekutuan?
Justeru, penulis menegaskan konteks yang tepat adalah kerajaan Malaysia ini adalah kerajaan Seri Paduka dan titah yang disampaikan adalah sebahagian daripada tanggungjawab Seri Paduka sebagai ketua negara. Ini perlu jelas pada pemahaman semua dan tidak perlu dipertikaikan lagi.

DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
20 Mei 2020

MR :  Penggunaan untuk kerajaan berpelembagaan


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/ini-kerajaan-tuanku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuanku Agong Mendedahkan Punca Kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan

Tuanku Agong Mendedahkan Punca Kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 430 hits
Dalam Titah KDYMM Yang Di Pertuan Agong di Parlimen pagi tadi jelas menjelaskan punca kejatuhan kerajaan PH adalah apabila Tun Dr Mahathir mengambil keputusan MELETAK JAWATAN PERDANA MENTERI walaupun Baginda sendiri meminta agar Tun tidak b...
Pakatan Harapan Tumbang Di Kedah Perikatan Nasional Dijangka Umum Pembentukan Kerajaan Negeri Baharu

Pakatan Harapan Tumbang Di Kedah Perikatan Nasional Dijangka Umum Pembentukan Kerajaan Negeri Baharu

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 552 hits
Perikatan Nasional dijangka mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu selepas memperolehi bilangan Ahli Dewan Undangan Negeri mencukupi hari ini Sumber memaklumkan dua ADUN dari PKR iaitu ADUN Lunas Azman Nasrudin dan ADUN Sidam Dr Rob...
Kedah Kerajaan Mukhriz Tumbang

Kedah Kerajaan Mukhriz Tumbang

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 598 hits
SUNGAI PETANI Umpama retak menanti belah Kerajaan Pakatan Harapan Kedah sudah sampai ke garisan penamat apabila dua adun PKR Azman Nasaruddin dan Dr Robert Ling Kui Ei secara rasminya mengishtihar keluar parti dan menyokong sepenuhnya kepim...
Kerajaan Negeri Kedah Sah Jatuh Ke Tangan Perikatan Nasional

Kerajaan Negeri Kedah Sah Jatuh Ke Tangan Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 526 hits
Perikatan NasionalBerikutan 2 ahli Dewan Undangan Negeri Kedah PKR yang telah keluar daripada parti dan memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional memastikan gerakkan yang selama ini sudah diduga Kerajaan Pakatan Harapan musnah apabila t...
Jangan Kritik Tindakan Kerajaan Banteras Pati

Jangan Kritik Tindakan Kerajaan Banteras Pati

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 329 hits
PUTRAJAYA Mana mana pihak yang mengkritik tindakan kerajaan membanteras pendatang asing tanpa izin di Malaysia diminta untuk melihat peruntukan undang undang berkaitan kesalahan memasuki sesebuah negara tanpa dokumen sah Menteri Kanan Datuk...
Amanah Mukhriz Bincang Isu Kerajaan Kedah

Amanah Mukhriz Bincang Isu Kerajaan Kedah

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 409 hits
MALAYSIAKINIAmanah Kedah berpendapat jika ada Adun Pakatan Harapan atau Bersatu negeri itu mahu berpaling tadah memberikan sokongan kepada kumpulan Muafakat Nasional mereka perku membuat kenyataan rasmi mengenainya Pengerusi Amanah Kedah Ph...
Hilang Pendapatan Ppfim Rayu Kerajaan Agar Benarkan Aktiviti Penggambaran

Hilang Pendapatan Ppfim Rayu Kerajaan Agar Benarkan Aktiviti Penggambaran

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 434 hits
Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan bagi membendung pandemik COVID 19 memberi kesan kepada pendapatan sesetengah pihak Sehubungan dengan itu Persatuan Penerbit Filem Iklan Malaysia telah merayu kepada pihak kerajaan untuk...
Cabut Undi Tender Kerajaan Akan Di Siarkan Secara Langsung

Cabut Undi Tender Kerajaan Akan Di Siarkan Secara Langsung

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 407 hits
PUTRAJAYA Proses cabut undi bagi projek kerajaan berskala kecil tidak akan diadakan dalam dewan dengan dihadiri kontraktor sebaliknya dibuat di pejabat kerajaan menerusi siaran langsung di media sosial Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zaf...
Kerajaan Akur Ada Golongan Yang Layak Tercicir Terima Bpn

Kerajaan Akur Ada Golongan Yang Layak Tercicir Terima Bpn

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 441 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kewangan menerima pandangan terdapat kemungkinan bahawa golongan yang benar benar layak tercicir daripada menerima Bantuan Prihatin Nasional Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata terdapat beberap...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Miki Ghazali Zulfikar Raih Emas Muay Thai Sea Games Tewaskan Petarung Tuan Rumah

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Agc Arah Siasatan Tiga Lelaki Ditembak Mati Di Melaka Diklasifikasi Kes Bunuh

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Keperluan Barang Sekolah Lengkap Di Pusat Pakaian Hari Hari

Evolusi Bahan Cetakan Dalam Membantu Pertumbuhan Jenama

Ketika Kebahagiaan Menjadi Biasa Memahami Keindahan Sederhana

Russia Tuntut Usd230 Bilion Daripada Euroclear Susulan Tindakan Eu