Ini 11 Cara Mengatasi Tekanan Darah Tinggi Secara Semula Jadi



Tekanan darah tinggi merupakan 'pembunuh senyap'. Kira-kira 1 daripada 3 orang dewasa akan mengalami tekanan darah tinggi. Sistem peredaran darah di dalam badan membekalkan nutrien penting dan oksigen ke semua sel-sel dan organ-organ dalam badan kita.

Ia juga penting untuk menyingkirkan bahan buangan dan karbon dioksida. Degupan jantung mewujudkan tekanan yang menolak darah melalui arteri dan vena korang. Apabila tekanan darah korang meningkat, kerosakan yang berlaku akan mengganggu sistem ini.

Tekanan darah tinggi menyebabkan jantung perlu bekerja lebih keras untuk mengepam darah ke seluruh tubuh, seterusnya menyebabkan regangan pada dinding arteri yang diperbuat daripada otot separa fleksibel.

Sebelum membuat keputusan untuk mengambil ubat-ubatan yang mengandungi dadah di dalamnya bagi merawat tekanan darah tinggi dan penyakit-penyakit lain yang tidak diingini, cuba ubah gaya hidup korang dari segi pemakanan dan senaman selain daripada mencuba penawar semula jadi untuk tekanan darah tinggi di rumah. Jadi, sesiapa yang ada masalah ni, apa kata korang ikut 11 petua ni untuk mengatasi tekanan darah tinggi korang tu?

1. Kurangkan pengambilan garam 
Garam bukanlah musuh utama kepada tekanan darah tinggi, tetapi terlalu banyak kandungan natrium mengganggu keseimbangan cecair dalam badan. Untuk “mengepam” garam yang berlebihan dari sistem tubuh badan korang, sumber cecair diambil daripada tisu di dalam badan. Hasilnya, jantung akan bekerja lebih keras untuk mengepam dan tekanan darah akan menjadi lebih tinggi.

Makanan yang dilabel rendah lemak atau rendah gula juga boleh mengandungi jumlah garam yang tinggi. Ia hanyalah salah sebuah taktik syarikat makanan untuk meningkatkan nilai produk mereka. Secara logiknya, sangat sukar untuk kita hidup tanpa rasa. Jadi bagaimana untuk berjuang menurunkan tekanan darah korang?

Korang hanya perlukan:

Kemahuan korang sendiri
Cara-cara:
Kurangkan bahan perasa secara berkala untuk memasak korang. Dan sudah tentu, baca label pada makanan yang korang beli dengan teliti. Ingat hanya 2,300 atau kurang untuk pengambilan garam harian.

Penyelidikan intensif telah menunjukkan lebih banyak korang makan garam lebih banyak korang perlukannya. Generasi muda juga senang terpaut dengan pengambilan garam sejak awal usia lagi.

2. Makan bunga raya 
Bunga raya telah digunakan secara semula jadi untuk merawat tekanan darah. Namun begitu, kajian menunjukkan khasiat bunga raya bukan sekadar itu sahaja. Malah, bunga raya juga berfungsi sebagai diuretik, yang menarik keluar natrium dari saluran darah, seterusnya mengurangkan tekanan pada dinding arteri.

Apa yang lebih menarik ialah bagaimana bunga Raya boleh menyerupai perencat kepada Angiotensin Converting Enzyme (ACE). Perencat ACE tergolong dalam kumpulan yang sama dengan ubat-ubatan farmaseutikal yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi.

Mereka berfungsi dengan menghalang enzim penukar angiotensin yang memainkan peranan penting dalam sistem hormon renin-angiotensin yang mengawal tekanan darah dan keseimbangan cecair. Hasil daripada perencatan ini, jumlah darah diturunkan dan mengurangkan tekanan darah dalam saluran.

Korang hanya perlukan:

1-2 camca teh bunga raya kering1 cawan air masak Madu, lemon atau 1-2 batang kayu manis (pilihan)
Cara-cara:Didihkan air dan tambahkan bunga raya dan kayu manis dan biarkan selama 5 minit. Tambah madu atau limau untuk perasa, dan minum 2-3 kali sehari. Ia juga sesuai dijadikan teh ais semasa musim panas

3. Minum air kelapa
Air kelapa segar mengandungi kalium dan magnesium, kedua-duanya berkaitan dengan fungsi otot biasa dan organ lain termasuk jantung. Terdapat beberapa kajian yang melaporkan air kelapa boleh membantu mengurangkan tekanan darah.

Korang hanya perlukan:

8 auns, air kelapa organik segar
Cara-cara:Minum 8 auns air kelapa 1-2 kali sehari. Pagi adalah pilihan waktu paling sesuai jika korang meminumnya sekali sehari, tetapi korang juga boleh mengambil air kelapa pagi dan malam untuk pengambilan dua kali sehari.

4. Ambil minyak ikan 
Mungkin korang sudah jemu mendengar tentang khasiat minyak ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 dan sangat baik untuk jantung korang. Walaupun kajian masih dijalankan tentang fungsi minyak ikan dalam mengurangkan risiko serangan jantung atau angin ahmar, ia telah terbukti dapat menurunkan tekanan darah, di samping mengurangkan trigliserida dan meningkatkan kolesterol HDL (“baik”).

Korang hanya perlukan:

Minyak ikan yang berkualiti tinggi 
Cara-cara:Mimin lebih suka minyak ikan yang diambil bersama dengan jus oren berbanding pil yang mempunyai beberapa kesan sampingan yang tidak menyenangkan, mengikut jumlah yang disyorkan.

5. Herba hawthorn untuk jantung
Hawthorn adalah herba ruji untuk kesihatan jantung kerana kandungannya yang kaya dengan flavonoid, iaitu procyandins oligomerik (OPC) dan quercetin

Flavonoids dipercayai dapat merawat pelbagai jenis penyakit jantung seperti aritmia, rasa berdebar-debar, meningkatkan fungsi kapilari, mengawal metabolisme glukosa dan, sudah tentu, mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. Korang boleh menikmati hawthorn dalam bentuk teh atau dalam uncang.

Korang hanya perlukan:

4 camca serbuk beri hawthorn 1/2-1 camca serbuk kayu manisMadu asliAirSerbuk koko atau carob
Cara-cara:Campurkan kayu manis dan serbuk hawthorn di dalam mangkuk bersama-sama. Tambah madu secukupnya serta air hingga menjadi pes. Campurkan dengan serbuk koko atau serbuk carob sehingga ia membentuk doh dan boleh membentuk menjadi bebola kecil. Bakar di dalam ketuhar pada suhu yang sangat rendah (tidak lebih daripada 150 darjah Fahrenheit) sehingga kering. Simpan di dalam balang kaca jauh daripada cahaya matahari dan di tempat yang sejuk.

6. Senaman
Tidak ada benda lain yang dapat menggantikan manfaat senaman terutamanya apabila teknologi menjadikan masyarakat semakin kurang aktif dan ia merupakan terapi yang paling bagus untuk merawat tekanan darah tinggi. Jantung diperbuat daripada otot, dan otot akan menjadi lebih kuat dengan senaman.

Korang hanya perlukan:

Kuasa untuk berubah
Cara-cara:Amalkan tabiat 30 minit senaman setiap hari hanya dengan melakukan kerja-kerja mudah seperti menyental lantai atau apa-apa sahaja yang meningkatkan kadar jantung korang dan pernafasan korang.

7. Ambil bawang putih 
Bawang putih bermanfaat untuk menangani pelbagai penyakit termasuk tekanan darah tinggi. Allicin yang merupakan sebatian organosulphur yang kurang stabil, dan biasanya dinyahaktifkan apabila ia bersentuhan dengan bahan dengan pH rendah daripada 3, seperti asid perut kita. Walau bagaimanapun, apabila diambil dalam bentuk tablet, hasilnya lebih berkesan untuk menurunkan tekanan darah. Kajian mendapati, setiap dos yang mengandungi 1.8 miligram Allicin dapat menurunkan tekanan darah sebanyak 10% dalam tempoh 12 minggu.

Apa yang korang perlukan:

Tablet bawang putih yang berkualiti tinggi 
Cara-cara:Mengikut indikasi seperti di belakang botol

8. Ambil tembikai di pagi hari
Tembikai sering dianggap sebagai buah-buahan untuk musim panas, malah ia juga boleh membantu menurunkan tekanan darah. Apabila memakan tembikai, sejenis bahan organik yang dipanggil citrulline, a-asid amino akan ditukarkan kepada asid amino L-arginine, seterusnya menghasilkan nitrik oksida yang berfungsi dalam mengawal sel-sel dan sistem dalam badan serta meluaskan saluran darah, mengurangkan rintangan vascular dan merendahkan tekanan darah.

Korang hanya perlukan: 

1-2 cawan jus tembikai segar
Cara-cara:Setiap pagi makan tembikai semasa perut kosong

9. Teh halia-pelaga
Satu hasil kajian yang dilakukan pada bulan Disember 2009 yang disiarkan dalam Jurnal India Biokimia & Biofizik menunjukkan sekumpulan peserta yang diberi 1 sudu teh serbuk buah pelaga setiap hari selama beberapa minggu menunjukkan pengurangan yang ketara dalam tekanan darah.

Dengan gabungan halia dan kayu manis, kedua-dua rempah panas ini dapat meningkatkan peredaran darah dan menyihatkan jantung korang.

Korang hanya perlukan:

1/2 cawan air2-3 camca teh madu (sebagai perasa)1 camca teh buah pelaga1/2 sudu teh serbuk halia atau 2 sudu halia segar yang dicincang1 sudu teh serbuk kayu manis1 1/2 sudu teh hitam atau 1 uncang teh1/2 cawan susuLesung 
Cara-cara:Hancurkan buah pelaga untuk mendapatkan minyak tanpa perlu mengisar halus. Dalam periuk campurkan semua bahan kecuali madu. Masak hingga mendidih, kemudian renehkan selama 6-9 minit sehingga ia bertukar menjadi warna coklat karamel. Masukkan madu dan kemudian tuang ke dalam cawan dan nikmatinya 1-2 kali sehari.

10. Pokok Cat's Claw
Cat’s Claw (Uncaria Tomentosa) adalah tumbuhan memanjat yang dijumpai di Amerika Tengah dan Selatan. Kajian tabung uji menunjukkan pokok ini berpotensi mengembangkan saluran darah (dikenali sebagai vasodilatasi) oleh itu boleh mengurangkan tekanan dengan melancarkan perjalanan darah.

Ia juga boleh bertindak sebagai diuretik ringan, menyingkirkan garam yang tidak diperlukan dan air dalam badan. Tanin dan flavonoid mungkin menjadi penyumbang utama dalam penyembuhan ini.

Rebusan yang lama lebih sesuai untuk tumbuhan ini berbanding teh kerana ia mempunyai kayu yang keras dan akar serabut. Walaubagaimanapun, pengambilan tumbuhan ini perlu dielakkan oleh golongan wanita yang hamil.

Korang hanya perlukan:

1-2 camca herba yang dikeringkan1 1/2-2 cawan air sejukMadu atau lemon sebagai perasa
Cara-cara:Campurkan herba dan air dalam periuk kecil dengan api yang perlahan. Tutup periuk dan biarkan ia mereneh selama 40-45 minit. Tambah lagi air (jika kurang) bergantung pada citarasa korang. Tambah madu atau lemon jika korang mahu dan minumnya sekali sehari.

11. Sirap blueberry
Sirap semula jadi yang dibuat sendiri di rumah adalah yang terbaik untuk diri korang. Bluberi kaya dengan quercetin dan flavonoid, dan mempunyai khasiat yang sama seperti hawthorn. korang boleh mencampurkannya dengan beri yang lain untuk menjamin kesihatan jantung korang!

Korang hanya perlukan:

8 sudu blueberi kering atau 4 sudu setiap blueberi kering dan beri lain4 cawan air1 sudu madu Periuk, penapis, balang kaca dengan penutup kedap udaraCara-cara:
Tambah beri kering ke dalam air dan reneh dengan api yang perlahan sehingga airnya berkurang separuh. Perahkan jus dari buah dan tuangkannya ke dalam periuk. Masukkan madu dan masak hingga sebati.

Untuk mendapatkan sirap yang pekat, panaskan madu dan jus buah di atas api yang sederhana selama 20 minit. Jika korang tidak mahu membuat dalam sediaan sirap, skip langkah ini. Setelah siap, simpan dalam peti sejuk selama 3-4 minggu. Ambil 1 sudu besar dua kali sehari.

Akhir kata, jangan ambil ringan jika ada tanda-tanda darah tinggi. Kena beringat selalu, lebih-lebih lagi yang sudah meningkat usia. Jagalah kesihatan diri korang okay?
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/06/ini-11-cara-mengatasi-tekanan-darah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Cara Mengatasi Tekanan Air Paip Rendah

Dua Cara Mengatasi Tekanan Air Paip Rendah

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 1311 hits
pl row pl col col 12 pl text Umun untuk mengatasi tekanan air rendah adalah dengan mengeluarkan sedikit budget Sama Ada dengan mengunakan pump atau modifikasi pada bahagian tangki air Antara yang paling popular adalah modifikasi paip dari t...
Cara Mencegah Dan Mengatasi Mabuk Perjalanan Pada Mudik Lebaran Kali Ini

Cara Mencegah Dan Mengatasi Mabuk Perjalanan Pada Mudik Lebaran Kali Ini

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 247 hits
Pada saat mudik seperti sekarang perjalanan bakal terasa tak nyaman jika kamu mengalami mabuk ketika di jalan Terjadinya mabuk perjalanan ini bisa dipicu karena beberapa hal seperti gen bawaan seseorang atau faktor hormon
Kitar Semula Makanan Raya Dengan 5 Cara Ini

Kitar Semula Makanan Raya Dengan 5 Cara Ini

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 727 hits
Kitar semula makanan Raya Jangan membazir pula apabila sudah jelak Jadi kreatif dan guna pakai makanan Raya dalam masakan lain pula Kredit utopiastaging blogspot my Makanan Raya memang enak dan sedap Kalau tidak takkanlah kita nak tunggu se...
Cara Cara Untuk Tinggi

Cara Cara Untuk Tinggi

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 242 hits
Posted by Memiliki bisa Anda dapatkan dengan melakukan diet makanan yang seimbang dan juga kaya serat dan nutrisi Sebaiknya cara meninggikan badan dengan alami ini dilakukan sejak usia masih anak anak Berikan nutrisi yang baik untuk tubuh m...
Penjawat Awam Berisiko Tinggi Alami Tekanan Kerja

Penjawat Awam Berisiko Tinggi Alami Tekanan Kerja

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 357 hits
25 peratus daripada 1 6 juta penjawat awam di negara ini mengalami tekanan kerja Gambar hiasanKUALA TERENGGANU Penjawat awam yang berkhidmat di sektor kesihatan pendidikan dan keselamatan antara berisiko tinggi mengalami stres disebabkan te...
4 Cara Mengatasi Write Protected Pada Pendrive

4 Cara Mengatasi Write Protected Pada Pendrive

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 921 hits
Pendrive yang dilindungi daripada sebarang pengubahsuaian data termasuklah melakukan copy paste dikenali sebagai write protected Bagi saya fungsi ini adalah baik bagi menghalang kemasukan virus kerana anda boleh view read sahaja data dalam ...
Cara Mengatasi Rambut Rontok Yang Paling Ampuh

Cara Mengatasi Rambut Rontok Yang Paling Ampuh

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 299 hits
Hal yang paling menyebalkan yang bisa di alami oleh pria maupun wanita adalah masalah rambut rontok Bagaimana tidak masalah rambut rontok dapat menyebabkan penampilan seseorang menjadi tidak maksimal Bahkan dalam tingkat yang lebih parah da...
Terpaksa Bedah Kali Ke 2 Keluarkan Darah Beku Sebesar Bantal Luka Caeser 6 Hari Terbuka Semula

Terpaksa Bedah Kali Ke 2 Keluarkan Darah Beku Sebesar Bantal Luka Caeser 6 Hari Terbuka Semula

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 521 hits
Terpaksa dibedah dua kali gara gara bahagian luka pembedahan caesarean terbuka dan berdarah Siap ada darah beku sebesar bantal Kelahiran secara caesarean tidam dapat dielakkan terutamanya jika ada komplikasi Bayi Puan Asyekeen Talib dia per...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities