Ini Baru Kritikan Belum Lagi Balunan




Saya agak geli hati dengan reaksi sesetengah pihak terhadap tulisan saya kebelakangan ini yang dilihat sedikit kritikal terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.


Dah lain nampaknya tulisan sekarang ini?


Kenapa sekarang hentam Anwar dan kerajaan, bukankah sejak dulu you menyokong beliau?


Tak sokong Anwar lagi ke?


Dah beralih sokong pembangkang ke sekarang?


Ini adalah antara beberapa respon secara langsung yang saya terima sejak akhir-akhir, baik melalui teks Whatsapp atau pun panggilan telefon.


Termasuk yang memberi reaksi itu ialah mereka yang saya ketahui sejak dulu tidak pernah menyokong Anwar, tetapi sekarang ternampak begitu sensitif bila Perdana Menteri ditegur.


Inilah dunia, memuji dan memuja orang yang ada kuasa tetap merupakan suatu keseronokan yang digilai.


Di ruangan komen apabila saya kongsikan di media sosial tulisan saya yang kritikal itu, beberapa pengomen juga turut menunjukkan rasa tidak senang dengan apa yang saya tulis itu.


Seolah-olahnya oleh kerana saya dilihat penyokong Anwar sebelum ini, maka saya mesti menyokongnya sampai bila-bila.


Kepada semua yang berkenaan, ingin saya jelaskan bahawa saya adalah penulis bebas yang tidak terikat dengan mana-mana pihak, baik mereka itu sosok pemimpin atau pun ideologi perjuangan.


Saya tidak menganggotai mana-mana parti, sama ada dalam PH atau di luar PH, dengan yang demikian saya tidak terikat dengan sebarang disiplin atau kepatuhan.


Meski saya menyokong Anwar sehingga beliau berjaya menjadi Perdana Menteri, tetapi saya tidak meletakkan diri saya taksub kepadanya.


Sejak dulu, saya beberapa kali pernah menegur dan mengkritik beliau.


Isu lantikan Nurul izzah sebagai penasihat kanan di MOF dan perbuatan Anwar bergurau dengan seorang pengacara wanita remaja di sebuah acara terbuka – kalau saya muda, saya dah minta nombor telefon you – adalah antara isu yang pernah saya kritik beliau sebelum ini.


Yang terbaru, saya mengkritik Anwar kerana kerap mengulang-ulang cerita rasuah golongan maha kaya, termasuk mengatakan biliknya di Penjara Sungai Buloh masih kosong, walhal tindakan sudah pun diambil oleh SPRM serta mengingatkan beliau tentang janji-janji lama yang mengejarnya.


Dalam erti kata lain, saya bukanlah walaun dan bukan juga walanon yang mengiayakan semua perkara yang dilakukan Anwar.


Jika ada yang dirasakan tidak kena dan perlu ditegur, Insya Allah saya akan menegur dan mengkritik beliau demi kebaikannya.


Saya mengkritik bukan untuk menjatuhkan, tetapi agar beliau dilihat lebih baik, tidak mengulangi kesilapan yang sama di lain masa dan tidak melakukan sesuatu yang pernah ditentangnya ketika belum berkuasa.


Kalau untuk menjatuhkan, itu dinamakan balunan.


Tetapi dalam kes Anwar setakat ini, ia adalah dalam bentuk kritikan dan belum mencecah ke tahap membalun lagi.


Kalau nak tahu bagaimana tulisan yang membalun, boleh tengok tulisan-tulisan lama saya mengenai Najib Razak, Tun Mahathir Mohamad, Mahiaddin Md Yasin dan Ismail Sabri Yaakob ketika masing-masing memegang jawatan Perdana Menteri sebelum itu.


Ketika itu baru betul-betul dinamakan pembalunan, bahkan saya membalun secara bersiri-siri sehingga mereka berhenti.


Sebagai penulis yang bebas, saya ingin terus menegur dan mengkritik Anwar jika saya rasakan perlakuan, sikap, penampilan atau tindakannya yang perlu saya tegur dan kritik.


Nak mengampu, membodek, cium tangan atau cium pipi, biarlah orang lain bahagia melakukannya.


Selain tiada kepandaian membodek, saya juga tidak berharap apa-apa dan sebab itu, sejak kerajaan madani ini terbentuk, saya belum pernah lagi menjejakkan kaki ke mana-mana pejabat menteri, kementerian, agensi atau apa-apa yang berkaitan dengan kerajaan.


Kalau ada pun pejabat kerajaan yang saya kunjungi, ia hanyalah sebuah majlis perbandaran dan pejabat tanah di mana saya membayar cukai pintu dan cukai tanah di sana.


Cuma jika ada yang bertanya, sampai bilakah saya akan mengkritik dan menegur Anwar melalui tulisan atau apabila sesekali dijemput dalam podcast dan sebagainya?


Jawabnya, selagi kritikan kekal sebagai kritikan dan belum bertukar menjadi pembalunan. – ShahbudinHusin 27/02/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/02/27/ini-baru-kritikan-belum-lagi-balunan.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/02/ini-baru-kritikan-belum-lagi-balunan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Tinggal Kulit Kusam Hai Kecerahan Baru Cuba Dr Isla M83 Ni Dan Betul Betul Terkesan

Selamat Tinggal Kulit Kusam Hai Kecerahan Baru Cuba Dr Isla M83 Ni Dan Betul Betul Terkesan

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 172 hits
Bye bye kulit kusam hello glow Baru test Dr isla M83 ni and seriously impressed 5 fungsi dalam 1 alat cleanser RF skin rejuvenation EMS care even eye care lagi tau Kulit rasa bersih lebih firm and nampak macam bermaya lepas guna Plus size k...
Harga Beras Baru

Harga Beras Baru

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 384 hits
JANGAN LAK KOMEN BERAS NAIK REGA HABIS PETANI TAK MAU JADI KAYA JUGA MEREKA JUGA NAK SARA KELUARGA BELI ROKOK SEKOTAK SEHARI OK LA PULAK YA JANGAN JADI MINDA MISKIN JIWA PENGGEMIS DI MALAYSIA RAJIN DAN USAHA INSYAALLAH BOLEH HIDUP
Backpack Baru

Backpack Baru

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 179 hits
Assalamualaikum Hi korang SA beli backpack untuk kerja bukan terjebak bukan apa memang dh rancang nak beli sebab senang untuk SA pi kerja dari bawak handbag berat berat dan nak elak dari bawak banyak barang Beli kat mana SA beli kat Kaison ...
Kerusi Malas Baru Sampai

Kerusi Malas Baru Sampai

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 130 hits
Assalamualaikum Last week kan MP masuk ward seminggu lebih gak la So SA belikan la kerusi malas ni untuk kami 4 beradik gilir gilir jaga Mak tapi x sempat sampai pun Mak dh keluar ward hahaha sudahnya jadi hiasan la kat rumah kadang kadang ...
Makan Malam Di Chop N Steak Tahun Baru Cina

Makan Malam Di Chop N Steak Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 16/2/2024 - jumlah : 364 hits
Assalamualaikum Malam tadi kepenatan lepas sampai rumah otak terus cari katil je Keluar waktu musim perayaan ni memang tak dijangka Ingatkan waktu Tahun baru Cina ni ramai bercuti dan balik kampung rupanya tidak ya Penuh manusia atas jalan ...
Baru Jumpa Cinta Baru Memang Kena Pakai Sunscreen Tapi Kalau Boleh Cantik Jugak Kan

Baru Jumpa Cinta Baru Memang Kena Pakai Sunscreen Tapi Kalau Boleh Cantik Jugak Kan

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 224 hits
Sunscreen memang wajib tapi kalau boleh cantik jugak kan Ni dia YOU Sunbrella Tone Up UV Elixir Suka gila dengan dia sebab SPF 50 PA terlindung dari UVA UVB ganas tu Ada tone up effect kulit nampak cerah berseri sikit Hyaluronic Acid bye by...
Bapa Membawa Anak Perempuannya Pulang Menggunakan Pesawat Dua Tempat Duduk Untuk Sambut Tahun Baru Cina

Bapa Membawa Anak Perempuannya Pulang Menggunakan Pesawat Dua Tempat Duduk Untuk Sambut Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 311 hits
Seorang lelaki di China menghairankan media sosial dengan membawa anak perempuannya yang berusia tujuh tahun ke kampung halaman mereka secara terbang untuk menyambut Tahun Baru Cina dan mengelakkan kesesakan lalu lintas tahunan Lelaki terse...
Kritikan Pada Zakat Profesi Zakat Penghasilan Yang Dikeluarkan Per Bulan

Kritikan Pada Zakat Profesi Zakat Penghasilan Yang Dikeluarkan Per Bulan

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 165 hits
Bagaimana tinjauan dalam syariat Islam mengenai zakat profesi zakat penghasilan yang dikeluarkan setiap bulannya Apakah zakat profesi disyariatkan
Catatan Kepada Diri Selagi Kita Masih Hidup Masih Belum Terlambat Untuk Membuktikannya

Catatan Kepada Diri Selagi Kita Masih Hidup Masih Belum Terlambat Untuk Membuktikannya

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 144 hits
Nota untuk diri Selagi kita masib bernyawa masih belum terlewat untuk buktikan kemampuan The post appeared first on
Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

The Benefits And Considerations Of Whole Life Insurance

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul

Thai Woman Nabbed At Klia With Rm1 05m Cocaine Stash Hidden In Handicraft Bag

Ron95 Subsidy Khalid Tells Anwar To Take A Page From Najib S Slogan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kembara Ke Wilayah Yunnan Dan Wilayah Jiangsu Di China

Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag

Jalur Gemilang Silap Polis Tahan Ketua Editor Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew

Ibu Syed Saddiq Sebak Lihat Perjuangan Anak Harap Golongan Muda Tak Takut Bersuara Demi Kebenaran

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro