Ini 9 Punca Kenapa Anda Akan Buat Keputusan Bodoh Berdasarkan Kajian
Hidup ini banyak berkisar dalam aktiviti membuat keputusan. Setiap minit berlalu tidak akan sunyi daripada aktiviti membuat keputusan untuk membuka lembaran seterusnya.
Kalau anda seorang usahawan, membuat keputusan merupakan satu tugasan penting untuk menjamin kejayaan perniagaan. Jika mampu membuat keputusan yang baik, baiklah jadinya perniagaan tu.
Sebaliknya jika anda sering membuat keputusan yang bodoh, maka jadi bodoh dan gagallah perniagaan itu.
Oleh itu, elok juga anda belajar apa yang para pakar rumuskan terhadap punca kebanyakan orang membuat keputusan yang bodoh. Maklumat ini saya ambil dari sebuah artikel di dalam Harvard Business Review.
Berikut adalah senarai punca yang menyumbang kepada keputusan bodoh tersebut, dengan senarai pertama merupakan punca paling utama diikuti oleh punca kedua dan seterusnya.
Punca buat keputusan bodoh
Berdasarkan pemerhatian terhadap 50 ribu kes, pakar merumuskan bahawa, ada 9 punca orang buat keputusan bodoh.
1. PemalasIni merupakan punca paling utama yang menjadikan anda membuat keputusan bodoh dalam apa saja keputusan yang diambil untuk ke depan.
Anda malas untuk semak fakta, malas untuk ambil inisiatif menghilangkan keraguan yang berasaskan andaian.
Biasanya orang jenis ini amat pemalas dan sering bersandar pada cerita lama yang besar kemungkinan sudah basi.
2. Tak pertimbangkan senario buruk yang mungkin berlakuApa saja perancangan anda tak lepas dari ikatan peristiwa luar jangka di luar kawalan. Sedangkan ianya sering berlaku.
Kita sering cuba mengenepikannya.
Orang yang anda harap berhadapan kemalangan contohnya. Atau berlaku bencana alam, kawan kencing, pasaran merudum dan bermacam-macam lagi kemungkinan buruk boleh berlaku tanpa dijangka.
Biasanya mereka yang sentiasa pertimbangkan kemungkinan paling buruk yang mungkin berlaku, amat bijak dalam persediaan diri dengan situasi luar jangka.
Ramai orang yang terlalu teruja dengan keputusan mereka sampai terus lupa kemungkinan buruk yang bakal berlaku. Sentiasa fikirkan senario terburuk dalam keputusan dan bersedia untuk itu.
3. Flip flopIni satu lagi masalah.
Tertangguh-tangguh dan ragu-ragu dalam buat keputusan. Ada saja perasaan risau dan was-was timbul dalam kepala dan semakan demi semakan dibuat lagi tak habis-habis. Buat keputusan kemudian tarik balik sebab jumpa benda baru. Berulang-ulang.
Perlu diingat bahawa membuat keputusan salah adalah jauh lebih baik daripada tak buat apa-apa keputusan langsung.
Kebiasaannya mereka yang sebegini adalah jenis manusia penakut. Mereka gusar kalau tersilap langkah akan membuatkan mereka mati terus. Mereka kekal dalam ketakutan dan tak berani buat apa-apa langkah ke depan.
4. Terperangkap dalam dunia masa laluFenomena ini amat banyak berlaku pada ramai usahawan yang sudah jatuh atau sedang menghadapi kemerosotan dalam perniagaan mereka.
Minda mereka asyik terkurung dalam dunia lalu yang sudah tidak boleh dikembalikan.
Semua keputusan mereka berkisar daripada cara lama dan mereka tak pertimbangkan dengan cara baru yang mungkin memberikan hasil yang jauh lebih baik.
Ingat!
Apa saja keputusan lama yang baik belum tentu sama baiknya untuk masa sekarang.
Jika anda rasa cara lama itu masih kekal bagus, itu hanyalah sekadar andaian sahaja.
5. Gagal menghubungkan semua strategi yang adaUntuk mencapai matlamat, akan ada beberapa strategi yang bertingkat dan berbeza-beza.
Kegagalan menghubungkan setiap strategi yang anda rangka dan menyusunnya menjadi bermanfaat boleh membawa kepada keputusan yang bodoh.
Anda perlu berupaya melihat keseluruhan proses dan strategi dengan jelas untuk menghasilkan satu keputusan yang jitu.
6. Terlalu bergantungAda kalanya sesuatu keputusan bergantung pada satu keputusan lain yang perlu diberikan oleh orang yang lain.
Untuk membuat keputusan, anda terpaksa tunggu rakan kongsi, contohnya.
Anda tunggu dan tunggu dan terlalu bergantung pada keptusannya untuk membuat keputusan penuh.
Sikap begitu tidak akan membawa anda ke mana-mana. Mereka yang bijak membuat keputusan yang baik biasanya berani bertindak sendiri bila perlu tanpa menunggu keputusan orang lain.
7. Kera sumbangRamai juga yang rasa dia tahu semua perkara. Dia tak bina jaringan dan elakkan diri daripada membina rangkaian penasihat yang mahir dalam bidang-bidang tertentu yang diperlukan dalam membuat keputusan.
Tak ada orang tahu semua perkara.
Oleh itu amat perlu adanya jaringan kawan-kawan yang pakar dalam bidang masing-masing. Rujuklah mereka untuk membuat keputusan yang baik.
Ada kalanya, timbul perasaan tamak untuk ambil pujian lalu tidak meminta bantuan orang lain. Anda takut-takut kalau nanti orang lain yang dapat kredit.
Jangan tamak, fokus kepada mengelakkan kesilapan sangat penting. Biarlah orang lain dapat kredit. Sebab yang untungnya dihujung nanti adalah anda sendiri secara keselruhan.
8. Lemah kemahiran teknikalDalam bidang yang anda ceburi, perlu mendalami segala kemiran yang berkaitan dengan bidang tersebut.
Anda perlu rajin baca, rajin berkawan, tambah ilmu dan sertai seminar dan sebagainya untuk mendalami bidang yang diceburi.
Sekurang-kurangnya anda ada akses kepada mereka yang amat mendalam kemahiran teknikalnya. Boleh minta bantuan mereka jika anda perlukan maklumat untuk buat sesuatu keputusan.
Jika tidak, kelemahan ini akan sering membuatkan anda membuat keputusan bodoh.
9. Gagal berkomunikasiMungkin anda bijak buat keputusan dan keputusan anda memang terbaik.
Tapi malangnya tak reti nak sampaikan.
Tak reti nak jelaskan dan kaitkan persoalan, apa?, siapa?, bagaimana?, di mana?, bila?
Jika begitu, keputusan baik anda sama saja dengan keputusan anak sekolah tadika. Kena marah juga sebab tak reti nak terangkan kenapa.
Sebagai usahawan perlu akui kepentingan bijak berkomunikasi ni. Perlu belajar, asah otak, tanya orang yang pandai, amalkan dan belajar dari kesilapan. Jika tak boleh sangat, pastikan anda dapat bantuan dari orang yang bijak dalam komunikasi untuk ambil alih bab itu bila diperlukan.
Ambil iktibar dan belajarJadi anda dah tahu apakah punca anda sering membuat keputusan bodoh selama ini. Saya juga dah tahu sekarang dan terbayangkan kebenaran betapa semua di atas benar-benar berlaku di kala saya membuat keputusan bodoh sebelum ini.
Marilah kita belajar dan baiki diri dalam membuat keputusan yang akan datang. Moga semua itu ada manfaatnya!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.hidupringkas.com/2022/12/9-punca-anda-membuat-keputusan-bodoh.html