Ini Beza Generasi 90an Dan Milenial Guna Internet
Kalau kita mahu membandingkan remaja zaman dulu dan sekarang, anda rasa yang mana lagi menarik? Yelah, nampak sangat perbezaan kita dengan adik-adik sekarang.
Perbezaan paling ketara yang anda boleh lihat antara kedua-dua generasi ni ialah daripada penggunaan teknologi yang telah merubah lanskap perhubungan mereka.
Ini kami senaraikan sikit perbezaan remaja milenial dan remaja 90-an. Cuba lihat anda bersetuju tidak?
Siapa ingat pernah menggunakan Nokia 3310?
Telefon paling legend Nokia 3310, bagi anda yang lahir tahun 90-an pasti ingat akan telefon bimbit ini. Zaman ni kami paling suka main game Snake. Kadang-kadang sampai tak ingat nak makan sebab asyik sangat dengan phone. Selain game, dengan telefon ni anda boleh membuat panggilan dan SMS sahaja. Selain itu, menariknya anda boleh reka nada dering untuk phone ini.
Kita panggil telefon ini baling anjing sebab ketahannya tinggi dan baterinya tahan lama sehingga 48 jam. Smartphone pula paling lama 12 jam sahaja bateri tahan kemudian anda perlu cas. Betul tak?
Call guna public phone. Anda pernah ke?
Public phone ni dulu merupakan keperluan yang sangat penting kepada masyarakat. Yelah, tak semua orang mampu nak beli telefon bimbit zaman ni. Paling legend bila nak guna public phone ni kena beratur sebab tunggu orang depan tengah bergayut kat telefon.
Itu belum lagi gelabah apabila duit syiling nak habis. Siap ada teori tekan butang 1 dan 3 kalau nak on call lama. Remaja milenial rasanya tidak sempat merasa pengalaman ni sebab dah semakin ramai mampu beli telefon bimbit. Kemudian, bermula tahun 2000 public phone dah boleh menggunakan kad prepaid, tidak perlu bersusah-susah nak tukar duit syiling.
Siapa pernah guna IRC? Anda memang legend!
Bagi anda yang tidak tahu, IRC (Internet Relay Chat) adalah satu platform sosial yang terawal melalui komputer. Mula dikenali pada 1995, IRC ni boleh dikatakan antara pioneer dalam dunia komunikasi moden bagi tujuan berbual dengan rakan dan saudara dari merata tempat. Di Malaysia, antara channel yang popular adalah #kampung, #mamak, dan yang berasaskan umur.
Tapi lewat 90an pengguna sudah mula beralih kepada perhubungan lebih canggih seperti SMS dan chat online, contohnya menerusi messenger dan Skype. Bila penggunaan telefon pintar pula dah semakin meluas, sistem chat ini sudah tidak praktikal sebab lebih mudah menggunakan apps yang ada, contohnya macam WhatsApp, Wechat, Facebook dan sebagainya.
Facebook & Twitter sebagai pengganti perhubungan
Aplikasi media sosial yang paling popular kini semestinya Facebook dan Twitter. Kedua-duanya mempunyai cara penggunaan dan sasaran berbeza. Pengguna Twitter lebih kepada yang berusia 18 ke lewat 20an. Facebook pula mempunyai audien yang lebih besar daripada remaja hingga ke warga emas.
Boleh dikatakan semua orang ada aplikasi ini dalam telefon pintar masing-masing. Betul tak? Yelah dengan kemudahan telefon pintar sekarang senang anda nak berhubung sebab kemudahan internet jalur lebar terdapat di banyak tempat even di kedai mamak pun boleh dapat WiFi percuma?
Selain tu, sudah semakin ramai yang mampu melanggan internet secara postpaid dan prepaid, malah budak sekolah rendah pun sudah pakai smartphone sekarang.
Dial up internet connection menggunakan line telefon rumah!
Siapa pernah melalui zaman nak guna internet kena pasang telefon dulu kat rumah. Rasanya remaja zaman sekarang tak sempat merasa keterujaan nak tunggu talian bersambung sebelum dapat akses nak guna internet. Kadang-kadang makan masa beberapa minit juga sebelum dapat connect dengan internet ni. Nostalgia habis.
Sekarang penggunaan dial up internet kat Malaysia ni pon dah ditamatkan tahun lepas, sebab sekarang pengguna lebih mudah menggunakan perkhidmatan internet jalur lebar. Selain lebih pantas, perkhidmatannya juga lebih laju. Tapi ini kami nak kongsi dengan anda tentang satu perkhidmatan internet yang pastinya buat anda puas hati. - thevocket
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wwwberita-semasa.blogspot.com/2018/10/ini-beza-generasi-90an-dan-milenial.html