Ini Bukti Rasuah Amat Buruk Perundangan Jadi Bangkai Malapetaka Negara





Tindakan Peguam Negara sesuatu yang tidak bermoral -Pengerusi PN.
TINDAKAN Peguam Negara menggunakan kuasanya di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan untuk menarik balik 47 pertuduhan jenayah pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram terhadap Zahid Hamidi selepas beliau dipanggil membela diri di mahkamah adalah sesuatu yang tidak bermoral. 

Dalam kes ini, Zahid telah didakwa di mahkamah dan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie dengan mengemukakan keterangan berdokumen dan 99 orang saksi. Ini bermakna mahkamah telah berpuashati bahawa terdapat bukti-bukti yang berasas mengenai perlakuan jenayah tersebut oleh Zahid dan mengarahkan beliau untuk membela diri.

Yang peliknya pihak pendakwaan yang telah berjaya membuktikan kes prima facie memohon kepada mahkamah untuk menggugurkan pertuduhan. Ini amatlah tidak munasabah. Adakah ini bermakna pihak pendakwaan mengakui bahawa bukti-bukti yang dikemukakan oleh mereka di mahkamah tidak boleh dipakai? Atau ada arahan daripada pihak atasan bahawa kes ini mesti digugurkan walau dengan apa cara sekalipun.

Sekiranya benar terdapat arahan sedemikian, pengguguran pertuduhan ke atas Zahid selepas beliau diarah membela diri di mahkamah merupakan titik hitam yang amat gelap dalam sistem keadilan di negara kita. Hal ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia yang merdeka sebelum ini. 

Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kerosakan yang sedang berlaku dalam sistem keadilan negara yang saya percaya berpunca daripada kerakusan beliau sendiri untuk mengekalkan kuasa. Ia membuktikan sikap munafik beliau yang nyata. Slogan reformasi institusi dan tatakelola yang sering beliau dilaungkan hanyalah suatu pembohongan dan omongan kosong sahaja.

Keputusan menggugurkan pertuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri itu pastinya menggoncang keyakinan pelabur terhadap sistem keadilan di Malaysia. Sudahlah seorang yang berhadapan tuduhan jenayah rasuah dilantik ke jawatan nombor dua tertinggi negara, malah pertuduhan ke atasnya juga digugurkan. Malaysia telah menjadi ‘a rogue state’ atau negara penyangak.

Sudah tiba masanya rakyat menilai semula keabsahan kerajaan perpaduan ini yang sepatutnya mendukung kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan.

TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN HAJI MOHD YASSIN
Pengerusi
PERIKATAN NASIONAL – HARAKAHDAILY 5/9/2023


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini bukti rasuah amat buruk, perundangan jadi bangkai & malapetaka negara!
Lihat juga komen ini..
(i) Apa jadi di negara ini pengguguran kes Zahid adalah bukti rasuah amat buruk. Sistem perundangan negara bakal menjadi bangkai..


Pengerusi UMMAH, Mohd Zai Mustafa berkata, seharusnya Timbalan Perdana Menteri juga perlu menjalankan proses mahkamah yang adil dan saksama lebih-lebih lagi beliau mempunyai 47  pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Dana Yayasan Akalbudi (YAB).
“Kerajaan Madani sering mendakwa kononnya mereka membawa agenda reformasi undang-undang, keadilan serta tegas menentang rasuah tetapi mengapa perkara sebegini pula terjadi?” katanya kepada HarakahDaily.
Perkara ini menunjukkan bahawa tadbir urus peguam negara kita sendiri telah dihancurkan dan sistem tatakelola negara berada pada tahap yang sangat merbahaya. Sistem perundangan negara bakal menjadi bangkai yang semakin membusuk jika dibiarkan terus.(Rujuk HARAKAHDAILY  5/9/2023)
(ii) Tarik semula kes Zahid adalah malapetaka negara – Fayhsal  

Ketua Armada BERSATU Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kes melibatkan TPM tersebut telah berjaya dibuktikan oleh ketua pendakwaan sebelum ini, Datuk Raja Rozela Raja Toran sebagai kes prima facie (kemunculan pertama).“Namun, ini merupakan sesuatu perkara yang amat mengejutkan yang mana Ahmad Zahid tidak dibiarkan untuk membela diri tetapi menarik semula kes ini sedangkan kes ini semakin hampir menemui penyelesaian di akhir perbicaraan,” katanya. 
Beliau berkata demikian dalam akaun laman sosial Facebook miliknya yang memberikan pandangan dan respon terhadap isu tersebut semalam. (Hanya dipetik dari beberapa suntingan)
Tambah beliau, keputusan sebegini telah mewujudkan contoh yang buruk dan memberikan kecelakaan kepada sistem keadilan yang sedia ada di negara ini.
Sekian.


Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam. Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2023/09/ini-bukti-rasuah-amat-buruk-perundangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengguguran Kes Zahid Bukti Rasuah Amat Buruk Ummah

Pengguguran Kes Zahid Bukti Rasuah Amat Buruk Ummah

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 277 hits
harakahdaily netSeptember 5 2023Mohd Zai MustafaKUALA LUMPUR Pengguguran kes mahkamah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan bahawa pentadbiran negara mempunyai isu rasuah yang amat buruk Pengerusi UMMAH Mohd Zai Mustafa berkata sehar...
Berita Buruk Mahkamah Tolak Batalkan Rasuah Rm500k Bagi Faedah Annuar Dulu Siap Nak Saman Kemain

Berita Buruk Mahkamah Tolak Batalkan Rasuah Rm500k Bagi Faedah Annuar Dulu Siap Nak Saman Kemain

papar berkaitan - pada 27/8/2023 - jumlah : 249 hits
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menolak permohonan seorang pengarah syarikat untuk membatalkan pertuduhan menawarkan suapan RM500 000 setahun selama 15 tahun bagi faedah Annuar Musa berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur ...
Kes Mahkamah Zahid Hamidi Hanya Dihenti Sementara Untuk Siasat Bukti Baru Kata Peguam Negara

Kes Mahkamah Zahid Hamidi Hanya Dihenti Sementara Untuk Siasat Bukti Baru Kata Peguam Negara

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 330 hits
JABATAN Peguam Negara dengan bantuan pelbagai pihak terutama pihak penyiasatan masih menyiasat kesemua bukti baharu berkaitan kes dana Yayasan Akalbudi yang melibatkan Dr Ahmad Zahid Hamidi Peguam Negara Ahmad Terrirudin Mohd Salleh berkata...
Rentasan 1441 Gempar Peguam Negara Hentikan Semua Prosiding Terhadap

Rentasan 1441 Gempar Peguam Negara Hentikan Semua Prosiding Terhadap

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 172 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1441 1 JANGAN JADI BODOH YANG TIDAK BOLEH DIAJAR 2 BENARKAH ZAHID MANGSA PENDAKWAAN TERPILIH TUN M 3 ANTARA BIJAK PANDAI DAN BUTA TULI 4 HADI AWANG SEBENARNYA ULAMAK ATAU AHLI POLITK
Foto Gaya Para Pemimpin Negara Kompak Berpakaian Batik Di Gala Dinner Ktt Asean

Foto Gaya Para Pemimpin Negara Kompak Berpakaian Batik Di Gala Dinner Ktt Asean

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 145 hits
Mereka mendapat sambutan hangat dari Presiden Jokowi dan Ibu Negara Iriana yang tampil serasi dengan baju adat Betawi
Mensos Sebut Potensi Kerugian Negara Penyaluran Bansos Lebih Dari Rp523 M Berhasil Diselamatkan

Mensos Sebut Potensi Kerugian Negara Penyaluran Bansos Lebih Dari Rp523 M Berhasil Diselamatkan

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 142 hits
Mensos Risma menyatakan potensi kerugian negara penyaluran Bansos lebih dari Rp523 M bulan dapat diselamatkan melalui penidaklayakan penerima Bansos
Kerajaan Tumbang Bulan Ogos Kemudian September Dan Lagi Kenyataan Ini Tak Membantu Ekonomi Negara

Kerajaan Tumbang Bulan Ogos Kemudian September Dan Lagi Kenyataan Ini Tak Membantu Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 279 hits
NAK JADI PEMBANGKANG YANG CERDIK PUN TAK BOLEH DAH DIBERI PELUANG JADI KERAJAAN 33 BULAN SEMUA HARGA BARANG NAIK MINYAK TELOR SAYUR SEMUA MENINGKAT Kerajaan tumbang pada bulan Ogos Mungkin selepas ini mereka akan cakap tumbang September Mai...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Drama Deejay Kampung

Anggrek Cinto Putiah Babungo Ungu Chord

Bufet Ramadan 2025 Sinar Ramadan Di I Dahlia Corner

Penerangan Jenis Jenis Hidung Manusia Dan Ciri Hidung Menarik

Dua Pilihan

Umrah Diy Panduan Lengkap Tips Penting