4 Cara Mengatasi Write Protected Pada Pendrive
Pendrive yang dilindungi daripada sebarang pengubahsuaian data termasuklah melakukan copy paste dikenali sebagai write protected. Bagi saya fungsi ini adalah baik bagi menghalang kemasukan virus kerana anda boleh view/read sahaja data dalam pendrive anda dengan secara tidak langsung mengurangkan peratusan jangkitan virus ke dalam pendrive anda. Tetapi tidakkah ianya amat menjengkelkan sekiranya anda sebagai pemilik pendrive tidak dapat melakukan operasi atau pengubahsuaian data ke atas pendrive anda.
Format, copy, atau save pengubahsuaian data tidak dapat dilakukan dan akan keluar mesej "disk is write protected'. Terdapat juga situasi di mana anda tidak dapat copy file daripada komputer ke pendrive sedangkan pendrive anda tiada write protected pada asalnya. Ini biasanya berlaku di cyber cafe untuk menghalang penyebaran virus kepada komputer. Di sini saya kongsikan dengan anda 4 cara bagaimana anda dapat mengatasinya.
Cara 1: Mematikan Mode Write Protected Pada Pendrive
1. Cuba perhatikan pada pendrive anda ada tak butang write protected seperti gambar di bawah. Kalau ada, tolak sahaja butang tersebut untuk dusable/unlock write protect. Ok. Bereh. Jika tiada, teruskan dengan cara berikutnya.
Cara 2: Menggunakan Command Prompt (CMD)
1. Buka cmd anda sebagai administrator (kecuali Win xp).2. Taip diskpart dan tekan enter.
3. Taip list disk dan tekan enter. Di sini anda perlu kenal pasti pendrive anda (contohnya disk 1)4. Kemudian taip select disk 1 dan tekan enter.5. Taip attributes disk clear readonly dan tekan enter. Bereh.
Cara 3: Memanipulasi Registry Windows
1. Dalam kolum Search programs and files, taip regedit dan klik.
2. Geledah registry anda seperti berikut;
HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Control\StorageDevicePolicies3. Perhatikan pada sebelah kanan StorageDevicePolicies. Anda akan dapati Write Protect bernilai 1. Ini menunjukkan bahawa Usb storage anda dilindungi atau write protect. Untuk mengubahnya, Right click pada write protect dan pilih Modify. Setkan nilai Write Protect kepada 0 seperti di bawah untuk mematikan write protect.
4. Klik OK. Cabut dan cucuk balik pendrive anda. Bereh.
**Bagi anda yang tiada DeviceStoragePolicies, anda boleh menciptanya seperti berikut;
Right click pada folder Control dan pilih New>Key. Rename menjadi DeviceStoragePolicies
Kemudian, di sebelah kanan StorageDevicePolicies, right click dan pilih New>DWORD. Rename menjadi WriteProtect.
Ikuti langkah 3 dan 4 untuk mengubah nilainya.
Cara 4: Menggunakan Usb Write Protect
Ini adalah cara yang paling mudah untuk men'disable'kan atau meng'enable'kan write protect usb anda. Penggunaannya amat mudah. Download saja software di bawah.
Download Here:
➤Usb Write Protect (66KB)
Sharing is Caring (S=+)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://melalutje.blogspot.com/2018/12/4-cara-mengatasi-write-protected-pada.html