Ini Checklist Barang Baby Masa Hamil Hingga Si Manja Setahun Mama Jom Semak
Apabila bercakap mengenai checklist barang baby, selalunya barangan yang dibeli ibu bapa adalah berlebihan dan kadangkala tidak digunakan langsung.
Apa yang pasti, si manja hanyalah memerlukan pakaian yang mencukupi, selain keperluan untuk memastikan dirinya bersih, di samping persekitaran yang selesa dan selamat.
Ingin tahu apakah senarai barang keperluan bayi yang patut dibeli? Dalam artikel ini ada jawapannya!
Checklist barang baby: Semasa ibu hamil hingga kepulangan si manja di rumah
Segala yang disenaraikan di bawah adalah barangan yang benar-benar diperlukan sahaja.
Berikut antara barangan penting untuk mereka yang bakal bergelar ibu:
Vitamin pranatal
Bra dengan sokongan tambahan
Pakaian sesuai untuk ibu mengandung dan seluar yang boleh diregangkan pada pinggang
Krim badan untuk melegakan kulit meregang dan kekeringan yang biasanya disebabkan oleh hormon kehamilan
Tali pinggang sokongan perut
Bantal tambahan untuk sokongan
Persediaan ke hospital
Ketika sibuk membuat checklist barang baby, jangan sampai terlupa melakukan persediaan dan persiapan barangan ke hospital untuk melahirkan bayi nanti.
Untuk ibu
Selipar
2 atau 3 bra yang selesa dan menyokong, termasuk bra penyusuan jika anda merancang untuk menyusu badan. Ingat! Payudara anda akan lebih besar daripada biasa
Pelapik payudara
Stoking – dalam beberapa pasang
Seluar dalam – dalam beberapa pasang
Peralatan mandian – berus gigi, ubat gigi, penyikat rambut, pelembap bibir, losen dan deodoran
Pakaian selesa dan longgar untuk dipakai pulang ke rumah
Tuala mandi
3-4 keping tuala wanita atau bersalin
Checklist barang baby
Sekurang-kurangnya sepasang pakaian untuk dipakai pulang ke rumah – sediakan beberapa saiz berbeza 0-3 bulan dan bukan sekadar baju newborn
Selimut
Beg lampin, termasuk beberapa keping lampin, kain lap dan puting bayi
Stoking bayi
Car seat bayi
Senarai barang keperluan bayi untuk taska & rumah
Tikar permainan. Bayi baru lahir akan mendapat manfaat apabila mereka boleh melakukan tummy time setiap hari. Anda cuma perlu sediakan tikar permainan yang nipis dan lembut di atas lantai untuk memberikan bayi ruang menikmati beberapa minit tummy time, beberapa kali sehari
Pelapik tilam
Tab mandian bayi
Detergen dobi untuk bayi, terutamanya jika mereka mempunyai kulit sensitif
Penyedut hidung
Ubat melegakan demam dan kesakitan untuk bayi
Mesin yang mengeluarkan muzik lembut. Ia dapat membantu menenangkan bayi yang baru lahir dan dipercayai membantu mereka tidur lebih lena
Tempat penyimpanan pakaian. Anda boleh menyediakan almari pakaian atau pun hanya menggunakan bakul untuk menyediakan pakaian si manja
Checklist barang baby: 0-12 bulan
Berikut pula adalah senarai barangan keperluan si manja untuk tahun pertama kehidupannya. Jom kita tengok apa yang perlu dibeli.
Senarai semak keperluan bayi 0-3 bulan
Anda disarankan untuk membeli barangan keperluan bayi usia 0-3 bulan sebelum tarikh jangkaan bersalin.
2+ – hooded towel
4+ – kain lap bayi yang lembut
Sabun bayi yang lembut atau sesuai untuk kulit sensitif
Syampu bayi
Penyepit kuku bayi, kerana penyepit kuku anda terlalu besar untuk mereka
Berus penyikat rambut lembut
2 – pek lampin bayi pakai buang atau 24 helai kain lampin bayi
Pin – jika anda menggunakan kain lampin
Tisu basah
Salap untuk ruam lampin dan bedak
2+ – puting bayi
6+ – romper
6+ – pasang stoking tangan dan kaki
Beberapa pasang set baju dan seluar
Baju sejuk
Topi bayi
Buaian bayi atau baby rocker
Checklist barang baby ketika berusia 4-6 bulan
Sesetengah barangan yang dibeli semasa bayi berusia 0-3 bulan masih boleh dipakai, seperti selimut dan tidak perlu diganti lain. Tetapi ada beberapa keperluan lain perlu ditambah, seperti beberapa pakaian baharu.
Salap tumbuh gigi
Gegelang gigit (teething ring)
Sudu dan mangkuk untuk makanan pejal lembut
Kerusi makan bayi
Barang mainan – Rangsangan sentuhan adalah penting pada usia ini, dan setiap sentuhan membawa sensasi baharu. Cuba mainan dengan tekstur, bentuk dan warna yang berbeza. Rattles juga bagus pada peringkat ini, kerana si manja mungkin mula mengaitkan tindakan seperti menggoncang mainan, dengan maklum balas bunyi segera
Checklist barang baby untuk usia 7-12 bulan
Bayi anda jauh lebih interaktif sekarang, dan mungkin tidak lama lagi akan merangkak. Jadi berikut antara barangan yang perlu disediakan:
Pintu pagar untuk menyekat tangga dan bilik
Pengadang plastik dan/atau kusyen untuk bucu perabot
Bekas kecil untuk finger food apabila bayi mula ingin menyuap makanan sendiri
Sippy cup
Barang mainan – Board book dan busy board bagus untuk melibatkan koordinasi tangan-mata si manja. Soft toys, bongkah kayu dan squishy ball juga menyeronokkan buat mereka. Apabila semua itu jadi membosankan buat si manja, peralatan dapur seperti bekas makanan kosong turut akan menjadi pilihan mereka
Ketika menyediakan senarai barang keperluan bayi, ia pastinya sesuatu yang menggembirakan buat anda yang bakal bergelar ibu bapa, terutamanya jika ini adalah cahaya mata pertama kalian. Tetapi sebaiknya elakkan pembaziran dan belilah barangan yang perlu sahaja.
Kredit: Hello Doktor
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Ini Checklist Barang Baby Masa Hamil Hingga Si Manja Setahun! Mama, Jom Semak! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/ini-checklist-barang-baby-masa-hamil-hingga-si-manja-setahun-mama-jom-semak/