Ini 4 Jenis Pasangan Yang Boleh Menghancurkan Hidup Anda


Apabila anda mula menjalinkan hubungan dengan seseorang, pastinya pasangan itu akan dilihat sebagai seorang yang sempurna tetapi sebaik sahaja anda mengenali mereka, mungkin sikap atau kelakuan merek tidak akan boleh diterima. Oleh itu, Jelita kongsikan empat jenis pasangan yang boleh menghancurkan hidup anda. Ada baiknya jika anda jauhkan diri daripada mereka.
Gambar: shutterstock
Penagih
Menjalinkan hubungan dengan seseorang yang mempunyai ketagihan adalah sangat rumit dan meletihkan. Mereka akan terlalu sibuk melayan ketagihan dan ketagihan itu juga telah mula merosakkan kehidupan keluarga mereka. Ketagihan ini bukan sahaja mengenai dadah, alkohol atau judi. Mereka ini boleh ketagih kepada apa sahaja seperti makanan, kerja, membeli-belah, sukan dan juga cinta.
Cara nak kenal pasti: Seorang penagih biasanya tidak sedar akan masalah yang mereka hadapi dan cuba menafikannya. Namun, sebaik sahaja mereka tidak mendapatkan apa yang diinginkan, mereka biasanya akan menjadi agresif dan mudah tertekan. Perhatikan percakapan dan kelakuan mereka. Kenal pasti perkara yang paling banyak dibicarakan oleh si dia? Apa yang membuatkan mereka sedih? Reaksi mereka terhadap kehidupan tanpa bergantung kepada ketagihan mereka akan memberitahu anda segalanya.
Suka Mendera
Dalam kehidupan yang sebenar, individu yang terdedah kepada keganasan fizikal atau psikologi tidak kelihatan seperti watak dalam filem negatif atau ganas. Mereka biasanya sering kelihatan sopan, baik malah kelihatan naif. Namun, sebaik sahaja mereka punya kuasa atas orang lain, sifat ganas yang tersembunyi akan mula ditunjukkan. Hanya ada satu sahaja jalan keluar yang anda punya iaitu larikan diri.
Cara nak kenal pasti: Tanya pasangan anda tentang hubungan masa lalu mereka. Jika mereka mengatakan perkara yang tidak baik tentang bekas pasangan, anda mungkin sedang bersama dengan individu yang suka mendera. Individu seperti ini biasanya kuat cemburu, mereka sentiasa ingin mengawal pasangan dan tidak mengakui apabila mereka salah.
Suka Merengek
Setiap individu pasti mencari pasangan yang sentiasa berada disisi ketika sedang bersedih. Tetapi terdapat sesetengah individu ini yang kuat merengek dan mereka jadikan tabiat ini sebagai gaya hidup mereka. Mereka tidak pernah gembira dan selalu cuba untuk mencari mangsa untuk melepaskan keluhan tidak puas hati terhadap kehidupan mereka. Jika anda sering menghabiskan masa bersama individu ini, anda mungkin akan ‘berjangkit’ dengan sikap mereka.
Cara nak kenal pasti: Minta pasangan anda dengan cara yang sopan untuk berhenti mengeluh dan cuba beralih kepada topik yang lebih menyenangkan. Sekiranya tiada topik yang ingin dibincangkan, mereka akan kembali ke tabiat lama atau hilang daripada hidup anda.
Taksub Dengan Diri Sendiri
Individu yang taksub dengan diri sendiri ini tidak boleh menjalinkan hubungan yang baik dengan orang di sekeliling mereka. Sudah tentu, kita perlu menghormati dan menyayangi diri sendiri tetapi sikap nasisisme dan egosentrisme boleh merosakkan semuanya.
Cara untuk kenal pasti: Ia sangat mudah untuk mengenal pasti seseorang yang taksub dengan diri sendiri. Anda perlu hanya mengira berapa kali mereka berkata, “Saya…” Jika seseorang tidak berminat dengan perkara lain kecuali diri sendiri, anda hanya akan berfungsi sebagai bayangan mereka dan itu sahaja.
The post Ini 4 Jenis Pasangan Yang Boleh Menghancurkan Hidup Anda appeared first on Her Inspirasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://herinspirasi.com/gaya-hidup/seks-perhubungan/ini-4-jenis-pasangan-yang-boleh-menghancurkan-hidup-anda/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
17 Tahun Hidup Baru Tahu Function Hanger Ini Apa Korang Boleh Buat Dengan Hanger

17 Tahun Hidup Baru Tahu Function Hanger Ini Apa Korang Boleh Buat Dengan Hanger

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 633 hits
Assalamualaikum Hanger ni benda wajib ada la kat dalam rumah Lagi2 untuk orang macam saya yang jarang lipat baju Memang guna hanger je setiap hari Selain gunanya untuk sangkut baju supaya nampak kemas ada banyak lagi sebenarnya kegunaan han...
Najib Boleh Hidup Dalam Media Sebab Terlalu Ramai Masih Dungu

Najib Boleh Hidup Dalam Media Sebab Terlalu Ramai Masih Dungu

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 297 hits
Link My comments Serupa dengan orang yang tidak faham ICERD Kalau tidak setuju ICERD maksudnya pemikiran yang kurang lebih serupa dengan rejim Myanmar yang membuli dan membunuh orang Rohingya di Myanmar Myanmar pun tidak setuju ICERD Tetapi...
Rupanya Ada 17 Jenis Pengeluaran Kwsp Yang Boleh Dikeluarkan Awal Tak Perlu Tunggu Umur Nak Bersara

Rupanya Ada 17 Jenis Pengeluaran Kwsp Yang Boleh Dikeluarkan Awal Tak Perlu Tunggu Umur Nak Bersara

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 486 hits
Rupanya Ada 17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dikeluarkan Awal Tak Perlu Tunggu Umur Nak Bersara Jika selama ini ramai yang ingat duit KWSP hanya boleh dikeluarkan ketika memasuki usia 50an perbetulkan persepsi ini Sebab mungkin ramai ya...
Hebat Pos M Sia Boleh Kirim Bungkusan Ular Sawa Hidup Hidup

Hebat Pos M Sia Boleh Kirim Bungkusan Ular Sawa Hidup Hidup

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 628 hits
PETALING JAYA Seorang kakitangan Pos Laju dikejutkan dengan sebuah bungkusan yang tertera but bola tetapi isi di dalamnya bergerak gerak Bungkusan seberat hampir 2 kilogram itu dialamatkan ke blok kediaman di Universiti Sains Malaysia Pulau...
Kenali 9 Jenis Posisisi Tidur Isi Hati Pasangan Anda

Kenali 9 Jenis Posisisi Tidur Isi Hati Pasangan Anda

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 509 hits
Kenali 9 Jenis Posisisi Tidur Isi Hati Pasangan Anda Adakah anda pernah memerhatikan posisi tidur pasangan anda di rumah Sebenarnya semasa tertidur alam bawah sedar seseorang akan mendominasi dan Tanpa disedari semasa kita tidur jarang seka...
Saya Bukan Warnakan Rambut Boleh Bawa Solat

Saya Bukan Warnakan Rambut Boleh Bawa Solat

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 441 hits
Sentiasa tampil bergaya dengan trend dan fesyen terkini kali ini Awal Ashaari muncul dengan rambut blonde pula Seperti dijangka ramai mengkritik tindakan The post appeared first on
7 Kesalahan Masa Remaja Yang Tak Boleh Kamu Lakukan Di Usia 20 An Biar Kelak Tak Ada Penyesalan

7 Kesalahan Masa Remaja Yang Tak Boleh Kamu Lakukan Di Usia 20 An Biar Kelak Tak Ada Penyesalan

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 416 hits
Karena dari kesalahan itu harusnya kamu ambil pelajarannya bukan melakukan kesalahan yang sama
Brokoli Goreng Ranggup Superfood Terbaik Anak Anak Tak Suka Sayur Pun Boleh Makan

Brokoli Goreng Ranggup Superfood Terbaik Anak Anak Tak Suka Sayur Pun Boleh Makan

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 656 hits
Betul betul dalam dilema kalau anak tak suka makan sayur Hingga akhirnya ibu pun jadi buntu dan malas nak paksa Bagi ibu yang masih nak tarik minat anak makan saya jangan asa mencuba Walaupun tak banyak anak makan sekurang kurangnya dia ras...
Cheaper Riskier More Meaningful Why Malaysians Send Their Korban Abroad For Aidiladha

Malaysians Flock To Thailand For Hari Raya Aidiladha Getaway

Aidil Adha 2025 Rahsia Laksa Johor Dan Kisah Bibik

Back The Yusoff Rawther Anwar Ibrahim Case Does Two Wrongs Make A Right

Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir Tersilap Simpang

Kj Tengku Zafrul Kemungkinan Akan Bertanding Di Ampang

Misteri Banglo Besar Di Sebelah Kerian Valley Resort Kubang Kerian Masih Wujudkah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sammy Simorangkir Daripada Menyiksa Diri Chord

Yung Kai Sunkis 88rising Take Me Where The Sunlight Glows Chord

Jenazah Lima Sekeluarga Nahas Di Jerantut Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Awal Pagi Tadi

Dirty Deeds Done Well A Honda Xl500 Flat Tracker By Gas Oil

Pemberhentian Pekerja Petronas Disebabkan Cabaran Global Bukan Isu Petros Fadillah

Essential Japanese Dining Etiquette And Table Manners