Ini 4 Tips Bagaimana Dari Customer Service Boleh Jadi Ceo Syarikat Yang Berjaya
Biasanya ramai yang anggap pekerjaan customer service ini untuk orang lepasan SPM lah atau selalu dikaitkan dengan pekerjaan kelas bawahan.
Mereka semua tidak tahu bahawa pekerjaan itu banyak melahirkan pengarah-pengarh syarikat, usahawan-usahawan berjaya.
Ini Tips yang dikongsikan Maukerja yang anda semua boleh gunakan untuk menjadi orang biasa kepada luar biasa. Macam mana daripada customer services boleh jadi CEO?
1.Komunikasi/Multitasking
Jika anda sebelum ini pendiam atau tidak yakin untuk komunikasi percayalah selepas menyertai kerja ini sudah pasti berbeza. Malah anda juga akan menjadi seorang yang boleh buat 4 kerja dalam satu masa.
Pekerja customer servies biasanya akan mendengar sambil menulis, berfikir, menaip dan berinteraksi dengan team leader.
2. Value added untuk kerja baru
Jawatan khidmat pelanggan boleh dikategorikan sebagai akar untuk jawatan lain. Sebagai contoh, kebanyakkan anda akan dilantik bekerja sebagai pegawai perhubungan awam dan tiba-tiba ada pelanggan utama syrikat datang untuk membincangkan mengenai projek bakal dilaksanakan.
Namun jika anda pernah bekerja dalam khidmat pelanggan, hal seperti ini mudah sahaja. Malah ilmu sebalik tabir seperti ini akan menjadi added value untuk anda mendapatkan jawatan idaman anda.
3. Latihan disediakan
Tak payah nak runsing atau pening kalau anda memang zero mengenai industri itu kerana latihan berbayar akan disediakan selama 2 atau 3 minggu. Tetapi gaji tetap anda dapat. Mana nk dapat wei!
4. Jadual kerja yang fleksibel dan ikut suka hati
Pada kebiasaanya, walaupun anda perlu bekerja shift banyak syarikat yang mengizinkan anda untuk bertukar jadual dengan rakan sekerja yang lain.
Jadi anda semua yang ingin mencuburi dalam bidang customer services atau ingin meningtkatkan asas kemahiran anda untuk jadi ‘luar biasa’ boleh gunakan tips ini untuk kerjaya anda.
Ramai yang anggap pekerjaan customer service untuk orang lepasan SPM lah atau selalu dikaitkan dengan pekerjaan kelas bawahan.
Korang tengok tips ni macam mana daripada customer services boleh jadi CEO – https://t.co/w9Buvsf8l9 pic.twitter.com/3krvjU4nYc
— MauKerja (@MauKerjaMY) November 13, 2019
Sumber: MauKerja
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/11/16/ini-4-tips-bagaimana-dari-customer-service-boleh-jadi-ceo-syarikat-yang-berjaya/